CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11946|Reply: 21

Cicit Brooke lawat Sarawak

[Copy link]
Post time 29-7-2008 10:17 AM | Show all posts |Read mode


Jason dijemput saksi pertandingan lumba perahu

KUCHING: Regatta Sarawak 2008 iaitu pertandingan lumba perahu yang dijadualkan berlangsung di Sungai Sarawak dekat Tebingan Kuching, Jumaat ini, mempunyai keistimewaannya tersendiri ekoran kehadiran Jason Brooke yang merupakan cicit pengasas acara itu, Rajah Charles Brooke.

Acara lumba perahu yang bertujuan untuk mendamaikan puak yang bersengketa di Sarawak, diperkenalkan dan dianjur raja berkulit putih kedua itu pada 29 Februari, 1879.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 10:25 AM | Show all posts
ok jugak yer rupa paras brooke nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 10:40 AM | Show all posts
raja putih terakhir sarawak = vyner brooke, btol x?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 10:48 AM | Show all posts
ooo..inilah cicit penjajah yek...not bad..ahakss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2008 01:04 PM | Show all posts
Sesapa nak pergi Regatta ni? Tempeklah pic nanti
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 04:12 PM | Show all posts
i hope he can become rajah of sarawak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2008 04:52 PM | Show all posts
Let's free our Sarawak and let this beautiful people rule our country.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 05:29 PM | Show all posts


Adoh ehh..... sakit perut kamek tetak oleh kitak org. Handsome juak cicit Brooke ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 06:22 PM | Show all posts
slurpppp...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 01:19 PM | Show all posts
sigat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 02:26 PM | Show all posts
Bertentang Mata: Sarawak ibarat kisah dongengOleh Norma Mullie Banyak bangunan dibina Rajah Charles Brooke di Kuching masih kekal

KEMUNCULAN pertama piut Rajah Charles Brooke, Jason Brooke, 23, ke Sarawak, selepas 67 tahun Bumi Kenyalang bebas daripada belenggu penjajahan British sememangnya mengimbau 1,001 kenangan yang sukar dilupakan. Wartawan Norma Mullie, menemu bual Jason di hotel penginapannya di Kuching, semalam.

Selamat datang ke Sarawak. Mungkin boleh ceritakan serba sedikit kunjungan anda ke sini?

Saya memang sudah lama mengidam untuk datang ke Sarawak kerana negeri ini sentiasa dekat di hati keluarga kami. Peluang mendapat jemputan daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyaksikan Regatta Sarawak sempena 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia, tidak saya lepaskan. Saya tiba di Kuching, Ahad lalu dan akan pulang 9 Ogos nanti.

Anda keturunan Rajah Brooke ke berapa?

Kira-kira 140 tahun lalu, moyang saya Rajah Charles Antoni Johnson-Brooke mengambil alih tampuk pemerintahan Sarawak daripada pak cik beliau, Rajah James Brooke, yang juga orang kulit putih pertama memerintah Sarawak mulai 1842 sehingga 3 Ogos 1868.
Saya pula generasi keempat keluarga itu. Bapa saya juga dinamakan James Brooke, kini tinggal bersama saya di Dublin, manakala datuk saya, Anthony Brooke, kini berusia 60 tahun menetap di New Zealand serta ibu Karen Brooke menetap di Paris.

Pernahkah datuk atau bapa anda bercerita mengenai Sarawak dan apakah gambaran yang mereka berikan?

Berdasarkan cerita mereka, Sarawak seakan-akan negeri di bawah kayangan dan pengalaman keluarga saya di sini diibaratkan kisah dongeng . Setiba di sini, barulah saya mengetahui cerita mereka benar dan saya mengakui negeri ini memang sangat indah dari segi pemandangan semula jadi dan penduduknya juga begitu ramah.

