View: 4384|Reply: 33
|
100 Camry untuk 100 hari.
[Copy link]
|
|
Setiap hari, gerenti anda adalah salah seorang yang akan memiliki Toyota Camry yang berharga lebih RM150,000.00..... bayangkan betapa gahnya kalau dapat memandu kereta tu. Tapi.....anda harus ingat, untuk jawab 10 soalan yang dikemukakan tu...anda akan hilang RM50.00 (RM5@ setiap soalan). Tapi kereta itu cuma sebiji sahaja sehari untuk dimenangi. Marilah kita berebut-rebut untuk dapatkan hadiah yang berprestig itu, disamping menghabiskan duit untuk top-uo airtime atau gunakan credit limit kita habis-habisan beramai-ramai!!
Semoga ramai yang berhabiskan duit untuk syarikat gergasi fon selular tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 atukki55's post
1 kreta = RM150,000
100 = RM15 000 000
secara kasar kalo 1 000 000 pengguna jawab semua soalan
1 000 000 * 50
= RM50 000 000
ambek kau untung gila ba bi |
|
|
|
|
|
|
|
CEO Celcom kata peraduan 100 kereta 100 hari tu bebas judi! @ halal le tu! Kalu Celcom tidak ada apa-apa yang mahu dirahsiakan.... aku mintak Shazali tu umumkan berapa sebenarnya Suzana (pemenang pertama Camry) dah belanja untuk hantar sms tuh! |
|
|
|
|
|
|
|
mmg x tepikir nk join peraduan ni...
giler diorg untung byk..!! |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku dapat dr emel...
aku kopi pes jek ok..
Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY
Sebuah berita menyebut :-
KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry
2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi
peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.
i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari
berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai
peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS
ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru
Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta
mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi
tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini
hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta
pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi
ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada
syarikat berkenaan
*ULASAN UZAR :*
Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam
kerana perjudian. Semua Pesreta yang menghantara SMS terdedah kepada
kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 seoalan terlebih dahulu,
sedangkan satu sms = RM 5) atau untung sebuah kereta. Hanya seratus
orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti untung berbading
peserta.
Peserta mungkin berkata
"Alah, apalah sangat dengan RM 5 .. redha sahaja"
Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan
sebaranag kerdedhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah
TERTOLAK dan redha dalam hal ini adalah redha dalam dosa dan maksiat. Ia
menyebabkan satu dosa menjadi bertambah besar.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net <http://www.zaharuddin.net>
3 Jun 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Mari le ramai-ramai war-warkan supaya pengguna lebih bijak dan tak tertipu. Saya pun dah stop langgan celcom postpaid! Caj giler2 dalam bil! Komplen pun tak guna, buat senyap je!! |
|
|
|
|
|
|
|
Panel Syariah Jakim bincang peraduan Celcom
08/06/2008 2:33pm
KUALA LUMPUR 8 Jun - Panel Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat Selasa ini bagi membincangkan kedudukan peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom (M) Bhd.(Celcom) yang didakwa beberapa tokoh agama sebagai mempunyai unsur perjudian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika mesyuarat itu, ahli panel akan diberi taklimat oleh wakil Celcom mengenai cara-cara pertandingan itu dijalankan.
Beliau juga mengesahkan hari ini bahawa pihak Celcom tidak pernah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum mengadakan peraduan itu.
- Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
tak masuk pun peraduan ni..giler mahal..belum tentu bole menang... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bagi tau nama2 pemenang sehingga ari ni. Saya baca metro je, tapi metro dah tak publishkan atau terlepas pandang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 atukki55's post
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 masa saya sekolah rendah kalau pertandingan2 ni semuanya ekna poskan bungkusan barangan sekali ngan borang..Itu aja ..Or kdg2 x yah htr apa2 pun cuma kena htr borang..So kalau peraduan camni mmg Co. tu nka bagi je hadiah2 tu..
