CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5838|Reply: 25

Tolong aku n hubby...

[Copy link]
Post time 11-12-2006 11:16 AM | Show all posts |Read mode
My hubby setiap malam suruh anak kami yg umur 8 tahun baca satu halaman buku English kat dia.  Semalam topik dia ialah dinasour.

Lepas tu dia tanya kat anak aku."apa itu dinasour? dlm bahasa melayu.  Dia nak uji kefahaman anak aku. Anak aku diam.  Beberapa kali ulang, dia masih diam.

Lepas tu hubby tanya."apa itu ayam?"  Anak aku diam gak.  Dia tanya cara lain,"apa yg angah tau pasal ayam?".  Diam lagi.  Hubby ubah soalan, "cerita je apa-apa pasal ayam."  Dia diam gak.  Langsung tak bergerak.  Mcm ada mental block.

Anak aku ni, aku pernah cerita kat sini, not a really bright student, but very hardworking.   Dia boleh jawab soalan yg dah ada jawapan muktamad macam "siapa  Rasul terakhir"?  dan so far dapat no 1 @ 2 kat ujian sekolah agama.  Tapi setakat tu jelah.

Then aku menyampuk.  Dia tak boleh jawap soalan general macam tu.  Kena spec mcm ayam tu benda atau binatang?   Banyak lagilah sampai last2 aku n hubby yg bertekak.  By this time anak aku dah pegi main.  Hubby aku kata takkan forever nak biar anak aku think the same way?  Tak nak ubah ke?

Tolongla forumer semua apa cara terbaik korang handle benda macam ni?  Soalan macammana yg patut kami tanya untuk stimulate minda dia tanpa bagi pressure?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 05:16 PM | Show all posts
ni pendapat aku jela... aku rasa apa yang korang buat dah cukup bagus cuma jangan mendesak sebab macam kita dulu2 bila tak boleh nak dpt tangkap ajar camna pun masih tak faham... slow2 lama2 dia ok la tu...aku rasa anak kau takde masalah pun.  Tapi tunggulah ada parent lain yg boleh bagi jawapan lebih bernas...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:12 AM | Show all posts
cadangan saya instead of tanya dan jawab melalui method yg sama iaitu dok dlm bilik, selak2 buku pastu discuss, apa kata bawak dia pi zoo tgk sendiri depan mata haiwan2 tu pastu tanya dia di dalam suasana berlainan iaitu di suasana kehidupan haiwan sebenar. see if there's any different.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 12-12-2006 01:12 AM
cadangan saya instead of tanya dan jawab melalui method yg sama iaitu dok dlm bilik, selak2 buku pastu discuss, apa kata bawak dia pi zoo tgk sendiri depan mata haiwan2 tu pastu tanya dia di dalam  ...


Selak buku semua tu sebab nak lihat kefahaman dia, adakah dia faham apa yg dia baca.  Sebab kelemahan utama dia sekarang ialah dia cuma menghafal apa yg dibaca, tapi tak faham.   Itu sebenarnya tujuan kami, bukan nak ajar pasal haiwan ke apa ke.  Kedua nak perbaiki sebutan dan bacaan English dia.    Kebetulan topik hari tu ialah dinasour.

Tapi bagus juga cadangan tu, mungkin kami patut exposekan soalan tu masa dia tengok sendiri, jadi bila baca buku, dia ada panduan sikit-sikit apa nak cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 11:12 AM | Show all posts
aku agree.. belajar bukan dr membaca semata2.. melihat sendiri, merasa, mendengar pun part of learning process.
bila budak2 tau/faham/kenal benda yg dibaca, baru lagi pahamm.. tu pendapat aku la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 11:37 AM | Show all posts
Rasanya antara sebab lain anak aurorae tak menjawab sebab rasa terpressure, dan mungkin dia takut apa yang dia cakap nanti salah.

Salah satu cara macam Sherrina suggest, tanya secara informal. Tapi sebenarnya banyak cara nak test kefahaman membaca... melalui lukisan, poster, atau tulis semula cerita... macam dlm kelas la pulak ya :bgrin:. Kadang-kadang boleh gak tanya masa berborak, indirectly, tak payah mention pasal buku tu pun if possible.

Kadangkala tanya general question ni payah gak, kita orang tua pun boleh cuak kalau ditanya soalan open sangat. Satu lagi cara, duduk sama-sama baca, reading aloud pun tak pa, tanya dia terangkan makna perkataan/perenggan tertentu. Benda ni kena sabar sikit. Budak2 cepat bosan kalau banyak nar soalan. Kadang2, saya sampai negotiate dgn anak... kalau dia setuju baca buku sampai habis & jawab soalan, then saya bagi reward...