Bagaimana perasaan anda apabila mengetahui mengenai asal-usul anda daripada keluarga Brooke, yang pernah menjajah Sarawak satu ketika dulu?
Sebelum datang ke Sarawak banyak persoalan bermain di minda saya. Ini kerana sejak kecil lagi saya memang sudah didedahkan dengan pelbagai sejarah keluarga saya yang pernah memerintah Sarawak selama 100 tahun dan saya juga mengkaji sendiri mengenai fakta berkaitan kedatangan mereka ke Sarawak melalui buku. Namun saya tidak boleh memberikan gambaran sebenar. Selepas benar-benar menjejakkan kaki ke sini, akhirnya banyak persoalan di kepala saya terjawab. Sebelum ini pun, Sarawak memang sentiasa bermain di bibir keluarga kami dan negeri ini memang sebahagian daripada hidup saya walaupun tidak pernah memijak kaki ke sini. Saya bangga kerana keluarga saya mempunyai kaitan rapat dengan Sarawak.

Persepsi anda mengenai Sarawak sebaik menjejakkan kaki ke sini?

Negeri ini terlalu indah dan patutlah ahli keluarga kami yang pernah ke sini memang menggalakkan kami berkunjung ke Sarawak. Saya juga terharu melihat kerajaan negeri mengekalkan banyak bangunan dibina datuk saya di Kuching termasuk Kubu Magherita, Muzium Sarawak, Pejabat Pos Besar dan Astana. Saya seakan kembali ke zaman silam ketika keluarga saya masih berada di sini, walaupun mereka sudah meninggal dunia. Saya juga kagum melihat lebih 30 suku etnik di Sarawak hidup aman damai sehingga ke hari ini.

Apakah kenangan manis yang akan anda bawa pulang ke England?

Keramahan penduduk Sarawak ialah perkara yang paling menyentuh perasaan saya kerana walaupun baru beberapa hari di sini, saya diterima dengan baik oleh mereka, malah saya terasa seperti selebriti pula. Saya pasti akan kembali bersama keluarga saya untuk menjelajah seluruh Sarawak dan mengenali negeri ini dengan lebih dekat lagi. Saya juga bercadang membukukan pengalaman peribadi serta pembabitan keluarga saya di Sarawak sejak abad ke-19 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 08:35 PM | Show all posts

Reply #11 Ema_kiki80's post

rindok ati maca artikel tok...   ndang encom piut rajah brooke ya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 12:12 AM | Show all posts

Reply #11 Ema_kiki80's post

Mestilah nya madah camya... mun keturunan aku dikata pernah menjajah certain tempat pun, harus aku berbangga juak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 29-7-2008 04:52 PM
Let's free our Sarawak and let this beautiful people rule our country.


mun bena cam ya nak kah bagus Muntz....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 31-7-2008 12:12 AM
Mestilah nya madah camya... mun keturunan aku dikata pernah menjajah certain tempat pun, harus aku berbangga juak.


bangga gak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 06:14 PM | Show all posts
hmm.. pa la lagik dak wanita dgn pranita bod swk tok nangga org laki hensem...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 06:56 PM | Show all posts
aok eh... belum gik nangga chep...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 06:27 AM | Show all posts

Reply #14 VittoVictorio's post

Yup. Just keep our fingers crossed...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 10:30 PM | Show all posts
Tadik kamek nangga nya idup2... nya datang Bako National Park tok..kebetulan yang jadi guide nya ya adalah kawan kamek

Ensem nya tok idup2... tinggi..

Nya datang dengan beberapa orang kawan nya... kira nang tergoda abis juak lah nangga nya..senyum nya manis jak..tapi ada kelihatan sombong sikit lah..

Sik sempat snap gamba.. nya menjauhkan dirik dari kaunter..guide nya jak agak kamek tek.. ishh... nyesal sik amik gamba..

[ Last edited by  rayna_raynes at 1-8-2008 10:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 08:06 AM | Show all posts

Reply #19 rayna_raynes's post

Ne tauk nya terpikat dgn local girl. Sekali tek lalu terus menetap di Swak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066728 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list