Now semuanya main sms n kena bayar punyale mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 masa saya sekolah rendah kalau pertandingan2 ni semuanya ekna poskan bungkusan barangan sekali ngan borang..Itu aja ..Or kdg2 x yah htr apa2 pun cuma kena htr borang..So kalau peraduan camni mmg Co. tu nka bagi je hadiah2 tu..
Now semuanya main sms n kena bayar punyale mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peraduan Celcom dipersoal - Surat 1
APA yang ingin saya kongsikan bersama pembaca lain adalah pengalaman saya semasa menyertai peraduan 100 kereta 100 hari anjuran Celcom.
Pada malam Selasa (3.6.2008) saya mula menghantar SMS ke nombor yang digunakan Celcom untuk menyertai pertandingan ini setelah teruja menonton iklannya di televisyen.
Saya pun dihujani soalan-soalan yang mudah dan mampu dijawab. Teruja dengan pujian yang diberi penganjur setelah memberi jawapan yang betul, saya melayani soalan demi soalan hingga ke pukul 3 pagi.
Saya mula berangan memandu sebuah Toyota Camry apabila saya diumpan dengan kata-kata manis bakal menjadi pemenang.
Pendek kata tiada halangan langsung untuk saya menjadi salah seorang pemenang yang dicari.
Keesokannya Rabu (4.6.2008), saya mula melayani soalan lagi seawal jam 10 pagi hinggalah ke malam. Soalan-soalan yang diberi berulang kali memang mudah dijawab.
Mungkin ia satu taktik untuk menarik saya meneruskan permainan. Saya menjadi leka dan hanya memikirkan sebuah Toyota Camry yang bakal dimenangi tanpa menyedari bayaran yang kian meningkat. Saya mula diberi mata bonus dan leka menjawab soalan hingga ke pukul 1 pagi.
Keesokan paginya, Khamis (5.6.2008), saya diajak lagi menjawab soalan melalui SMS yang diterima daripada nombor seawal jam 9 pagi. Kononnya pada malam tadinya saya telah menang kerana konsisten menjawab dengan tepat. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga menjawab soalan yang dihantar.
Saya katakan 憈erpaksa |
|
|
|
|
|
|
|
Kecian cucu2 atuk..... nak wat camane. dah terkena. Atukki siang-siang dah ingatkan anak cucu dan rakan2 pasal manusia nak cari duit ni. Nama tuhan pun boleh jual... Isteri atukki perhabis RM300 pakai kad kredit kat depan shopping kompleks, coz tawaran insuran nyawa dan pakej pelancancungan murah konon. Bila atukki dan lecture...baru dia terngadah!!
Pasal Celcom ni atukki dah serik nak berlanggan!! Atukki selalu travel oversea dan guna postpaid serta roaming. Tiap kali balik terima bil RM700 -RM900. Tapi atukki dah jelaskan walaupun kredit limit RM150 je. Tapi bila abis kredit celcom upgrade. Peliknya kerana berbaki RM18.00 setelah buat bayaran terakhir, bil depan tertunggak jadi RM150!! Konon delay payment. Peliknya masa buat bayaran pakai teller tak boleh masuk RM2 atau sen2 tu!! Kenapa pulak ada penalty (kata CS celcom tuh!) Lepas je atuk settle bil akhir, atuk terus je berhenti langgan celcom tuh!! 019........
Skrg atuk pakai maxis je.
Kabarnya pertandingan 100camry 100 ari kena gantung dulu..... atukki pikir mungkin pelanggan dah ramai terkena macam yg leon paparkan tu!! Syabas leon!! (nak bagi kredit atuuki tak ada banya. Tapi amik kalau nak. Atukki tak kisah pasal kredit2 tuh. Boleh kongsi isue pun ok daa.) |
|
|
|
|
|
|
|
teruk betul la..
sume nak cari untung je dengan menyusahkan orang lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
katanya benda ni judi kan.... ohhh islam hadari |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 duit yg pelanggan da masuk peraduan tuu ble pulang balik tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Pulang balik?.....:geram:
Agaknya kawan kita yg dah menang camry boleh terima kreta tu tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|