CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6521|Reply: 18

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM SEHARIAN

[Copy link]
Post time 2-1-2007 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Apa pendapat anda? kerana isu ini menjadi isu semasa pada masa ini..

[ Last edited by  LailaTempawan at 5-1-2007 09:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2007 01:59 PM | Show all posts
Seharian dan internet? no rules...anything boleh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2007 07:12 PM | Show all posts
yer memang betul tu, tetapi penggunaan bahasa melayu dalam internet ni, ada seorang pakar bahasa telah menyatakan penggunaan bahasa melayu dalam internet ni, tidak betul nahu mahu tatabahasa dan juga hukum-hukum bahasa melayunya.. .. jadinya, apa pendapat korang?

[ Last edited by  LailaTempawan at 2-1-2007 07:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 09:11 PM | Show all posts
mm..rasanya tak perlu la formal sangat.

lain majlis lain bajunya

ahaks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2007 02:13 PM | Show all posts
memang betul tu neeziee.. hehe..

tetapi pendapat aku lah.. sekarang ni memang sukar nak dapat orang melayu sendiri berbahasa melayu dengan betul dan tepat cara penggunaannya..

Apa mesej yang sebetulnya ingin saya sampaikan disini ialah.  kenapakah orang melayu kita sendiri menggunakan bahasa melayu dengan salah, sedangkan kita sendiri yang digelar bangsa melayu tu.. Saya pun memang terasa begitu juga, saya cakap macam ini bukanlah kata bahasa melayu saya ni sempurna atau apa, memang masih ada kesilapan dan penggunaan bahasa saya ni yang tak betul, tetapi apa yang ingin saya tekankan ialah, kenapa lah sampai macam tu sekali rupanya..

Pengaruh dari bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa itu mungkin satu faktornya, dan tidak dapat kita nafikan yang kita HARUS mempelajarinya, tetapi kenapakah bahasa melayu kita harus menjadi "korban", sedangkan bahasa melayu itu adalah warisan nenek moyang kita yang harus kita mertabatkan walaupun pengaruh dan juga bahasa Inggeris menjadi keutamaan pada masa ini. Keperluan untuk mempelajari bahasa inggeris memang mesti, tetapi jangan lah kita memperlekehkan tentang kewajipan kita mempunyai dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2007 08:56 PM | Show all posts
Hope semua paham apa yang Laila katakan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2007 10:12 PM | Show all posts
masa aku pergi pelancaran buku nilai-nilai melayu dari sudut pandangan orang luar dari Laurent Meztger dia kata orang melayu sendiri yang merendah-rendahkan bahasa melayu.

Laurent Meztger ni Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti La Rochelle, Perancis.

lagi satu ada buku dari Indonesia.tulisan Remy Sylado.9 DARI 10 KATA BAHASA INDONESIA ADALAH ASING.

kita selalu sentiasa mencipta dan mengadaptasi istilah pelik-pelik.

lama-lama 10 dari 10 bahasa melayu adalah asing.ahaks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 11:47 PM | Show all posts

Aku tak tau aku jawap topik ke tak

Pendapat peribadi; saya tak paksa orang setuju dengan saya. First of all, saya ni orang yang tak kisah langsung tentang bangsa. Bagi saya, saya ni Islam; dan setiap yang baik tu semua datang dari root agama saya Islam. Malah kalau boleh saya katakan, saya mahu berbangsa Islam, so that saya tak perlu bezakan diri saya dengan Cina, India, Pakistan dan sebagainya.

