CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17303|Reply: 36

[Masalah] BRACES & P'bedahan RAHANG - Adakah Mgubah kejadian ALLAH?

[Copy link]
Post time 20-11-2006 11:45 AM | Show all posts |Read mode
aku ada masalah gigi...dimana gigi aku di bahagian atas agak tidak tersusun skit..
so bila nak senyum...pun malu2 skit...ye lah gigi tak brapa lawa...
ini mgurangkan sedikit keyakinan dr aku.....
Gigi bawah aku agak kedepan skit, berbanding gigi atas....

so aku bercadang nak pakai braces....dan aku dah pun jumpa doktor nak buat pemeriksaan...
malang nyer doktor kata aku punyer masalah rahang gigi bawah tak fix dgn gigi atas..
rahang gigi bawah...agak panjang skit dr yg atas....
so kalo nak buat braces kena betulkan rahang terlebih dahulu...

dan kalo nak betulkan rahang, aku kena wat pembedahan rahang..
dimana rahang tersebut di potong sedikit pendek, supaya sama dgn rahang gigi atas...
baru leh pasang braces..

Tiba2 aku terpikir...ADAKAH PEMBEDAHAN INI DI KATEGORI KAN SEBAGAI MENGUBAH KEJADIAN ALLAH?

[ Last edited by  polaris_girlz at 23-11-2006 09:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 01:07 PM | Show all posts
masalah rahang ni tataulah plak... tapi kalau mengubah bukan utk menunjuk2 tak salah.. lagi2 plak kalu utk suami (dapat pahala)

camne yek...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 01:37 PM | Show all posts

Reply #2 eiyoei's post

tu ar....aku nak buat ni tuk betulkan gigi aku jer....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 08:30 PM | Show all posts
entah yek macam mana ye....bukannya nak ambil jalan mudah tetapi aku punya justifikasi untuk kau buat pembedahan rahang..pertama tamanya kau bukan mengubah kejadian Allah. kau mengadjust sedikit je untuk mencantikkan rupabentuk gigi kau. tak de implikasi yang memudaratkan diri kau dan juga keadaan sekeliling kau. kita amik contoh kalau kau tukar jantina konfem kau ubah kejadian tuhan terhadap diri kau. dari kau seorang perempuan ke seorang lelaki atau seorang lelaki ke seorang perempuan.  apa implikasi nye...bukan semua perubahan dapat dilakukan terhadap diri seseorang sekiranya ingin bertukar jantina. ini memudaratkan dan mnyukarkan diri nya dan juga org lain...ye lah yang mengorat lelaki yang dah jadi pompuan tentu ingat boleh kahwin dan ada anak tetapi rupa-rupanya sah sah bapok...

dan yang terbaru menggunakan botox ...alasan kebanyakkan nya nak mencantikkan, bagus nak mencantikkan tetapi bila menonjol sana dan menonjol sini maka tujuan itu dah jadi lain..mengancam nyawa lelaki yang melihatnya...ye lah untuk tontonan dah tentu tak elok implikasinya..

susah kita nak justify sesuatu tindakan yang mungkin tindakan itu terkeluar dari akidah ..selalunya kita justify ikut sedap pemikiran kita je...

kesimpulan aku borak panjang panjang ni...no problem kau buat pembedahan rahang..tetapi hujung hujung yang benar datang dari Allah S.W.T dan yang tak benar datang dari aku yang hina ni...

persoalan..? kalau cabut gigi mengubah kejadian tuhan ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 11:52 PM | Show all posts
mengubah kejadian Allah bermaksud mengubah demi kecantikan diri (melainkan untuk suami shj).kurang keyakinan cik polariz boleh diubah kerana ia termasuk dalam mengubah demi kecantikan diri juga.lainlah jika sebutan cik polariz lari pabila menyebut nama2 Allah atau ketika sedang mengaji.anyway gigi cecco pun tak betul juga,sebab ada gigi taring di bahagian atas.(macam joanie ANTM #6) :nyorok:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 09:13 AM | Show all posts
aku rasa boleh kot...

sbb benda ni utk kebaikan diri sendiri (tambahkan keyakinan diri, senang bergaul dll) mcm pakai braces la. Boleh kott...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2006 09:41 AM | Show all posts

Salam pakar pakar ugama ~

saya nak tumpang thread --- betul ke buat braces tu dah kira mengubah kejadian Allah juga? Saya baca dkt satu forum tu depa ckp salah) tapi saya pakai braces -- sebab pada saya mengubah kejadian Allah mcm buat plastik surgery supaya idung kemek nampak mancung, rambut lurus buat krinting, rambut hitam dikaler kaler and etc etc.

So guane gamok nya tu?

Arigato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 10:58 AM | Show all posts

Reply #7 DARSITA's post

ni pendapat yg pernh polar dgr...


