View: 6870|Reply: 20
|
Mandul, bukan hanya masalah isteri sahaja
[Copy link]
|
|
Soalan
Saya telah berkahwin selama 5 tahun tapi masih belum dikurniakan
zuriat.Nampaknya masih belum ada tanda-tanda yang saya akan hamil dalam tempoh waktu terdekat ini. Kerana kekurangan diri ini,saya disisihkan oleh ibu mertua, saya selalu dimarahi,dileteri dan disindir. Saya selalu dibanding-bandingkan dengan wanita lain yang subur. Saudara mara, ipar duai sebelah suami selalu menyindir saya, sehinggakan kadangkala saya menjadi takut untuk bercampur dengan masyarakat keliling. Bukan saya tidak mahu berubat tradisional mahupun moden, tetapi suami enggan menyertai saya
setiap kali saya hendak membuat rawatan. Seolah-olah suami yakin yang
mengalami masalah kesuburan adalah saya, jadi hanya saya saja yang perlu mendapatkan rawatan. Bantulah saya, kerana saya hampir putus asa dengan kehidupan ini.Saya tidak tahan hidup dicemuh hanya kerana saya tidak mampu melahirkan anak sebagaimana wanita normal lain. Untuk pengetahuan doktor, kini saya mengambil anak angkat dan saya berusaha menjaganya bagai anak sendiri.Suami pula sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta di luar, jadi saya bertambah khuatir suami akan menggunakan kesempatan terhadap kekurangan diri saya ini nanti...apa harus saya lakukan?
Puan M
Jawapan
Puan M,
Sudahkah Puan menjalani pemeriksaan dan ujian dengan doktor Pakar Sakit Puan (O and G specialist). Masaalah mandul bukan hanya berpunca dari sebelah wanita semata-mata. Hasil kajian menunjukkan hanya 30% berpunca dari masaalah wanita, 30% lagi dari masaalah suami manakala 30% lagi adalah masaalah berdua suami dan isteri dan 10% adalah atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Seringkali wanita yang disalahkan tanpa menjalani sebarang pemeriksaan dan ujian terlebih dahulu. Suami perlu datang bersama untuk pemeriksaan untuk memastikan air maninya subur.
Suami puan perlu diberitahu tentang fakta-fakta ini. Puan, cubalah cari maklumat dari internet /buku/majalah tentang masaalah kesuburan dan kemukakan bukti-buktinya.
Kalau komunikasi dengan suami baik, puan boleh ceritakan kepadanya sebuah kisah benar yang saya telah rawat dimana suami berkahwin lagi sebab sangkakan isteri nya mandul. Namun setelah bernikah isteri kedua pun tidak mengandung juga dan akhirnya terbukti bahwa si suami yang mandul.
Tentang tohmahan orang, ini memang masaalah yang dihadapi oleh ramai pasangan yang tidak ada anak. Puan seharusnya kena latihkan diri supaya tidak mudah terluka hati dengan tohmahan ini. Sediakan satu jawapan yang baik. Sebagai contoh puan boleh katakan puan dan suami belum bersedia untuk ada anak atau puan boleh ceritakan bahawa tidak semestinya ia masaalah wanita tetapi perkara yang sebenar adalah rahsia keluarga puan dan puan tidak mahu mendedahkan kedudukan sebenar. Ini memang benar sebab puan tidak boleh menyalahkan suami di depannya yang tidak mahu berjumpa pakar.
Sebuah langkah yang puan boleh lakukan sendiri ialah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan dan jalani pemeriksaan lengkap untuk memastikan kesihatan organ reproduksi puan. Jika hasil dari pemeriksaan ini puan disahkan baik, puan boleh kemukakan keputusannya kepada suami, mudah-mudahan dengan ini puan akan sekurangnya faham di mana kedudukan sebenar tahap kesuburan puan. Jika terbukti benar, memang masaalah ini berpunca dari pihak puan, ini pun boleh di jadikan sebagai titik tolak langkah selanjutnya. Sama ada puan mencari jalan untuk merawat masalah kesuburan atau mengambil anak angkat atau seterusnya.
