CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117392|Reply: 408

Ingatkah Misteri Tahun 1996: (Pendedahan Metro)!!!

  [Copy link]
Post time 11-9-2008 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Ingatkah Misteri Tahun 1996: (Pendedahan Metro)!!!


Kali ni aku bukan nak share cerita mengenai pengalaman aku macam yg sudah, tapi lebih kepada misteri yang sentiasa berlegar2 kat kpala otak aku dr dulu sampailah sekarang ni, ianya mengenai peristiwa yg pernah mengegarkan Malaysia sekitar pertengahan 90-an dulu.. aku dah try cari info mengenai cerita ni, tp aku hampa sebab x jumpa walaupun dah selak semua page dan search kat forum ni..

Ianya adalah mengenai pendedahan surat khabar metro pada sekitar tahun 1996, seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Wanita tersebut kononnya berumur dalam lingkungan 20-an, dan kononnya juga adalah seorang penuntut ipta di sekitar lembah klang.. juga kononnya berasal dari negeri pantai timur.. info mengenai yg lain aku dah lupa, tp yg aku masih ingat (maaf kalau tersilap) yg mak si wanita tersebut ada membuat pengakuan di metro yang kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk.. akibatnya mukanya menjadi hodoh dan mengerikan, dan wanita tersebut kononnya lagi sedang mencari ikhtiar untuk memulihkan mukanya yang hodoh tu..

Bagaimanakah caranya?, kononnya caranya hanyalah dengan meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.. cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu..

Maka hebohlah kat sekolah2 waktu tu, hinggakan menjadikan pelajar perempuan yg duk di asrama kecut perut jadinya, aku rasa semua sekolah berasrama terkesan dengan cerita ni walaupun kebenarannya x pasti.. yg lebih membingungkan, kononnya si wanita tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar2 keluaran di negeri2 ini yg menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yg mempunyai anak2 gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaje.. di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ni..

Aku x tau apa penyudah cerita ni sebenarnya, tiba2 kisah ni terus lenyap dan terhenti macam tu aje selepas keluar kenyataan dari seseorang dr pihak kerajaan rasanya (x ingat dan x pasti).. tapi aku ada dengar jugak yg kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yg saja direka oleh pihak2 tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro untuk mencari keuntungan.. tujuan mereka buat macam tu adalah untuk menakut2kan para remaja terutamanya anak2 gadis pada masa tu, pada masa ni isu bohsia dan bohjan menjadi2 dan sangat teruk hinggakan x dapat di kawal lagi.. kononnya..

So sapa2 ada pengalaman or cerita mengenai kisah ni bolehlah sharekan.. kalau dah ada thread pasal ni, boleh mergekan je ye.. aku terpaksa mengatakan kononnya kerana aku sendiri x pasti dengan cerita ini dan aku teragak2 untuk publish thread ni sebenarnya, sebab tu la aku banyak gunakan perkataan kononnya supaya x mengundang kemarahan forumer lain yg menganggap cerita ni murahan dan mengarut..   adakah cerita ni betul ataupun palsu, aku berbelah bagi..!

[ Last edited by  princebrunei at 11-9-2008 03:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 02:59 PM | Show all posts

eh jap..

setahu kumikola..kumiko pnahla bc sal 'antu' muka buruk dlu..xsilap kumiko,time 2 kumiko skola rndah g..gmbr antu 2 penahla kua paper..mmg antu 2 muke ye buruk sebelah..
dekah 'antu' nie yang prinCebrunei mksd kn??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:01 PM | Show all posts
aku ingat...masa tu mmg kecoh sgt..malahan kawasan aku ramai remaja lelaki tak keluar mlm sgt/...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:02 PM | Show all posts
dan satu hari tu kecoh bapak aku kata kat kedai makan tanjung rambutan..budak2 lelaki kejar sbb dia melompat2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by jie_kumiko at 11-9-2008 02:59 PM
setahu kumikola..kumiko pnahla bc sal 'antu' muka buruk dlu..xsilap kumiko,time 2 kumiko skola rndah g..gmbr antu 2 penahla kua paper..mmg antu 2 muke ye buruk sebelah..
dekah 'antu' nie yang pr ...