Kalau nak tanya soalan sebelum dia baca buku tu pun boleh jugak. At least dia tahu apa nak cari and make extra effort utk fahamkan apa yang dibaca. Memang mula-mula dia akan hafal, tapi kalau selalu dibuat, lama-lama dia akan naturally paham apa yang dibaca (InsyaAllah).

just my two cents worth
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by RedAlert at 12-12-2006 11:37 AM
Rasanya antara sebab lain anak aurorae tak menjawab sebab rasa terpressure, dan mungkin dia takut apa yang dia cakap nanti salah.

Salah satu cara macam Sherrina suggest, tanya secara informal.  ...



agree with red allert. macam anak aurorae takut nak jawab. Sebab as far as my experience with my kids (who are mostly shy), at the age of 8.... if tanya general questions like that, akan bertubi2 jawapan yg keluar, kalau yg adik siap buat loyar buruk.

Akan tetapi if the question was asked in a tensed situation..... eg dapat exam papers and dia buat silly mistakes.... and kita tanya dia the same question nak tau samada dia paham ke tak.... dia akan senyap aje (although dia dah tau jawapan sebab dah buat corrections)

hubby aurorae tanya garang2 ke? or maybe tak tanya garang tapi since anxious nak tau jawapan anak, your hubby does not realize that his face expression become garang a bit....

budak2 terror bab body language ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 08:33 AM | Show all posts
tak semua kids tahap pembelajaran diaorg sama..
cuma kita as parents jgn la put too much pressure on them..norsha still remember my doter masa she was 8, kefahaman dia mmg teruk sgt2..nothing much norsha leh buat sb cam ur kid jugak la bila disuruh baca, mmg baca tapi tanya..senyap jer..
style norsha dgn hubby lak..expose her to online game..bermacam2 online game we download for her..since mende tu game..she was very interested..so, norsha and hubby keep on asking her to explain about the monsters..about the characters..about the places..about the items in the game..and she did it well (yerlaa...game, semua budak2 suka)..now nie, kita org pulak tak larat nak dengar if she talks about certain subject yg dia minat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 11:42 AM | Show all posts
kalau aku jadik kau..aku sangat bangga dengan anak aku..
1) sbb dia ada semangat tinggi, HARDWORKING. Dalam hidup, semangat dan usaha lagi penting dari otak yang bijak tapi tak bersyukur, jahat atau malas berusaha. Dan aku takkan keluar statement 'not a very bright student', not verbally, not written, sebab aku ni mak dia, kata2 aku adalah doa untuk dia. Subhanallah.
2) sbb dia minat agama. Asas agama sangat penting. Sebab dia dah minat, senang nak ajar dia solat, puasa dan taat pada tuhan dan ibu bapa. Insya Allah dari kecil kalau dah biasa, besar jadi mukmin akhlak mulia, boleh terima qadak & qadar. Tua2 tak sakit mental cam budak2 sekarang. Aku kenal budak2 takmo belajar agama tau. Takmo baca Quran, takmo gi kelas agama. Apa parents boleh buat kalau macam ni? Marah? Paksa? Pukul? Slow talk?

on the other hand..
1) Learning must be FUN n exciting. Bukan setakat baca FOREIGN language sejam dua, tengok gambar illustration kat kertas nipis tu..kita expect budak 8 tahun kasik jawapan bijak & memuaskan orang tua yang dah hidup dan belajar macam2 within 30 tahun! Style belajar macam ni utk PJJ atau kuliah kolej bolehlah. Explain dulu bahasa mudah dia boleh faham, tunjuk, sentuh, rasa ayam sebenar, buat bunyi ayam, jalan macam ayam. Nyanyi lagu ayam, lukis sama2, buat topeng ke, beli costumes ke..baru seronok n melekat kat kepala. Tirulah style rancangan kanak2 kat TV tu, macam2 diorng buat.
Masa kita yang singkat sehari2 dengan anak2 sbb kerja berbelas jam, isilah dengan senyuman, permainan, peluk cium, kata2 sayang dan dorongan dan doa tidak putus2 pada tuhan agar hidupnya selamat dunia akhirat..just my 2 cents, aurorae..maaf kalau bahasa kasar sikit, aku rasa hangin sikit nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 12:03 PM | Show all posts

Reply #9 parilala's post

Lagi saya setuju ngan pendapat bernas pari ... learning must be fun.. n jangan bagi statement yang akan membuatkan anak kita rasa down.. eventho mmg dia agak slow ke apa.. dan jangan bagi dia sampai over preassure utk pastikan dia capai limit yang kita nak... setiap anak adalah berbeza...