Apapun masaalahnya, kerjasama dari suami amatlah perlu untuk menangani masaalah ini sehingga kesudahan. Walaupun kita inginkan yang terbaik, puan tidak boleh memaksa atau menjangka keputusan dan tindakkan suami, tapi sekurang-kurangnya puan perlu bersedia dengan keputusannya apabila kedudukkan kesuburan puan diketahui kelak.
Anggaplah ini sebagai satu dugaan hidup untuk menguji puan agar menjadi ebih tabah dan pasrah.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami talah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIa
mengetahui orang-orang yang dusta." SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3
Mungkin doa puan selama ini dalam hal ini belum dimakbulkan oleh Allah. Namun ingatlah pesanan ALlah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" SURAH AL-BAQARAH AYAT 216 .
dan " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." SURAH AL-BAQARAH AYAT 286
Saya harap jawapan ini dapat membantu puan.
Jawapan di sediakan oleh Dr Suriyakhatun Osman |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya suami daaa...  |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya dlm hal mandul...yg lebih bermasalah adalah lelaki bukan perempuan...
tapi biasa la...mana nak ngaku benda2 tu semua... |
|
|
|
|
|
|
penang2006 This user has been deleted
|
ala masalah mandul?
boleh cuba ubat ini

Man Plus is a special formulation for men who are concerned about their general health, family happiness and harmony. It contains two very valuable active herbal ingredients, namely, Pueraria Lobata (Butea Superba) from the northern part of Thailand and Cordyceps Sinensis from The Tibetan-Qinghai Plateau of China.
he benefits of Man Plus:
1. Promotes vitality and stamina.
2. Reduces fatigue.
3. Promotes healthy lung and kidney function.
4. Increases body's resistance to daily stress.
5. Elevates erectile performance.
6. Increases sexual life satisfaction.

Beautifies Skin & Body Specially For Women Traditionally used for general health of women.
Pueraria Lobata is a herbal preparation from the tuber of a woody climber herb known as "kwaao khurea" (scientifically known as Pueraria Lobata) which is indigenous to the north of Thailand. The white tuber of Pueraria Lobata contains phytoestrogen like Puerarin, Miroesterol and Mirifica that rejuvenate women endocrine system.
Functions and Benefits
1 Balance and normalize the endocrine system.
2
3 Enhancing and firming the breast tissue.
4 Alleviate sleeping disorder like insomnia.
5 Alleviate premenstrual syndrome, menopausal symptoms and postmenopausal syndrome.
6 Enhance and tone skin texture .
7 Relieve hot flashes.
8 Prevent mood swing.
kedua-duanya dibuat daripada herba, tara side effect |
|
|
|
|
|
|
|
tu la...kalu pasangan yg susah dpt anak..mesti yg pompuan kena dulu...yg kena cek pon pompuan lah...yg kena urut pon pompuan jugak...aper laa......! :geram:
kalu nak cek..dua2 kena cek...sesihat maner pon seorang perempuan tue...tp kalu suaminyer bermasalah..takkan pegnen jugak perempuan tuh....
aku mmg geram betul la kalu certain couple tu...kalu cek..cek bini jer ajer....yg suami konon2 cam dia takde masalah....ego betul....ego tak bertempat......
kalu kengkawan rapat yg kena...aku dah sembur dah..suh dua2 cek......ntah,kolot betul la pemikran org yg mcm nie.....piiiiiiiiiiiiirrrrah!
kepada isteri2 yg mengalami masalh mcm nie.....kalu bulih heret la jugak suami gi cek sekali....kalu dia takmo cek pong..ajak la dia gi klinik sekali.......dah jumper doktor nanti...sure doktor suh cek dua2....
mcm my cousin sorang tu..kawing awal skit jer dari aku..sampai skrg tak dpt anak....tak der rezeki tu satu....tapi tu lah...aku dgr asik dok pegi berurut sana sini...urut plak...yg bini jer.....hai.....kalu betul sungguh nak zuriat...pegilah jumpa doktor....aku dah lamer tak jumpa dia...kalu jumpa dia aku nak jer tny dia....nak bagi jalan kat dia.....byk cara ada kalu nak usaha..bukan takat berurut semata2.....aku nak tolong sungguh! agak2 kalu aku nak tny dia cemaner yer....supaya dia tak mudah kecik hati ker...almaklumlah......pasti la aku bukan org pertama yg dok bertanya kat dia pasal anak...