ntah la.. tp time tu kalau orang sebut pasal dia ni.. mesti orang sebut si purdah yg naik kereta kancil merah nak hisab darah orang pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:04 PM | Show all posts
dan tak salah aku la...dari sumber kawan2..diaorg kata ada masuk selamat pagi malaysia........bapak dia kata...anak dia dah tak terkawal......sbbnya...dia langgar pantang larang yakni....dia tgk cermin sebelum tempoh tamat berubat..wallahualam...

tapi cerita tu smapai skrg mmg aku ingat sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2008 03:05 PM | Show all posts
aku tak takut sgt masa tu..sbb aku dah kawin dah..dah ada 2 org anak dah..cite havoc yg tu yang dimaksudkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by erdina at 11-9-2008 03:01 PM
aku ingat...masa tu mmg kecoh sgt..malahan kawasan aku ramai remaja lelaki tak keluar mlm sgt/...


bukan ke dia hisab darah orang pompuan sunti ke kononnya.. tp kenapa budak2 laki takut lak   ke ada versi lain lagi masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2008 03:08 PM | Show all posts
tapi yg membingungkan, kononnya dia hisab darah anak gadis sunti or dara je kan.. tp kenapa bohsia lak yang takut, diorang bukan sunti dah kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:08 PM | Show all posts
mmg la..tapi dh kecoh sgt sbb dia dok merayau...semua pun naik takut...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:12 PM | Show all posts
penah jugak dengar cite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:12 PM | Show all posts
1996 .. aku baru 16 thn
tp entahlah .. tak pernah dgr pulak
ke aku tak amek pot??
ekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:13 PM | Show all posts
ooo
ingat citer ni masa skolah dulu
kiotrng panggil antu purdah aka antu komkom
masa tu mmg takut ar....
aku g skola bwk buluh runcing..........dlm bag
ekekekekkeekke
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:19 PM | Show all posts
inagt.. ingat..
yang aku dengar lak.. hantu pakai purdah.. naik keta kancil warna merah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:26 PM | Show all posts
citer ni....aku igt sgt2....masa tu aku br nk masuk form 1.....duk asrama....mmg seram giler............dah lah katil kat ngan pintu.......x pasal2....aku org 1st yg kena dulu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by yusyanti at 11-9-2008 03:13 PM
ooo
ingat citer ni masa skolah dulu
kiotrng panggil antu purdah aka antu komkom
masa tu mmg takut ar....
aku g skola bwk buluh runcing..........dlm bag
ekekekekkeekke


eh, baru aku teringat.. ada budak pompuan kelas aku masa tu bawak paku berkarat yg muncungnye dicucuk gan bawang putih   konon kalau jumpa or kene attack leh cucuk leher blakang si purdah ngan paku tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 03:28 PM | Show all posts
aku lak x ingat pon bnda tu...korang cr la info tu lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by chempaka80 at 11-9-2008 03:28 PM
aku lak x ingat pon bnda tu...korang cr la info tu lg


tu pasal la aku buke thread ni, sebab nak cari kepastian pasal bende ni, sama ada betul atau stkat provokasi shj.. harap2 forumer yang tahap otai2 leh la tolong sahkan bende ni, dah tepek info skali kalau ada..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:37 PM | Show all posts
ekekekekekeke
aku bwk buluh kuning runcing tu
kekonon derang kata hantu komkom nih lemah dgn buluh kuninng nih
cucuk ar dia kekonon kalau jumpe
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:56 PM | Show all posts

Reply #19 yusyanti's post

sy ingat lg cite psl antu kom2 ni...masa 2 kecoh kata dia dah sampai kat kg kitorg..
nak gi toilet mlm2 pun takut...dah le toilet kat luar rmh...tp pelik..kes 2 mcm
senyap gitu aje...x tau ape jd...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.246176 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list