Sekiranya pembedahan dilakukan bagi memperbaiki kecacatan, yang berkeadaan di luar tabi'i maka ianya bukanlah mengubah ciptaan Allah. Tindakan tu sama dengan membetulkan hidung yang bengkok atau bibir yang sumbing kerana semua tu memperbaiki bentuk anggota yang luar tabi'i atau cacat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 11:50 PM | Show all posts
kalau itu membuatkan ko sulit utk makan dan jugak memalukan... aku rasa baik ko buat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 01:08 PM | Show all posts
yang penting " Nawaitu " mesti betul........
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 07:44 PM | Show all posts
in some cases i think kalo tak pakai it can be harmful later. especially kalo ade gigi yang tak in line dengan gigi lain. later on adjacent gigi akan himpit and move that gigi yang tak in line tu further more. that can't be good. i know because i'm experiencing it. i need to get that soon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 02:57 PM | Show all posts

salam

Originally posted by polaris_girlz at 20-11-2006 11:45 AM
aku ada masalah gigi...dimana gigi aku di bahagian atas agak tidak tersusun skit..
so bila nak senyum...pun malu2 skit...ye lah gigi tak brapa lawa...
ini mgurangkan sedikit keyakinan dr aku..... ...


Berdasarkan yg I belajar...

Pembedahan tersebut boleh dikategorikan sbg mengubah ciptaan Allah swt n hukumnya adalah haram. Tujuan saudari adalah utk kecantikan.

Operasi kecantikan yang mengubah ciptaan Allah seperti memotong tulang rahang, memancungkan hidung, merampingkan pinggang & seumpamanya adalah dilarang,

Hukumnya adalah haram berdasarkan riwayat daripada Ibnu Mas 'ud Radhiyallahu Anhu, yang berkata,

"Saya pernah mendengar Rasulullah saw melarang wanita mencabut rambutnya, mengikir gigi, menyambung rambutnya dan bertatu, kecuali disebabkan penyakit."
(Diriwayatkan Ahmad).

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2006 09:18 AM | Show all posts

Reply #12 fleurzsa's post

kalo camtu tak leh la buat braces...
terpaksa lah kekal dgn keadaan skang ni....
Niat asal sy nak betulkan gigi je...tak sangka lak sampai kena wat pbedahan rahang...huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:46 PM | Show all posts
Aku penah jumpa ustaz yg pakai braces.Lagipun aku rasa benda ni tak salah.Pakai braces cuma mengubah kedudukan gigi.Bukan merubah bentuk.Ia bukan utk tujuan kecantikan semata2.
Aku rasa hukum ttg mengubah ciptaan Tuhan ni perlu dikaji secara mendalam.Apakah yg dikata sbg mengubah ciptaanNya?Ini perlu penjelasan yg terang.Kalo camtu,pakai whitening cream pun haram la ye?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 12:11 AM | Show all posts
aku pun konpius

mula2 aku mmg rasa mengubah kejadian Allah

tapi then seseorg pointed pada aku

masalah gigi and gusi tu sendiri

pertama...adakah sbb keturunan
contohnya..mcm anak anak AR tompel
yg majiritinya mengikut bapaknya

jadi..aku rasa mmg genetik

tapi
some of the case
sbb kesilapan masa kecil
contohnya

sering hisap jari
ataupun
terlalu takut nak cabut gigi
hingga sbbkan gigi berlapis

hal ini bermaknak
kita sendiri yg telah terubah pertumbuhan gigi scr normal

maka adalah wajar kita membtulkkannya semula

tambahan pula...kalau2 boleh bertambah buruk
contohnya kes
lambat cabut gigi...gigi tu tumbuh senget
then..makin kita besar
maken senget (sbb gigi tepi menolak)

maka...selepas dgr penjelasan tu
aku mula mengubah tanggapan aku ttg pemakaian braces ini mengubah ciptaan Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 02:02 PM | Show all posts
sekadar tambahan..

Islam meletakkan tiga dasar utama dalam isu kecantikan:

1. Merubah ciptaan Allah, dalil: AQ 4: 119
2. Ghassana (menipu/mengabui) , "Man ghassana falai saminna" (siapa yg
menipu kami bukanlah dari kami)
3. Tasyabbuh , "man tasyabbaha biqaumin fahuwa minhum" (sesiapa yg
menyerupai suatu kaum tergolong bersama mereka)

Kemudian Islam membahagikan pula dalam tiga kategori:
a. perubatan
b. pemulihan
c. kecantikan

Dari tiga dasar dan tiga kategori ini, para fuqaha' tidaklah sepakat
untuk menyenaraikan semua aktiviti perubatan, pemulihan dan
kecantikan kerana ia bersifat relatif. Setiap perkara yg bersangkutan
dgn perubatan atau pemulihan anggota atau kecantikan itu hendaklah
dijelaskan dengan lengkap utk dilihat illat (sebab) dari pelbagai
sudut, maslahat, istihsan dan tujuannya.