[ Last edited by hairanaz at 18-7-2006 08:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya orang yang mengalami keadaan ini sahaja yang akan faham perasaan hati isteri itu. Rezeki, ajal, anak, maut, jodoh semuanya terletak di tangan Allah s.w.t, semua yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata tapi kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. |
|
|
|
|
|
|
penang2006 This user has been deleted
|
Originally posted by Nisda_ at 19-7-2006 10:18 AM
Hanya orang yang mengalami keadaan ini sahaja yang akan faham perasaan hati isteri itu. Rezeki, ajal, anak, maut, jodoh semuanya terletak di tangan Allah s.w.t, semua yang berkahwin pasti inginkan ...
cuba bagi suami makan man plus
mungkin dapat menyelesai masalah ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 penang2006's post
Kalau cakap pasal ubat, rasanya kami ni lebih expert dari seseparuh orang. Cuba tanya orang yang senasib, kat mana ada ubat, ada harapan, ada doctor baik, disitu kami tuju. Ada seseparuh tu akan rasa bosan bila dinasihat atau ditegur oleh orang yang tak senasib bercakap pasal ubat itu ini, pasal mereka tak pernah mencuba tapi hanya berkata tapi tak merasa perasan isteri itu. |
|
|
|
|
|
|
penang2006 This user has been deleted
|
Originally posted by Nisda_ at 19-7-2006 11:48 AM
Kalau cakap pasal ubat, rasanya kami ni lebih expert dari seseparuh orang. Cuba tanya orang yang senasib, kat mana ada ubat, ada harapan, ada doctor baik, disitu kami tuju. Ada seseparuh tu akan ra ...
bukan isteri yang makan ubat, suami jugak misti makan ubat sama-sama barulah ala kesan |
|
|
|
|
|
|
|
Mandul: Rawatan ubat subur boleh membantu
Tanggapan terhadap pasangan yang masih tidak dikurniakan anak sebagai mandul masih menjadi agenda yang tetap hangat diperbincangkan di kalangan masyarakat. Malah ada segelintir daripada mereka memandang serong terhadap pasangan mandul.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Hamid Arshat, berkata mengikut istilah perubatan, mandul lebih menjurus kepada keadaan kurang subur di kalangan suami isteri.
Menurutnya, istilah kurang subur digunakan terutamanya bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh dua tahun tetapi masih belum mempunyai anak hasil daripada perkahwinan yang mereka bina.
Manakala bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh satu tahun ketika usia mereka melebihi 30 tahun, mereka telah dianggap kurang subur.
''Bagi pasangan normal hampir 70 peratus hingga 80 peratus akan mengandung dalam tahun pertama,'' katanya.
Hamid berkata, dianggarkan 60 peratus kemandulan berpunca daripada wanita, 30 peratus berpunca daripada lelaki manakala selebihnya adalah disebabkan oleh kedua-duanya.
Beliau menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca terjadinya keadaan kurang subur dikalangan suami dan isteri.
Antaranya ialah faktor semulajadi atau baka, penyakit, gangguan saikologi, kecederaan terutamanya pada lelaki dan penyakit akibat ketumbuhan terutamanya di kalangan wanita.
Menurut Dr. Hamid, penyakit semulajadi atau baka terjadi apabila wanita itu tidak mempunyai rahim sejak dilahirkan lagi.
''Tekanan di tempat kerja, keletihan dan fikiran bercelaru juga boleh mengurangkan kesuburan dimana hubungan seks tidak dapat dilakukan dengan baik,'' katanya.
Selain itu, katanya ialah penyakit yang diakibatkan oleh jangkitan kuman seperti beguk terutamanya di kalangan lelaki.
