CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10986|Reply: 53

[Lain-Lain] Misi : 1511

[Copy link]
Post time 6-12-2006 12:30 AM | Show all posts |Read mode
amik dari website filemkita.com



Sinopsis:

Misi: 1511 berkisar kepada konflik antara Kamal Hanafi dan Johan Nawawi iaitu suatu konflik yang merentasi jarak masa dan sempadan negara. Johan mula membenci Kamal sejak di universiti lagi apabila Kamal berjaya menewaskannya pada satu pertandingan reka cipta.


An action comedy film based on the conflicts that runs past continental boundaries between Kamal Hanafi and Johan Nawawi and the conspiracy behind Kamal's wife murder. A series of bombing attacks also leads him on a mission to find the culprit before Kuala Lumpur becomes the next target.




Pengarah:

Ir Young Juwahir Mohd Idrus




Pelakon:

Siti Shahrizah Saifuddin ... Camelia
Rico Tampatty (Indonesia) ... Kamal Hanafi
Nor Zamshuri Ramli ... Herry
Adlin Aman Ramlie ... Luqman
M. Rajoli ... Datuk Mahfuz
Arash Mohammad ... ASP Faizal
Ajeng Ayuningtas Kusuma Dewi (Indonesia) ... Kriss
Adjie Pangestu (Indonesia) ... Herman
Atalarik Syach (Indonesia) ... Johan
Francois Mohede (Indonesia) .. Taufiq
Felix Agus ... Jimmy
Marsha Milan Londoh ...
Phattarat Sudprasert (Thailand) ...




Penerbit:

Ir Young Juwahir Mohd Idrus ... Penerbit
AV Visions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem Last edited by eddlisa_uyuk on 8-5-2014 01:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2006 12:33 AM | Show all posts
tayangan bermula pada 14 Disember 2006...

emm.. filem ni dah amik slot tayangan filem Dukun... sepatutnye filem Dukun yg tayang 14 Disember ni, tapi delay ke tahun depan.. yg Dukun tu, harap2 delay bukan sbb ada masalah dgn LPF sudah...

oh, ada marsha AF3 berlakon ekk.. sebelum ni aku tak penah dgr pasal film ni... dah la confuse dgn film Skrip 7707 Razak Meden tu, dua2 ada nombor2... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 01:54 AM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 6-12-2006 12:33 AM
tayangan bermula pada 14 Disember 2006...

emm.. filem ni dah amik slot tayangan filem Dukun... sepatutnye filem Dukun yg tayang 14 Disember ni, tapi delay ke tahun depan.. yg Dukun tu, harap2 de ...


ade masalah dgn LPF ke? kesian kru2 yg bertungkus lumus buat filem ni.... harap2 x kene banned... ye la, rasenye byk jugak filem malaysia yg x lepas LPF...
mesti kecewa pengarah dan kru2 filem...dah la rugi plak tu... tp kalo filem yg diorg buat tu sgt sensitif, memang patut pon kene banned..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 02:02 AM | Show all posts

Reply #3 LoVE_BiTe's post

tak tau la Dukun tu delay sbb apa.. aku igt mmg die ikut plan relesae date sbb mmg kat paper beberapa bulan dulu dah bgtau awal2 yg release 14 Disember... pastu delay, dan cite ni pun macam ada unsur2 kontroversi, risau gak kalau ada pihak yg cucuk2, last2 filem ni ada problem utk ditygkan... igt lagi Lelaki Komunis Terakhir, patutnye LPF dah lepas dah, pastu ada beberapa 'mangkuk ayun' (i think they deserve to get this, kalau sape2 yg tak setuju, nnt i edit balik phrase ni) yg cucuk2 dan berpikiran tak matang msbbkan film ni dibanned last minit sdgkn time tu dh stanby utk ditayangkan kat GSC International Screen...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 06:50 AM | Show all posts
cite ni tu yang faisal tehrani nye buku tu ke???aku tak bace buku nye..tapi agak bagus buku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2006 01:05 PM | Show all posts
MISI 1511: WORST TRAILER *EVER*!megambil alih title tu dpd  trailer filem Dungeon Siege arahan Uwe Boll.

setiap saat tgk trailer tu aku rasa cam nak muntah.

bodoh bodoh bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 09:18 PM | Show all posts
CM X BEST JE...

IKLAN KT TV PUN KURANG ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 09:42 PM | Show all posts
betul ... x der pon poster filem diorang lagi k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2006 12:43 AM | Show all posts
masa tgk CINTA, ada tertgk trailer die... sgt tak promising...

oh ya, lenkali leh amik yusry direct film2 camni atau amik KRU produce, bagi gempak skit visual efek... yg efek utk film ni hampeh nak mampuih... ada roket langgar menara telekom ke apa... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 01:30 AM | Show all posts
aku ada tengok MHI 2 hari yang lepas

yang penyanyi lagu tema pun nampak macam sengal jer.... kualiti gambar macam citer VCD jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 08:24 AM | Show all posts
Misi:1511 bukan filem syok sendiri
Oleh WANDA IDRIS

MESEJ yang ingin disampaikan memang memberansangkan - jangan lakukan apa juga keganasan seperti pengeboman, pembunuhan atau melibatkan diri dengan ekstrem agama.

