CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5408|Reply: 37

Dilema Usahawan Melayu.....

[Copy link]
Post time 17-4-2007 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga bumiputera diarah henti beroperasi di Suria KLCCKAMI adalah pemilik kedai menjual Levi抯/Dockers di tingkat bawah pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa, Suria KLCC.
Bulan lepas kami telah diberi notis untuk keluar dari premistersebut tanpa diberi sebab munasabah atau pilihan premis lain walaupuntelah dijanjikan sejak dua bulan yang lalu.
Kami mula beroperasi pada tahun 1998 iaitu sejak pembukaan pusattersebut. Pada ketika itu ekonomi negara sedang gawat tetapi berkatketekunan kami tanpa bantuan kerajaan, kami berjaya mengharungi cabarandemi cabaran.
Hari ini kami membayar sewa sekitar RM500,000 setahun, iaitu 10peratus daripada nilai jualan setahun kami tanpa ada masalahtertunggak.
Bukanlah mudah untuk mengekalkan bayaran sewa sebanyak itu tetapisebagai seorang peniaga bumiputera, kami mahu membuktikan kami jugamampu bersaing secara sihat.
Tetapi alangkah hampanya kami, setelah sembilan tahun beroperasikami diminta keluar pula tanpa ada alasan munasabah. Kami berasa sangatterpinggir dengan tindakan tidak sihat ini.
Bertambah malang, kami adalah hanya segelintir peruncit bumiputerayang tekad untuk berniaga di Suria KLCC yang bertahan selama sembilantahun.
Tentu sahaja, kami tidak akan rela membawa perniagaan kami darikompleks membeli-belah antarabangsa ke gerai-gerai di pasar malamkerana itulah yang akan berlaku untuk melelong stok kami yang kinibernilai RM1.3 juta.
Sehubungan itu, kami memohon bantuan kerajaan untuk melihat masalahkami sebagai peruncit bumiputera yang boleh kami sifatkan sedangmenghadapi tekanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 08:44 AM | Show all posts

Reply #1 wineps's post

Habis jewel pun bumiputra gak... knp dorg still bole je lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 08:43 AM | Show all posts
simpati dengan nasib peniaga Melayu kat KLCC.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 09:10 AM | Show all posts
nape leh jadi cam ni yer...??
nape dorang kena kuar dr KLCC tu..?? xkan diskriminasi kot...??
xleh jadi nih...
kalau wat camne kpd usahawan bumi, cam ne kita nak terus maju...
mmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 08:59 AM | Show all posts
hakikatnya mmg itu yg byk berlaku... diskriminasi spt ini dah lama berlaku tapi takde apa2 yg boleh dibuat kerana mereka yg monopoli bangunan2 tu
sebab tu kebanyakan kedai2 di pusat beli belah terkemuka banyak 'orang diorang'
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 09:26 AM | Show all posts
Kes ni perlu dibawa ke pengetahuan PPIM and they will fight till the end for you.  PPIM juga pernah membantu Laksa Shack untuk mencapat kedai makan di KLCC dulu.  Percaya atau tidak hingga terpaksa minta surat menteri.  If we have enough credibility then go.. fight for ur right!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2007 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by tuna_sandwic at 17-4-2007 08:59 AM
hakikatnya mmg itu yg byk berlaku... diskriminasi spt ini dah lama berlaku tapi takde apa2 yg boleh dibuat kerana mereka yg monopoli bangunan2 tu
sebab tu kebanyakan kedai2 di pusat beli belah t ...


SETUJU SANGAT!  'orang diorang' ni bole dianggap MUSUH DLM SELIMUT,GUNTING DALAM LIPATAN dan DURI DALAM DAGING.....(apa yang aku cakap ni...? layan je la..!)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2007 10:53 AM | Show all posts
Saya ada membuat kepada PPIM....Diaharap PPIM boleh membantu Peniaga Bumiputra Islam yang ditindas....

Mengapa kita ditindas ditanah air sendiri.....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by wineps at 17-4-2007 10:53 AM
Saya ada membuat kepada PPIM....Diaharap PPIM boleh membantu Peniaga Bumiputra Islam yang ditindas....

Mengapa kita ditindas ditanah air sendiri.....?


Tuan punya butik levis di klcc ke nih?....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 12:46 PM | Show all posts
a'ah... tuan punya butik ke nih...??
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 01:39 PM | Show all posts
aku ingatkan ni thread pasal usahawan buah delima.....
tukarla ke 'dilema'....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 01:41 PM | Show all posts
hahahahha.... baru perasan.... nak terguling aku... hahah... betul2.. kena tukar... best ah buah delima..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 02:01 PM | Show all posts
uiks..baru arituh aku baca kat paper mana ntah..diaorg ckp diaorg nih antara bumiputera yg niaga kat klcc aaa...tp takder plak cakap kena halau time tuh...

ehmmm bg aku benda nih beser aaa...dah owner nyer bukan bumiputera...mesti diaorg kalo boleh tanak tgk ader langsung bumiputera yg niaga kat klcc tuh...

bendan ih bukan berlaku kat klcc jer...sebagai contoh aku amik perumahan aaa...kalo diaorg ada buat kedai..mesti bumiputera diaorg letak kat ujung2 ataupun kat belah belakang...sebabnya ?? aku rasa (rasa jer nih) kalo bumiputera beli diaorg kena bg diskaun...so nak tanak diaorg akan kurang untung...so sebagai revenge diaorg letak ler peniaga2 peniaga melayu nih kat ujung2 jer...huhuhuhuuh

p/s=dilema kan..bukan delima

[ Last edited by  silverchair959 at 17-4-2007 02:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 02:31 PM | Show all posts
dalam paper kosmo baru nih....ada pujian lagi... bertahan 10thn katanya,,... ada lagi keratan akhbar tu dgn aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 03:12 PM | Show all posts
hahaha.... mcm2... buah delima... dilema...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 04:59 PM | Show all posts
nampaknya kita dijajah secara senyap skg.Mcmana kita nak maju sekiranya pihak mgt klcc sekiranya petronas sendiri tak beri peluang pada kita....diskriminasi sungguhhhh..aku protes pada petronas sekiranya diaorang buat mcm tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2007 05:12 PM | Show all posts
Saya sudah memaklumkan kepada PPIM dan PPIM berkata akan bertindak diatas maklumat ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by wineps at 17-4-2007 05:12 PM
Saya sudah memaklumkan kepada PPIM dan PPIM berkata akan bertindak diatas maklumat ini.....


syabas myfrenz coz sanggup bawa benda nih ke PPIM. Harap depa dapat membantu apa yang patut...melayu tolong melayu...syabas sekali lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 06:38 PM | Show all posts
TERBUKTI bahawa MELAYU BOLEH maju sekiranya tanpa diskriminasi. Ni dah mcm satu strategi nak gagalkan melayu yng berjaya.... lepas tu kata melayu tak pandai meniaga.....

MELAYU BOLEH!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 07:08 PM | Show all posts
kalau macam ni cara diaorg
kita kena cari jalan untuk lawan balik
kita kena buat konsortium bumiputera yg betul kukuh
apa kata sinar dan enterprenur_78 tubuhkan
kita akan follow
laungkan takbir
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.161511 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list