Jadi bagi saya, kalau saya terlalu mengagung-agungkan certain bahasa, tapi dari segi intelektual saya ketinggalan, pun macam ada guni besar tapi beras separuh je. Bagi saya, bagaimana penyampaian, bagaimana penggunaan kata, biarlah kena pada tempatnya. Kalaupun kita tidak 'akur' pada penggunaan bahasa yang tepat dalam Internet, itu tidak menjadikan kita less Melayu dari orang lain. Kalaupun kita beria-ia cakap dengan nahu, slanga, baku yang betul sekalipun, tapi isinya kosong, atau orang tak faham, atau simply off topic, pun takde maknanya. Again, berbalik kepada perenggan saya yang pertama di atas, terkorban ke bahasa Melayu bila kita campur adukkan English dengan BM, terutama dalam istilah teknologi? Ambil contoh kalau saya nak alihbahasa 'plug in' kepada bahasa melayu 'masuk plag'. Faham ke kita? Bertambah ke pengetahuan kita dengan perkataan masuk plug yang memang dah sah sah takder dalam sistem tersebut?(Contohnya). Terkial-kial kita nanti bila nak cari, kat mana letak nak masuk plug tu. Bazir masa lagi. Ok, mungkin bahasa Melayu kita tepat, tapi dari segi intelektualiti kita, maju ke mundur?

So kesimpulan dari apa yang saya nak cakap di kala mood saya menaip panjang pada malam ini, yang penting mesej. Tersampai ke tidak. Terbekesan ke tidak (ada ke ayat macam ni).

Sekian, harap maklumat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2007 06:15 AM | Show all posts
Bagi pendapat aku, jika kita menggunakan BAHASA PINJAMAN, mungkin tidak menjadi kesalahan.. Kerana kita TERPAKSA menggunakannya, terutama sekali bahasa teknologi.. Contohnya:

1) 'Technology' - Teknologi
2) 'Computer'  - Komputer

dan lain-lain
Disebabkan peminjaman bahasa inilah, kita harus memberikan penekanan terhadap penyebutan perkataan tersebut dengan betul. Contonya, sebutan perkataan TEKNOLOGI adalah TEK-NO-LO-GI, tetapi bukanlah TEK-NO-LO-GY sepertimana sebutannya dalam bahasa Inggeris. Penyebutan perkataan betul akan membezakan sama ada kita sedang menyebutnya dalam bahasa Melayu atau pun tidak. Jika kita menyebutnya dengan loghat bahasa Inggeris, maka ini telah menjadikan kita sebagai pengguna bahasa Melayu yang tidak betul sedangkan ia cuma salah dari segi sebutan.


Tetapi jika sekiranya perkataan inggeris atau perkataan-perkataan teknologi itu memang tidak dapat ditranslasikan lagi, contohnya 'plug-in' tadi.. jadinya, wajarlah kita menggunakan tanda petik ini '' atau ' sebelum dan selepas perkataan tersebut, dan jika sekiranya kita sedang membuat presentasi atau bercakap atau perbincangan formal , kita haruslah menggayakan tubuh ('body language') kita dengan menaikkan kedua tangan kita sambil menemukan kedua jadi telunjuk dan jari tengah kemudian diturunkan separuh secara cepat untuk menunjukkan yang perkataan itu ada tanda petik ini   --> "____" atau '___'

Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada setiap individu itu untuk memikirkannya sama ada kita HARUS kah tidak untuk memartabatkan bahasa melayu yang betul ini.

Sekian terima kasih dan harap maklum


[ Last edited by  LailaTempawan at 4-1-2007 06:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 06:26 AM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 3-1-2007 10:12 PM
masa aku pergi pelancaran buku nilai-nilai melayu dari sudut pandangan orang luar dari Laurent Meztger dia kata orang melayu sendiri yang merendah-rendahkan bahasa melayu.

Laurent Meztger ni Pen ...