Ini kerana perbuatan itu adalah sia-sia dan hanya merosakkan dan mengorbankan orang yang tidak bersalah dan berdosa.

Malangnya cara pengolahan dan penyampaian filem Misi:1511 terhadap isu keganasan dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi tunjang utamanya dilihat kurang memberi impak dengan plot cerita yang longgar.

Membawa penonton menyelami kegiatan ekstrem agama selain penonjolan masjid-masjid terkenal di dunia Arab pada babak awalnya, jalan ceritanya bercampur aduk yang akhirnya memperlihatkan bahawa babak pertama yang selalunya menjadi tunjang cerita bukanlah plot sebenar yang ingin disampaikan.

Malah selepas beberapa minit dan sehingga ke akhir cerita, Misi:1511 tidak langsung memperlihatkan perkaitan perjuangan sesat Dr. Johan Agus Putra (lakonan Adjie Pangestu) dan misi Kamal Hanafi (Rico Tampatty) yang memburu Dr. Johan dengan persoalan tersebut.

Mudah sahaja alasan yang diberikan pengarah yang juga penerbitnya, Ir. Young Juwahir yang ditemui selepas tayangan perdana filem itu yang dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan turut dihadiri penaungnya, Pengerusi Biro Membasmi Dadah UMNO yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar pada malam Rabu lalu.

Musibah

Kata Young, dia mahu mengajak khalayak mengamati isu semasa dunia dan bagaimana sikap cerdik pandai Islam adakalanya menyalahkan kebijaksanaannya hingga mendatangkan musibah.

Lalu, apa signifikannya babak-babak awal gambaran tentang ekstrem agama dan masjid-masjid berkenaan jika akhirnya yang ingin ditonjolkan ialah gejala gangguan minda seorang Islam yang

bijak pandai?

Sekalipun alasannya mahukan sebuah filem ringan atas nasihat polis dan boleh pula ditonton oleh pelbagai usia termasuk kanak-kanak, seharusnya Young yang turut menulis skrip itu lebih teliti agar audiens tidak kabur terhadap perjuangan sebenar Kamal untuk menentang kegilaan Dr. Johan yang ingin merosakkan dunia.

Atau apakah kerana terlalu mahu menonjolkan perkara lain seperti penampilan ramai pelakon dari seberang membuatkan kesinambungannya kelihatan terlompat-lompat hingga memberikan satu pengakhiran yang tiada impak apalagi untuk cuba menyuntik mesej yang ingin disampaikan.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan lain umpamanya daripada segi dialog yang dituturkan, pembikinan pasca-produksinya yang kurang mantap dengan penyuntingan kurang memberansangkan selain kesan khas CGI yang ditunjangi Asrul Hisyam kelihatan tidak 慼idup
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 09:18 AM | Show all posts
Cite nie bagi den tiket, pop corn & air FREE pun den takkan tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 09:23 AM | Show all posts
tu la...aku pun tak nampak apa2 faktor yang dapat menarik aku ke wayang utk tgk cite ni.  takut jadi je dlm wayang nti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:51 PM | Show all posts
pendapat aku, filem ni ada idea..tapi lack of technologies le... kesian betul. tapi respek le idea dia...idea le..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 03:24 PM | Show all posts
tengok filem ni, aku teringat filem mendam berahi...
bajet mahal2, letup sana-sini, tapi filem tahap jamban :lol
kesian filem melayu, struggling benda yg tak perlu, benda yg penting (plot & skrip) tak ditekankan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2006 03:36 PM | Show all posts

Reply #6 khys's post

ya karim....BODOH nak mampos trailer..
pegi jahanamla segala title director tu, ir. la, amp la, bsc (hons.) la, kualiti filem lagi hina dari drama samarinda...

semenjak tengok cicakman nih, bertambah2 meluat aku dgn filem2 melayu ber-cgi bagai nih...

scene last skali tu ada peluru berpandu bom menara telekom ek? :lol
so pathetic...damnly pathetic...mungkin kreativiti pengarah tu setaraf dgn lembu yg dipaparkan dlm trailer tersebut :lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 05:02 PM | Show all posts
Yg paling rasanya cuba memperbodohkan penonton was the missile tuh....cam bakar merecun roket masa nak raya jerk... Pastu roket tuh buat lawak bila roket tu menuju to someone & that someone flash bhis jacket & tinjuk gambar Osama Ben Laden...rocket tuh lelalut gi tempat lain. Agak2 ler woi....siap buat tayangan perdana jemput menteri tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 12-12-2006 03:24 PM
tengok filem ni, aku teringat filem mendam berahi...
bajet mahal2, letup sana-sini, tapi filem tahap jamban :lol
kesian filem melayu, struggling benda yg tak perlu, benda yg penting (plot & s ...



:setuju:

mendam berahi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 01:45 AM | Show all posts
busuk ok cite neh..cam student2 yg lom grad jek yg buat ;) tgk banner die pon da tak lalu :bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.553812 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list