Dewasa ini sudah banyak kitab-kitab baru yg ditulis mengenai pelbagai
isu baik perubatan, pemulihan atau kecantikan, antaranya:
1. Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Qadhaya Mu'asirat
2. Dr Na'eem Yaasin, Abhath Fiqhiyah fi Qadhayaa Tibbiyah Mu'asirah
3. Syirbasi, Yas'alunak
4. Syawqi Abduh asSahi, Qadhaya atTibbiyah al Mu'asirat
5. Rumah Fatwa Mesir, Darul Ifta' alMisriyyah
6. Gedung Fatwa Islam Online
7. Kitab-kitab Fatawa spt Atiyah Saqr, Hasanain Makhluf, Ali Jad
alhaq, Albakhit, et al
8. Qarar Majma' Fiqh 'Alamiah yg berpusat di Riyadh, Kuwait,
Islamabad dan India.

Rumusan:
Kita ambil contok pembedahan kosmetik (cosmetic surgery) ada yg harus
dan ada yg haram:
Misalnya:
- pembedahan hidung dan membina cartilage dengan emas atau perak
sudah ada di zaman RasuluLlah saw (HR Abu Daud);
- pembedahan dan pengukuhan gigi sudah diputuskan harus di zaman Abu
Yusof, fuqaha Hanafi;
- pembedahan penyambung tulang manusia dengan haiwan sudah ada di
zaman Imam Nawawi (harus);
- Pemulihan kecacatan sudah dibahaskan di zaman Imam Bukhari; ada
fuqaha' yg mengharamkan dan ada yg mengharuskan
- Begitu juga dalam soal kecantikan dan busana perempuan sejak zaman
Nabi saw lagi: sudah ditetapkan hukumnya thabit dengan nas:<BR>-
perbuatan menyambung rambut
- pakai wig
- mencabut uban
- mewarnakan rambut dan kuku
- trim kumis dan memelihara janggut
- membotakkan kepala
- mencabut bulu kening
- taflij (kikir gigi)
- merampingkan pinggang
- tattoo

+ Manakala hukum-hukum baru spt membesarkan payu dara (breast
enlargement) , plastic surgery, weight loss program ini diputuskan
oleh rumah-rumah fatwa dan ijtihad fuqaha' yg melihat kepada maslahat
dan niat-niat pelakunya.

Maknanya setiap perkara baru yg belum ada nas yg meliputi urusan
perubatan, pemulihan angguta dan operasi kecantikan hendaklah
dikemukakan maklumat merangkumi bentuk, kaedah atau cara rawatan,
termasuk material yg digunakan dan tujuannya secara terperinci dan
lengkap. Allahu a'alam

P/s: Tp pasal kes aku ni..aku masih lagi xdpt jwpn yg tepat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


syawall25 This user has been deleted
Post time 7-12-2006 08:08 AM | Show all posts
yang aku belajar dan faham..

pakai braces untuk cantikkan gigi supaya tersusun dan kelihatan cantik ..HARAM..maksudnya,jika tak buat braces ni,tak datangkan apaapa mudarat pada diri..masih boleh hidup macam biasa..

tapi kalau gigi tu sampai terkeluar ke..tembus bibir ke..susah nak makan ke..hukumnya jadi HARUS..

tapi sekarang ramai orang yang pakai braces untuk cantik..Ya Allah..sedih tengok..
Reply

Use magic Report

unlock This user has been deleted
Post time 8-12-2006 03:57 PM | Show all posts
aku setuju pade fleurzsa ngan syawal ckp tuh.. kalo untuk tujuan kecantikan hingge boleh menimbulkan keburukan itu tak boleh la, same juge dengan tujuan utk menunjuk-nunjuk. tp cam plastik surgery tuh begantung plak pd keadaan. maksudnye kalo muke tebakar ke, sumbing kemudian kt buat utk tujuan betulkan boleh la. botox tu plak sbb ade kandungan yg boleh membahayekan kesihatan pemakai sbb tu la di haramkan. itu yg aku tau la.. sekadar berkongsi.
Reply

Use magic Report

unlock This user has been deleted
Post time 8-12-2006 04:02 PM | Show all posts
tp kalo untuk kepastian baik tanye org yg lebih arif, yg tau hukum hakam dengan sebetulnye. sekurang-kurangnya leh jd panduan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 05:34 PM | Show all posts
Tak ada larangan yg jelas dalam hal memakai braces ni... banyak fatwa yg dikeluarkan mengharuskan pemakaian braces untuk memperbaiki imperfection ni... apa lagi kerana manusia ni rata-rata suka mengejek dsb bila ada gigi orang yg terkeluar sikit..

yg jelas ada larangan adalah taflij, i.e mengikir gigi...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.074588 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list