CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3123|Reply: 21

mawi @ the weld

[Copy link]
Post time 8-8-2006 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Artis top meriahkan pembukaan The Weld
07-08-2006 11:35:14 AM
Wahida Asrani

Kira-kira 20 orang selebriti terkenal tanahair telah memeriahkan majlis pembukaan semula pusat beli-belah The Weld, yang terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur Khamis lepas.


Mawi hadir dengan pakaian tradisi Cina (Foto: Sam Tham)

The Weld yang merupakan pusat beli-belah yang pertama di buka di Kuala Lumpur pada tahun 1963, telah mengalami proses pengubahsuaian semula dan kini pengurusannya telah diambil alih oleh Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

Justeru, untuk meraikan pembukaan semula bangunan itu, selebriti-selebriti tersebut diundang bagi meraikan 'wajah baru' pusat beli-belah tertua itu.

Apa yang menarik sempena pelancaran tersebut, artis-artis seperti Mawi, Anita Sarawak, Erra Fazira, Ziana Zain, Fasha Sandha, Betty Benafe, Aleeza Kassim, Lisdawati, Eja dan Farahdhiya masing-masing hadir dengan memakai baju kebaya serta baju tradisi kaum Cina yang bertemakan warna biru.

Kesemua mereka mengenakan pakaian hasil rekaan pereka-pereka fesyen seperti Jason Yek, Calvin Thoo, Bill Keith, Iszal Citra, Salikin dan Margaret McCaullum.

Kehadiran lebih 20 orang artis terkenal itu nyata telah menarik perhatian lebih 1,000 orang ramai di sekitar kawasan beli-belah tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi artis kesayangan mereka.


Mawi diserang peminat-peminat yang hadir di pusat beli-belah itu (Foto: Sam Tham)

Mawi yang hadir segak dengan berpakaian tradisi Cina, menjadi 'sasaran' peminat-peminat yang mengerumuni kawasan ruang legar pusat beli-belah itu, selain penyanyi sensasi Erra Fazira, Ziana Zain dan pelakon popular masa kini, Fasha Sandha.

Walaupun itu merupakan satu majlis rasmi, pujian harus diberikan kepada pihak penganjur yang turut membawa artis-artis tersebut mendekati peminat-peminat mereka yang ingin bergambar dan mendapatkan autograf.


Dari kiri; Lisdawati, Farahdhiya, Nurul Shuhada dan Natasha Hudson kelihatan manis berbaju kebaya (Foto: Sam Tham)

Acara kemuncak pada majlis itu ialah pertunjukan fesyen cheongsam rekaan Jason Yek dan barangan kemas oleh The Jewel Mine.

Fesyen-fesyen tersebut telah diperagakan oleh model-model hebat tempatan seperti Carmen Soo, Zahnita, Jolene Chin (Miss Chinese International), Aenie Wong (Miss Malaysia Asia Pacific) dan Carmen Khor (Miss Malaysia Queen of the Year)



CEO Great Eastern Assurance (Malaysia) Sdn Bhd Alex Foong Soo Hah merasmikan majlis pembukaan semula The Weld (Foto: Sam Tham)


Anita memakai cheongsam rekaan Jason Yek. Turut kelihatan ialah suaminya, Mahathir. (Foto: Sam Tham)



Erra nampak anggun dengan kebaya rekaan Calvin Thoo (Foto: Sam Tham) [/img]


credit news to m-star

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 10:00 AM | Show all posts


ramainye makciks..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:03 AM | Show all posts
all blue color.hakahakakak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 8-8-2006 10:00 AM


ramainye makciks..........

apa ni mawi salam ngan fomfuan...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:41 AM | Show all posts
eh terselit cik abg sorang nak salam
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:44 AM | Show all posts
aku rase baju mawi jek yang bukan rekaan designer femes...beli siap kut :nerd:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 10:54 AM | Show all posts

Reply #5 azisha's post

abe Dino tu, jangan x tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 8-8-2006 10:54 AM
abe Dino tu, jangan x tau

eleh die la tue malu nak ngaku muahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 11:07 AM | Show all posts
konan sekarang jarang mai sini...sibuk ngan KAFAIL ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 8-8-2006 11:07 AM
konan sekarang jarang mai sini...sibuk ngan KAFAIL ke?

yup....seronok join kafail tue muahahah......
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:49 AM | Show all posts
Kat sini dah ramai orang, biarlah orang lain ambik alih
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by airynz at 8-8-2006 09:58 AM


credit news to m-star


aku ingat kan org dah tak minat mawi... ahaks  ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by tasha at 8-8-2006 12:08 PM


aku ingat kan org dah tak minat mawi... ahaks  ahaks

jgn ckp camtu ade yg merana jiwa lagi nanti muahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 8-8-2006 12:11 PM

jgn ckp camtu ade yg merana jiwa lagi nanti muahahahha


aku rasa lepas konsert fantasia kemarin
mmg ramai yg merana jiwa.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 03:54 PM | Show all posts
mawi nampak berisi sket.

tapi still ok...!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:17 PM | Show all posts

Reply #12 tasha's post

laa mmg tak ramai...jenis2 tu gak yg minat mawi...bukan bertambah pon...yg dok salam dgn mawi ni pon org yg sama pi konsert lebai kat BJ tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 11:19 PM | Show all posts
WOW !!! : ...

simplicity and elegant youuuu... :love: ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:09 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 8-8-2006 10:35 AM

apa ni mawi salam ngan fomfuan...:nerd:



klu MAWEL xper,xdosa.yg pntg dia JUJUR!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by saiga at 14-8-2006 12:56 PM



klu MAWEL xper,xdosa.yg pntg dia JUJUR!

lollol:lol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.578497 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list