CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8228|Reply: 27

Cara Paling Efektif dan Murah Untuk Boleh Ajar Anak2 Berbahasa Inggeris

[Copy link]
Post time 10-4-2008 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya tak ada jalan pintas atau mudah. Paling efektif sekali ialah ibu bapa sendiri perlu mengajar anak-anak mereka di rumah pada peringkat awal2 lagi daripada baby pun dah boleh mula mengajar. Tetapi yang menjadi masalah besar ialah bila kita sendiri tak pasti samaada BI yg kita gunakan betul atau tidak. Atau perkataan yang digunakan itu betul tak Part of Speech dia seperti bila nak guna Anger sebagai nouns, angry sebagai adjectves atau Angrily sebagai Adverb? Boleh ke pula kita guna Anger sebagai Verb atau Kata Kerja?

Rasanya kebanyakan daripada kita BI dah ok cuma masih betul2 100% pasti yang Tatabahasa kita tu betul ke tidak. Sedangkan kita yang Melayu ni pun Tatabahasa BM kita banyak yang salah, termasuklah saya sendiri.

Paling efektif dan paling murah ialah dengan kita sendiri sebagai ibu bapa belajar semula BI untuk memudahkan anak2 kita lebih faham dan disamping itu kita juga boleh gunakan BI yg bagus di tempat kerja.

Kalau betul anda belajar, anda tak perlu hantar anak anda ke Cosmotot ke , Kumon ke, Krista ke or even Smart Reader. Hantar kat Tadika Islam pun dah mencukupi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2008 04:18 PM | Show all posts
Banyak cara kita sebagai ibubapa boleh belajar:-

1. Beli buku2 BI esp tentang Grammar - Jangan segan study depan anak2. Kita bukan menunjukkan kelamahan kita tetapi kita akan dapat respect drpd anak2 kita sebab kita cuba tolong mereka faham apa yg di ajar oleh cikgu2 mereka.

2. Tonton TVIQ channel 552. Ada banyak program2 BI.

3. Baca paper, magazine or story books dan tengok camne org construct sentence in BI.

4. Dapatkan kamus yg lengkap n bagus. Saya recomend Kamus Oxford English-Enghlish-Malay. Harga cuma RM28  je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 04:26 PM | Show all posts
Antara yang peling murah ialah bacakan buku2 bahasa Inggeris kepada anak2 anda. Gunakan buku2 cerita yang bergambar seperti buku2 cerita Enid Blyton yang ada dijual di Popular pada harga RM10 sahaja. Ada dalam 15 short stories dalam buku tu and kulit dia ialah hard cover so leh tahan lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 04:31 PM | Show all posts
Jangan lepas tangan and biarkan anak2 anda di ajar oleh guru2 sekolah atau guru2 tuition..

Anda kena monitor setiap masa. kena PANTAU. Kalau yang dah sekolah tu evaluate from time to time dengan Contoh2 Soalan Peperiksaan tu.

Harga buku2 ni murah je. Beri mereka masa yang spesifik untuk complete the Test and then recordkan dalam buku or in Excel file.

Tengok apa words yang dia tak tahu n tuliskan dalam buku khas. Leh buatkan wordcard n suruh dia org hafal n then guna. Then check from time to time dia dah tahu tak word2 tu

[ Last edited by  cikgutuition at 10-4-2008 04:35 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 04:32 PM | Show all posts
Untuk pre schoolers ie yg belum masuk Tahun 1 anda kena tekankan aspek Vocabulary atau Kosa Kata.

Gunakan :-

1. Flash card
2. Poster
3. Kamus bergambar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 04:34 PM | Show all posts
You reap what you sow..

Maknanya, kita akan cuma dapat tuai apa yang telah kita semaikan..

So pastikan tiap2 bulan beli buku2 cerita atau rujukan untuk mereka..kena spend duit sikit..Tak semestinya yang mahal..

Jadikan kedai buku tempat berjalan2 anda dengan anak2...Biar mereka suka dan cintakan kedai buku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2008 04:42 PM | Show all posts
Children normally copy what they see not what they were told to do..

Maknanya kalau kita cam ketam, kita tak leh ajar anak kita berjalan lurus..

So kalau nak anak rajin membaca dalam bahasa Inggeris, kita sendiri kena tunjukkan yang kita pun suka membaca dalam bahasa Inggeris..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 04:55 PM | Show all posts
poster atau flash card tu pun boelh buat sendiri je..Gunakan gambar2 berwarna dari paper or magazines and buat dengan anak2 anda..

For sure dia org akan teruja sebab they will be proud dengan hasil kerja dia org..

Gantung atau lekatkan flash card tu di mana2 bhg rumah anda,, Kalau poster makanan or vegetable anda boleh letak di dapur etc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by cikgutuition at 10-4-2008 04:09 PM
Sebenarnya tak ada jalan pintas atau mudah. Paling efektif sekali ialah ibu bapa sendiri perlu mengajar anak-anak mereka di rumah pada peringkat awal2 lagi daripada baby pun dah boleh mula mengaj ...



Betul sangat cakap cikgu tuition.... tapi saya takde masa la nak go tru balik bab2 ENglish ni.... jadi saya subcond kat Smart Reader. Nak mengadap kerja2 sekolah they all pun dah buat saya semput. Walaubagaimanapun, 75% of the time memang we all speak ENglish at home.

So far so good, now tengah cuba nak improvekan anak no3 yang 9 tahun tu to speak more English.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 05:00 PM | Show all posts
Mac,

Yup. Macam dalam buku saya Cara Mudah Memperkenalkan bahasa Inggeris kepada Anak-Anak Anda another effective way ialah One Parent One Language technique dimana one of the parents mesti guna BI dengan anak2 mereka tu..Saya pun dalam 90% guna BI dengan anak2 saya..

