View: 3472|Reply: 3
|
Kena Tipu Sempena Promosi 'Kempen Membaca'
[Copy link]
|
|
Sila ambil pengajaran, jgn jadi macam aku...
Sedihnya aku... dalam 2 bulan lepas, ada mamat india ni datang ofis. Dia kata nama dia Raj, kerja dgn karangkraf. Bila aku minta kad pengenalan pekerja dia kata dia takde. Dia datang pulak time orang dah nak balik kerja dan datang balik esoknya masa orang belum start kerja, so susah nak confirm identiti dia. Dia kata kempen bulan membaca ke hapa dah lepas, tapi diorang still extend ada satu promosi jualan sempena bulan membaca tu. Kita boleh pilih either beli Reader's Digest, Newsweek, Time magazine and akan dapat percuma langganan setahun 3-5 majalah lain, depending on the magazine we picked.
Nak jadi citer, aku beli RD, harga promosi RM148 and dapat percuma several other majalah selama setahun. Budak tu angkut majalah2 lain tu dalam beg dia and tunjuk kat aku and later kat kawan aku. Bila kitorang pilih magazine2 tu ie mastika, cleo, women's weekly and so on, dia siap bagi pendapat lagi kenapa tak ambik majalah Anjung Seri la itu la inilah... orang lain ramai ambik those megazines etc. Pastu siap boleh cakap "ah Puan XXX (collegue aku yg tgh cuti bersalin) last year ada subscribe magazine ni". Aku pelik camne dia boleh kenal kawan tu, tapi dia cakap dgn sungguh convincing sekali. Dahlah bila aku tanya weeks later memang betul member aku ada subsribe Newsweek. Pelik kan camne si india tu tahu?? Pastu dia tunjuk banyak gila orang lain yg dah isi borang macam aku utk melanggan dgn dia. Dia kata dia dah ke beberapa buah universiti dah, aku rasa mau ada at least 100 orang dah kena tipu dgn dia. Susah nak percaya dia tipu sebab dia terlalu pandai berlakon. Waaaaaa....!!!!
Sekarang, dah dekat 2 bulan and majalah2 tu patutnya dah sampai, tapi belum sampai2 jugak. Aku dah panik, so aku try call no hp Raj tu tapi asyik tak dapat. Bila aku call Karangkraf diorang kata takde pekerja nama gitu. Pastu aku call Reader's Digest diorang kata fax kan resit, and diorang kata cop RD tak akan terima cash and akan terus bagi resit rasmi/official. Resit penipu tu tulis "R.D. (M) Sdn Bhd", sedangkan RD kata company diorang takde (M) or sendirian berhad.
Hangus duit RM148 aku, aku rasa sungguh bodoh sekali sebab percaya kat dia. I believe ramai orang dah kena tipu dengan dia. SO aku dgn kawan aku yang kena tipu ni dah panik camne nak bagitahu suami aku (dia takut nak bgth ayah dia) yg kitorng ni dah kena tipu.... Harap posting ini akan membantu anda semua darp tertipu. Sekian terima kasih... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 snid's post
thanks for sharing the info.. benda mcm ni pun ada org tipu.. :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
huh camtu pon leh jd cara nak tipu duit org..... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm memang buat homework sungguh penipu ini............thanks for the info....boleh berjaga jaga lepas nie |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|