Menarik.. terutama sekali mengenai Laurent Meztger. Adakah beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis ? Terasa malu lah pula bila orang luar sendiri menjadi pakar dalam bahasa ibunda kita sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 07:29 AM | Show all posts
Menarik.. terutama sekali mengenai Laurent Meztger. Adakah beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 11:00 PM | Show all posts
Originally posted by LailaTempawan at 7-1-2007 07:29 AM
Menarik.. terutama sekali mengenai Laurent Meztger. Adakah beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis ?


haah dia orang perancis.
memang fasih berbahasa melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 10-1-2007 11:00 PM


haah dia orang perancis.
memang fasih berbahasa melayu



Terima kasih kerana memberikan informasi tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 02:32 AM | Show all posts
salam....

ade sesiapa di sini menggunakan perkataan 'rewel' dlm kehidupan seharian?

saya br dgr perkataan tu td kt klasik.fm..

buley tgk maknanya di sini..
http://sbmb.dbp.gov.my/kamus/per ... ukan_kamus_dbp.aspx
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 06:57 AM | Show all posts
Originally posted by LailaTempawan at 3-1-2007 02:13 PM
memang betul tu neeziee.. hehe..

tetapi pendapat aku lah.. sekarang ni memang sukar nak dapat orang melayu sendiri berbahasa melayu dengan betul dan tepat cara penggunaannya..

Apa mesej  ...


Sedihnya, sku sendiripun tak reti nak cakap dengan betul BM ni...bile buat presentation mesti bercampur dengan BI dan jadi macam rojak sebab vocabulary untuk BM aku terlalu kurang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2009 10:16 PM | Show all posts

Balas #15 migdal_bavel\ catat

tak mengapa.. cuma.. kita hanya dapat mencuba mengelakkan dan meNGURANGkan kesalahan dalam menggunakan bahasa melayu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 01:56 PM | Show all posts
adalah digalakkan untuk menggunakan bahasa Melayu seharian....dengan sepenuhnya maksudnya tiada bercampur dengan bahasa lain...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 01:08 PM | Show all posts

Reply #9 LailaTempawan's post

Biasanya tanda petik " digunakan untuk dialog (cakap ajuk), iaitu dalam penulisan cerpen, novel...

Bagus guna tanda ' pada ayat-ayat atau perkataan asing, dalam ayat...

Bagi saya, Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa yg boleh menerima pembaharuan; supaya ia boleh bertahan & berkembang.  Tidak menjadi kesalahan BM banyak meminjam peraktaan asing, memang dari dulu pun, kan?  

Ya, saya setuju!  Bahasa Melayu (BM Standard) perlu diujarkan dengan sebutan baku, lebih-lebih lagi dalam situasi formal.  Misalnya, sebutan konsonan T, D & G:  Tek-no-lo-GI bukannya Tek-no-lo-Je (GY).  

Seperkara, dalam nyanyian (kebanyakan penyanyi Melayu, berbangsa Melayu) seperti tidak menghormati bahasanya sendiri; sebutan SALAH:  cinta menjadi ChinTTTHHHAAA... Antara contoh saja.  Sedangkan nyanyian itu sangat berpengaruh besar terhadap pendengar, khasnya remaja Melayu.

Taklah mau nanti, bangsa Melayu itu dikatakan LAYU... Me-LAYU, tiada identiti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:38 AM | Show all posts
Budi Bahasa Budaya Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa Melambangkan Bangsa

Tokoh pejuang bahasa negara almarhum Tun Syed Nasir pernah melafazkan "Beratus-ratus tahun lamanya bahasa Melayu (Malaysia) menjadi senjata kebangsaan (yang dahulunya tajam dan sakti) tetapi telah dibiarkan tergantung sahaja di dinding, menjadi hiasan. Di dinding itulah senjata ini berkarat dan berlapuk, tidak seindah dahulu dan tidak pula diperdulikan.

Seluruh rakyat memandang bahasa Malaysia itu hanya sebagai barang simpanan yang dipuja-puja. Orang yang mendapat senjata baru iaitu bahasa Inggeris, memandang bahasa Malaysia, senjata sakti bangsanya itu, sebagai barang mainan yang tidak berharga". (Koleksi Ucapan Tun Syed Nasir, 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 178)

Bahasa Ibunda sendiri dirasakan tidak berstandard jika dituturkan...sebaliknya jika menuturkan b.inggeris dirasakan bahawa sangat berdarjat tinggi dan berstatus moden.....
Inilah realiti bangsa Melayu hari ini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.074416 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list