[ Last edited by  cikgutuition at 10-4-2008 05:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 05:12 PM | Show all posts
hmm... ni antara masalah yg saya hadapi sekarang. my son baru nk masuk 2 years this may. environment mmg takde english langsung since bbsitter dia pon cakap kelantan kt rumah n even dengan my son. cuma harapkan myself n hubby aje. tp da problem is our english tak sebagus mana. mine is ok on paper.. but not in conversation. maybe i'm not from an english medium family eventhough my abah is good in english.. tapi dia tak pernah terapkan pada kami adik beradik. so my english hanyalah utk exam n on paper. bila kene bercakap.. a bit tough. bole tu bole.. tp maybe skrg pon takde environment. my office 100% bumi... so we prefer to speak malay all da time.. n rojak2 la jugak. tp bukan full sentence.

so.. bila nk apply kt my son.. fuhh.. sometimes bila bg instruction kt my son.. i sendiri wonder whether ayat tu betul ke tak. huhu.. sadis tol. n skrg antara usaha yg i buat is.. belikan vcd siri baby einstein. n i think he's ok with words. but not sentence. lgpon dia baru pandai sambung 2 patah perkataan in malay. baru 2 thn kan..

ada any tips camne nk improve? currently i'm trying to speak english dgn hubby.. tp.. kejap2 je. sbbnye kadang i pon letih gak mendengar ayat2 tunggang langgang tu. hehe.. tp.. i'm trying...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 05:12 PM | Show all posts
Amalkan beri pujianj dan galakan kepada anak2 anda.. Walaupun mereka dapat markah rendah setelah study hard anda kena puji effort mereka.. Tekankan yg BI ni kena ambik masa untuk master dan kena ada usaha yg berterusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 05:14 PM | Show all posts
Talapia,

Takpe..Pelan2..Masa umur 2 thn ni jangan risau sangat pasal Sentence Construction.. Pelan2 introduce kan kepada dia..

Leh tekankan Vocabulary dulu..

Talapia sendiri kena belajar balik le BI untuk pastikan gunakan BI dengan betul dengan anak2..Itu yg saya sering beritahu kpd students saya yang attend kelas BI dengan saya di Puchong ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 05:23 PM | Show all posts
Cuba cari masa untuk membaca bersama2 anak2 anda,,,

Satu cara paling mudah ialah TUTUP TV tu..

Ada kajian yang menunjukkan yang kita ni terlalu banyak sangat tengok TV..So dengan menutup TV kita dapat banyak masa yang kita selalu kata kita tak ada tu..Gunakan untuk aktivit seperti membca buku cerita atau main game seperti scrable, main crossword puzzle atau buat poster n flashcards dengan anak2 anda

[ Last edited by  cikgutuition at 12-4-2008 02:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 09:10 AM | Show all posts
Jika anda tak pasti apa yang perlu anda ajarkan kepada anak2 anda,Sukatan Pelajaran BI dan lain-lain matapelajaran yang menggunakan BI iaitu Sains dan Matematik boleh menjadi panduan kepada anda apakah aspek2 BI yg perlu anda ajar.

Join my English group at http://groups.yahoo.com/group/kelasenglish/

[ Last edited by  cikgutuition at 13-4-2008 06:50 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 06:53 PM | Show all posts
Pastikan buku-buku cerita yang anda pilih untuk anak-anak anda itu tidak terlalu mudah bahasanya untuk mereka dan juga tidak terlalu sukar.

Jika terlalu mudah ianya tidak akan meningkatkan kemahiran mereka.

Jika terlalu sukar pula, ianya akan mengurangkan minat mereka untuk membacanya.

Join my English group at http://groups.yahoo.com/group/kelasenglish/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2008 09:52 AM | Show all posts
Pastikan si ibu atau bapa kerapkan berbual dalam bahasa Inggeris dengan anak2 mereka..

Perlu ada pengasingan pernaan antara ibu dan bapa.. Jika ibu yang banyak bercakap dalam bahasa Inggeris dengan anak maka si bapa pula perlu bercakap bahasa Melayu atau bahasa lain dengan anak mereka itu.

Teknik in dipanggil One Parent One Language




Join my English group at http://groups.yahoo.com/group/kelasenglish/
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 12:09 PM | Show all posts

Reply #17 cikgutuition's post

one parent one language..
this is what we do at home..
i speak more english with my 2yo son, and my hubby speaks more bm. it isnt planned, but it happens as my hubby used to be in all-malay environment.he's not anymore but seems comfort to stay that way.i wasnt brought up in english medium, but working hard to be a good english speaker.still learning, anyway.besides,it's a way of daily practice, as i dont really have ppl around except my son. it's a good thing though, as kids, they are least judgemental.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by aiharanaoki at 16-4-2008 12:09 PM
one parent one language..
this is what we do at home..
i speak more english with my 2yo son, and my hubby speaks more bm. it isnt planned, but it happens as my hubby used to be in all-malay env ...


Congratulations as you have taken the effort to teach your children English and at the same time improving your own English..

Lemah dalam BI bukan satu alasan..For our children's sake kita boleh dah mula communicate dengan anak2 kita in BI..

Mana yang lebih elok? Anak2 kita speak broken English or tak boleh lansung bertutur dalam BI?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 06:07 PM | Show all posts
Gunakan poster-poster yang boleh dibeli di kedai2 buku dan hypermarket untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada anak-anak anda. Banyak poster2 bertopik seperti:-

1. My body parts
2. Vegetables
3. Animals
4. Types of fish

Rajin2 le survey kedia2 buku tu..Poster mana yang sesuai untuk anak anda itu anda boleh compare dengan syllabus mereka dan tengok apa topik2 yg mereka pelajari.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.294236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list