''Jangkitan kuman juga boleh terjadi kepada saluran peranakan wanita terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami keguguran,'' ujarnya.
Beliau turut menambah, penyakit kencing manis dan kegemukan juga turut mempengaruhi faktor-faktor berlakunya kemandulan.
Katanya, kecederaan pada buah zakar seperti bengkak atau terjatuh juga boleh mempengaruhi faktor terjadinya kemandulan di kalangan lelaki.
Manakala, di kalangan wanita penyakit akibat ketumbuhan terutamanya pada kilang telor, rahim, fibroid juga turut menganggu pontensi mereka untuk mendapatkan anak.
''Kegemukan di kalangan wanita juga boleh menjadi gangguan hormon di mana dalam keadaan itu hormon perempun akan menjadi lebih rendah berbanding hormon yang dimilikki oleh pasangan lelaki,'' kata Dr. Hamid.
Menurutnya lagi, pengurangan benih di kalangan lelaki juga boleh terjadi akibat pencemaran bahan kimia, racun dan mereka yang bekerja dalam keadaan panas terik.
Selain itu katanya, terdapat juga kes di mana wujudnya tidak keserasian antara hormon suami dan pasangannya sehingga mengganggu tahap kesuburan mereka untuk mendapatkan anak.
''Masyarakat hari ini sudah bersikap terbuka dimana kebiasaanya jika dalam tempoh satu tahun berkahwin mereka masih belum mendapati tanda-tanda untuk mempunyai anak, mereka akan terus berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan,'' katanya.
Jelasnya, langkah pertama yang dilakukan oleh doktor terhadap pasangan tersebut ialah membuat kajian bagi memastikan air mani si suami mempunyai benih atau tidak.
Manakala bagi isteri, mereka akan menjalani pemeriksaan buah dada dan rahim di mana ujian khas x-ray akan dijalankan bagi memastikan saluran benih pada rahim berada dalam keadaan normal atau sebaliknya.
''Mereka juga perlu mengesan waktu subur dengan menggunakan alat khas manakala ujian air kencing pula biasanya akan dijalankan pada hari ke 10,'' kata Dr. Hamid.
Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan dan telah mengenalpasti faktor-faktor penyebabnya, pasangan akan dinasihatkan menjalani rawatan dengan memberikan ubat subur. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by penang2006 at 19-7-2006 01:36 PM
bukan isteri yang makan ubat, suami jugak misti makan ubat sama-sama barulah ala kesan
ini bukan masalah suami isteri mkn ubat atau tidak..
org yg mengalaminye akan lebih tahu..
puas berusaha..jumpa mana2 pakar..
telan segala2 ubat...
tp kalau tuhan tak mengizinkan memang benda ni takkan menjadi..
tu pasal setiap suami atau isteri harus terima kelemahan n kekurangan memasing..
masa nilah kita nak tgk sejauh mana kesabaran dan kesetiaan ke 2-2 blah pihak..
org lain hanya tau menunding jari mencari sebab siapa salah..
tp takder sape yg ingin menyelami hati yg menanggungnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by penang2006 at 19-7-2006 01:36 PM
bukan isteri yang makan ubat, suami jugak misti makan ubat sama-sama barulah ala kesan
Ini semua adalah rezeki.... makanlah ubt banyak manapun, kl ALLAH belum nk bagi kita rezeki, xdela.... kl dah tiba rezeki kita.... x mkn ubt pn ALLAH tetap bagi kita rezeki.....
tapi kita xblehla duk diam camtu je kan... kita haruslah berusaha cam gi hospital, berubat ke....