Cam saya bila ngan anak2 cth klu subject dinosour tu la.. saya akan sediakan DVD tentang dinosour n pasang kat TV.. so dari situ saya akan tengok sama2 ngan diaorang, explain apa2 pun ttg tu...  n after that make one story guna patung2 dinousour... mungkin menyanyi ke apa yg leh kaitkan ngan benda2 tu... so lama2 dia akan faham.. instead of membaca je...

Tentang bahasa pulak.. saya mmg galakkan anak2 tgk Disney channel.. dari situ dia leh learn bahasa.. mungkin yang simple2 pun tak pe.. saya tak kisah klu anak2 tgk channel 60, 61 to 64 sbb saya rasa sesuai utk perkembangan n bahasa anak2 saya..

Lagi satu apa yang saya buat.. kat umah saya gunakan dua bahasa.. bersama saya anak2 akan ckp BM n fully BI with ayah dia.. cam tu gak kalau saya bercakap ngan ayah dia mesti dlm BI... n my hb akan ckp BM bila cakap ngan saya... so automatik anak2 akan follow.. cth le saya tak akan layan kalau anak2 cakap BI ngan saya.., n my hb pun tak kan layan klu anak2 cakap BM ngan dia... mungkin mula2 bit conpius tapi since kitaorg dah biasakan dari baby tak de apa2 masalah...

apa pun jangan bagi over pressure kat anak2 sbb perkembanagn setiap anak berbeza... n maybe sebagai parents kita kena kreatif.. cam kata pari... learning must be fun.. tak mesti ngan membaca je baru kita leh dapat sesuatu ilmu tu.. n pastikan bila dia berjaya menyelesaikan sesuatu masalah.., bagi dia pujian.. Kanak-kanak memang suka dipuji.  Kalau le cth dia mampu melukis gambar yang cantik, pujilah dengan seikhlas hati so anak akan lebih ceria apatah lagi bila pujian itu adalah daripada ibu bapanya yang disayangi. so bila dia ceria pembelajaran seterusnya akan mudah...

my 2 cents...

[ Last edited by  dealova77 at 18-12-2006 12:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 12:47 PM | Show all posts
dealova, you ni mmg penyabar..boleh tengok DVD dinasour ngan anak2..
saya tak berapa tahan, sbb kepala dok nak buat kerja rumah. Usually my hubbylah teman my 15-months-old son tgk TV..
tapi bila keluar lagu Thomas & Friends tu my son tau mak dia akan lari datang nyanyi sama2..joget2 depan TV..
''there's two, there's four.." hehehe..seronok jadi budak2 balik..
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 18-12-2006 02:35 PM | Show all posts
auroe...rasanya anak sue pun sama mcm anak u.. even dlm bahasa melayu pun dia cuma tau baca ...lancar...tp bile kita tanya soalan dia tak bule jawab... dia cuma baca tp x faham maksudnyer.. tp yg pelik tu..kalau lagu tu cepat pulak dia paham...:geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by parilala at 18-12-2006 12:47 PM
dealova, you ni mmg penyabar..boleh tengok DVD dinasour ngan anak2..
saya tak berapa tahan, sbb kepala dok nak buat kerja rumah. Usually my hubbylah teman my 15-months-old son tgk TV..
tapi bila  ...


hehe.. betul tu.. seronok jadi  budak2...
kadang tu my hb pun dok geleng kepala je tgk me time main ngan anak2... kalahkan budak2... ekekeekeke...
sesekali.. tapi time serius.. mmg serius...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 10:09 AM | Show all posts
ye lah...learning suppost to be fun. Mungkin cara hubby u bertanya buat anak u takot kot. Or else dia tak paham apa yg dibacalah. Kena byk sabar ngan budak2 ni . And most important thing, takle desak sangat la. Kena faham mcm mana cara yg sesuai utk ajar anak sebab bukan semua manusia tu bijak. Hanya sebilangan jer yg gifted. if hardworking than...u should be proud of ur kid!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by parilala at 18-12-2006 11:42 AM
kalau aku jadik kau..aku sangat bangga dengan anak aku..
1) sbb dia ada semangat tinggi, HARDWORKING. Dalam hidup, semangat dan usaha lagi penting dari otak yang bijak tapi tak bersyukur, jahat at ...



