CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11629|Reply: 36

amalan awal muharram...

[Copy link]
Post time 9-1-2008 09:52 AM | Show all posts |Read mode
asalamualaikum.....
nak tanye skit, apa amalan2 yang kita perlu buat untuk awal muharram nie, selain dr membaca doa akhir tahun n awal tahun....... bleh share?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 10:16 AM | Show all posts
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.

[ Last edited by  aishah1 at 9-1-2008 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:25 AM | Show all posts
disunatkan berpuasa pada awal muharam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:35 AM | Show all posts

Reply #1 white_orkid's post

So, esok boleh berpuasa ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #2 aishah1's post

semua amalan nih betul ek?? takut nanti org kata bidaah lak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:00 AM | Show all posts

Reply #4 eastrun's post

yg dituntut puasa pd 9 / 10 muharam, bukan 1 muharam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #2 aishah1's post

terima ksih.... byk info dpt, semoga dapat buat amalan2 tu. klu x semua pun, sebahagian... aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #7 white_orkid's post

Buat yang termampu...paksa2 takut jadi tak ikhlas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 9-1-2008 10:50 AM
semua amalan nih betul ek?? takut nanti org kata bidaah lak....


InsyaAllah..niatkan hanya untuk mencari keredhaanNya..anyway kita boleh pastikan
dengan alim2 ulamak atau mufti2 kawasan masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:17 PM | Show all posts
Puasa awal dan akhir tahun beserta fadhilahnya. Imam Al-Fatani dalam kitab Tadzkiratul Maudhu抋t menyatakan : 揇alam hadits yang artinya, 揃arangsiapa yang berpuasa pada hari terakhir dari bulan Dzulhijjah dan hari pertama pada bulan Muharram maka ia telah menutup tahun yang telah berlalu dengan ibadah puasa dan membuka tahun yang baru dengan berpuasa. Maka Allah menjadikan untuknya sebagai kaffarah (penebus dosa) selama lima puluh tahun
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:19 PM | Show all posts
As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: ``Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:22 PM | Show all posts
Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu' (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu' (palsu). Imam Ahmad berkata: ``Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.''

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu': ``Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.''

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu': ``Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.''

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu', disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu'at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 9-1-2008 01:17 PM
Puasa awal dan akhir tahun beserta fadhilahnya. Imam Al-Fatani dalam kitab Tadzkiratul Maudhu抋t menyatakan : 揇alam hadits yang artinya, 揃arangsiapa yang berpuasa pada hari terakhir dari bulan  ...


In turut mdengarnya dlm satu kuliah agama....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:01 PM | Show all posts
Hadis hadis "palsu" akan merosakkan ummah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:26 PM | Show all posts
bg yg nak doa atau berniat utk maju di tahun baru, doa lah sajalah...

cuma jgn diniatkan fadhilat nabi....atau nabi pernah buat...atau mengharap pahala sunnah....

anggaplah ia doa2 biasa, dan di mana kita mmg sentiasa perlu berdoa...tak kiralah apa event pun...

dan bg  tahun baru juga, terpulanglah...nak doa , doa saja....

yg tak mahu juga tak ngape...

[ Last edited by  ussopp at 9-1-2008 02:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 04:40 PM | Show all posts
owh jadinya doa akhir tahun dengan awal tahun tu bkn dari nabi muhammadlah ye?
klu xbuat xpelah ye?mmg xdisunatkan? kita hanya perlu doa yg biase2 je lah,tiade doa2 yg khusus n tingkat kan amal je lah ye?
sorry sy bdk baru belajar klu salah tlg tunjuk kan...

[ Last edited by  gadiz at 9-1-2008 05:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 05:28 PM | Show all posts
ape hukum nye suami isteri membuat hubungan di malam maal hijrah nie..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 05:39 PM | Show all posts

Reply #16 gadiz's post

lagi byk doa kan lg bagus,kalo duit/harta kita nak byk sampai sanggup buat apa yg manusia2 beraqal cerdik tak pernah buat..kenapa taknak bykkan doa??
aku tanya ko balik nih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 09:44 PM | Show all posts

Reply #18 daudkaran's post

ape mksudnye ayat nie?
(sanggup buat apa yg manusia2 beraqal cerdik tak pernah buat) cthnye ape?
sori tak pahamlah... tapi betul sgt2 lah, kalo nk duit/harta yg banyak mmg manusia sanggup wat ape je.. tapi sampai bab berdoa dan bersyukur semua amik mudah je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by daudkaran at 9-1-2008 05:39 PM
lagi byk doa kan lg bagus,kalo duit/harta kita nak byk sampai sanggup buat apa yg manusia2 beraqal cerdik tak pernah buat..kenapa taknak bykkan doa??
aku tanya ko balik nih.


Banyak berdo'a tak ada siapa yang larang memang bagus.  Tapi bila berpandu dengan hadis palsu tu yang jadi masalah.  Pokok persoalannya ialah pihak yang tak bertanggung jawab menyebarkan hadis-hadis palsu, kemudian diikut orang diamalkan orang, dalam bahasa lian berdusta atas nama Rasulullah s.a.w, balasannya amat buruk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.120412 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list