So, kita haruslah terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH agar dimakbulkan doa kita... INSYAALLAH..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah pegi jumpa doktor....dah makan ubat....dah buat itu dah buat ini....segala macam usaha dah buat..tawakal pon sudah.....baru lah bulih kata tak der rezeki......
yg saya mcm terkilan nyer kalu ada pasangan yg asik dok cuber cara tradisional jer.....takmo jumper doktor....tok jumper tok moh and tukang urut jer.....
patu kalu bab tak dapat zuriat nih...isteri la yg paling byk hadapi tekanan.......suami pon tertekan juga...tp rasanyer isteri la yg lebih tertekan.....
hakikatnyer......tiada anak itu ujian dari Allah...ada anak juga adalah ujian.....sabar kah kita sebagai ibu bapa.....mampukah kita jadi ibu bapa yg terbaik......and all the never ending questions..... |
|
|
|
|
|
|
|
apa pny suami daaaa kt atas tuhhh... mmg malang la si isteri tuh. tak beranak pun takper kalu dpt laki mcm tuh. nmpk sgt tak berfikiran terbuka. kolot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hairanaz at 20-7-2006 03:20 PM
kalau dah pegi jumpa doktor....dah makan ubat....dah buat itu dah buat ini....segala macam usaha dah buat..tawakal pon sudah.....baru lah bulih kata tak der rezeki......
yg saya mcm terkilan nye ...
yg ini mmg ada.. bile suh gi hospital check kata takder duit.. laki taknak pegi sebab sibuk
tp time benda lain bleh lak buat.. tp hari2 asik merungut hampa sebab tak concieve lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MillionIdeazKid at 21-7-2006 12:35 PM
kawin je sorg lagi..
hampehhh tulll..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MillionIdeazKid at 21-7-2006 12:35 PM
kawin je sorg lagi..
org yg mcm ni le patut tak payah kawin dgn sape2 pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kena kt dia......baru tau.....
tp kl kena kt ko pn, haku rasa bini ko still setia ngan ko....
pompuan mmg setia.....
yg si laki jer yg wat perangai.....
kl bini ko tinggal kn ko camne plak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa lelaki mandul?
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
BERBULAN lamanya anda dan isteri mencuba, malah mungkin telah lebih setahun berlalu. Namun, sekali pun anda melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang langkah kontrasepsi, pasangan anda tidak hamil juga.
Di manakah silapnya? Kemungkinan besar, ada sesuatu yang mengganggu usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
Ketidaksuburan atau kemandulan bermaksud ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau pada seorang lelaki, memulakan penghamilan dalam tempoh setahun.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Zamri Abdul Rahim berkata, kira-kira 60 peratus daripada kes pasangan yang mengalami masalah ini membabitkan faktor lelaki.
揝ebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masalah kesuburan berpunca daripada lelaki manakala 20 peratus lagi adalah gabungan faktor lelaki dan wanita.
揔erana itulah apabila satu-satu pasangan itu mengalami masalah untuk mendapatkan anak, orang lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan dan bukannya wanita sahaja,拻 katanya.
Menurutnya, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah kemandulan tidak menunjukkan apa-apa tanda.
Sesetengah daripada mereka yang mempunyai gangguan hormon mungkin mendapat isyarat dari segi perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, pembesaran buah dada mahupun menghadapi kesukaran fungsi seksual.
Punca ketidaksuburan lelaki
- Kesukaran ereksi dan ejakulasi. Kira-kira lima peratus pasangan tidak subur berhubung rapat dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal memperoleh atau mengekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, dalam jumlah yang kurang dan ke arah belakang serta, kerap melancap.
Kekerapan dalam melakukan hubungan seks memainkan peranan yang penting. Kajian mendapati, pasangan yang bersetubuh purata empat kali seminggu akan mengandung selepas enam bulan.
- Air mani yang tidak normal. Air mani yang terlalu tebal boleh menyukarkan sperma untuk bergerak ke trek reproduktif wanita.
- Varikosele. Kumpulan vena (pembuluh darah) yang mengembang dan bergumpal-gumpal (seperti vena varikos yang berbelit-belit pada kaki) di dalam skrotum (kantung zakar) disebabkan oleh darah yang tidak mengalir keluar dengan betul dari skrotum.
揂kibatnya - lebihan darah bertakung di dalam skrotum. Ini memberikan kesan yang negatif terhadap pengeluaran sperma.
揃agaimanapun, keadaan ini merupakan punca ketidaksuburan lelaki yang paling berpotensi untuk dirawat melalui pembedahan kecil pesakit luar,拻 kata Dr. Zamri.