Parilala,

mula-mula timakasih sebab ingatkan aku.   Aku sebut 'not very bright' tu sebab nak bagi clue kat korang condition sebenar anak aku, bukan nak hina, doa atau nak rendah-rendahkan anak sendiri.   So korang boleh bagi cadangan yg bersesuaian dengan keadaan dia.    Itu je tujuan aku.  Timakasih sebab ingatkan, dan aku akan cuba tak gunakan perkataan yg seumpama itu lagi selepas ni.

Aku sendiri amat bersyukur dgn anak aku ni, satu-satunya yg akan mengalah tiap kali berebut sesuatu dgn adik-beradik, selalu bacakan buku untuk adik-adik, ajar adik-adik alif ba ta, abc, hafalan2 doa dan lagu2 kanak2.  Dia sangat penyanyang, dan dia yg paling disayangi oleh semua anak2 aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 12:44 PM | Show all posts
Lepas baca cadangan2 dari korang, aku pun terfikir mungkin anak aku takut dgn ayahnya pun boleh jadi.  Sebab dia pernah cerita kat sekolah, kalau jawab salah kena marah dgn cikgu.  Dia takut salah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 19-12-2006 12:41 PM



Parilala,

mula-mula timakasih sebab ingatkan aku.   Aku sebut 'not very bright' tu sebab nak bagi clue kat korang condition sebenar anak aku, bukan nak hina, doa atau nak rendah-rendahkan  ...


Aurorae..
Saya nak minta maaf atas kekasaran bahasa saya. Actually semalaman saya terfikir pasal reply tu & sepatutnya saya lebih berhati2 menulis.Sekarang saya faham kenapa aurorae tulis macam tu. Janganla kecik hati ye. Saya harap aurorae akan jumpa kaedah sesuai utk stimulate anak aurorae nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 02:29 PM | Show all posts
interesting baca korang punya pendapat.. masa aurorae mntk pendapat tu aku blank nak kasi nasihat sebabnya anak aku kecik lagi... tapi bila korang dah suggest macam2 tu aku kata nanti bila baby dah beso sikit boleh applyni...Thanks semua...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 01:21 AM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 19-12-2006 12:44 PM
Lepas baca cadangan2 dari korang, aku pun terfikir mungkin anak aku takut dgn ayahnya pun boleh jadi.  Sebab dia pernah cerita kat sekolah, kalau jawab salah kena marah dgn cikgu.  Dia takut salah.


I guess pressure kot... anak aku pon camtu bila tak sure jwpn & aku desak2 dia sbb aku rs dia tau tp mulala suara makin lama makin slow bila aku ajar dia iqra'. Budak akan hilang interest & mengelak nak bc lg... Lepas tu aku mula buat dia rs fun tuk belajar cam suh dia tulis & lukis2 huruf2 tu & puji2 gak bila dia boleh solve kan satu2 menda tu... Of course it will take longer time for us & a lot of patience too...aku ni jenis bkn penyabar benar... tp fikirkan balik fitrah budak2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 03:28 AM | Show all posts
Originally posted by yaszz at 3-1-2007 01:21 AM


I guess pressure kot... anak aku pon camtu bila tak sure jwpn & akudesak2 dia sbb aku rs dia tau tp mulala suara makin lama makin slowbila aku ajar dia iqra'. Budak akan hilang interest ...


Interesting. Teringat anak intisaar lebih cepat belajar membaca biladibiarkan saja, salah pun salah la, lama-lama boleh jadi betul pulak.Pelik bin ajaib pun ada...sebab tak pernah dipaksa, malah kita yangjadi rimas sebab selalu dia tanya camana nak bunyikan huruf-huruf tuh.

Tapi, sebaliknya bila ajar iqra', punyala liat. Tiba-tiba jadi penat,sakit itu ini. After a few months, baru la terpikir, mungkin sebabsetting yang formal (kena duduk diam, pakai tudung etc.etc.) dan kitapun duduk mengadap dia dan basically paksa setiap hari untuk baca iqra'tu menyebabkan dia tak minat. Anak intisaar ni mmg sensitif sgt, tak boleh ditegur. Jadi kalau kita kata bacaannya salah, kekadangmenangis pun blh.

So, skrg ni I'm trying to loosen up dan tak paksa langsung. Biarkan jebuku-buku yang kita nak dia belek at hands reach. Waktu mengaji, kita'suggest' dia ambik iqra' dan baca. I don't even look at her, biar diabaca sendiri. Betul ke salah, biarkan. Kadang-kadang dia akan tanya,barula intisaar bagi tahu.

I know this is a slight deviation from you wanting your child tounderstand what he's reading. But my point is simply, our childrenlearn better when we create an unpressured atmosphere.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.081838 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list