Adalah dipercayai, hawa panas yang bertindak terhadap buah zakar dan saluran mani menyebabkan pembentukan benih tertindas.
Hawa panas boleh menindas pembentukan benih-benih khususnya bagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori atau mereka yang perlu memandu beratus-ratus kilometer dalam cuaca panas.
Lelaki yang terdedah kepada radiasi misalnya seseorang yang mendapat rawatan kanser buah zakar juga boleh menjadi mandul ataupun menjejaskan kesuburannya.
- Kriptokidisme. Buah zakar yang gagal menurun ke dalam kantungnya, satu atau kedua buah zakar mungkin terletak di dalam perut.
Keadaan ini sering dikaitkan dengan kemandulan tetapi lebih penting lagi adalah kaitannya dengan kanser buah zakar.
- Penyakit-penyakit semulajadi seperti Sindrom Klinefelters di mana lelaki mempunyai buah zakar yang amat kecil dan tidak mampu mengeluarkan benih.
Terdapat juga penyakit yang menyekat saluran dan karung air mani atau pun saluran air kencing. Kerana itulah sesetengah lelaki dilahirkan dengan saluran air kencing yang terbuka pada sisi bawah zakar (hipospadias) atau atas (epispadias) sedangkan bukaan sepatutnya pada hujung zakar.
- Jangkitan yang terjadi ke atas buah zakar dan saluran air mani seperti beguk, tibi, penyakit-penyakit alat kelamin seperti gonorea dan siflis yang menyekat perjalanan benih daripada buah zakar ke karung air mani
- Ubat-ubatan tertentu juga boleh menjejaskan penghasilan sperma serta fungsinya. Sesetengah ubat boleh menyebabkan disfungsi ejakulasi.
Contohnya, ubat antikulat Ketoconazole, Sulfasalazine untuk merawat penyakit keradangan usus, Spironolactone (antihipertensi) dan Allopurinol, colchicine (gout).
Diagnosis
Seseorang lelaki itu dikatakan subur apabila buah zakarnya mengeluarkan sperma sihat yang mencukupi.
Sperma juga hendaklah dipancutkan dengan baik, terus ke dalam faraj wanita. Ujian ketidaksuburan lelaki bertujuan menentukan jika ada di antara proses-proses ini yang rosak atau lemah.
- Pemeriksaan fizikal meliputi pemeriksaan alat kelamin dan soalan-soalan berkaitan sejarah perubatan dan tabiat seksual
- Analisis air mani adalah penyiasatan terpenting bila bercakap mengenai kemandulan lelaki.
Doktor akan meminta contoh air mani untuk diperiksa, sebaik-baiknya didapati hasil pengeluaran sendiri (onani).
Air mani tersebut kemudiannya akan dianalisis di makmal dari segi kuantiti, warna, kehadiran jangkitan atau darah, sebarang kejanggalan rupa bentuk atau struktur serta pergerakan sperma.
Pengambilan contoh air mani mungkin perlu diulang terutamanya jika ia langsung tidak mempunyai benih, satu keadaan yang dikenali sebagai azospermia.
- Pemeriksaan lanjut biopsi buah zakar akan dilakukan sekiranya timbul keadaan ini (azospermia) di mana secebis tisu buah zakar akan diambil untuk kajian mikroskop. Pesakit akan dibius setempat.
- Ujian hormon, di mana darah pesakit akan diuji bagi menentukan tahap testostero serta lain-lain hormon lelaki.
Rawatan
揔ualiti air mani pesakit selalunya menunjukkan peningkatan selepas melalui rawatan ubat-ubatan seperti hormon dan antibiotik atau, prosedur pembedahan.
揝ementara itu, lelaki yang ketidasuburannya tidak diketahui punca (idiopatik) boleh melakukan beberapa perubahan gaya hidup bagi tujuan yang sama, meningkatkan analisis air mani,拻 kata Dr. Zamri.
Lelaki dengan analisis air mani yang lemah dan tidak boleh dirawat atau sebabnya tidak diketahui masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan anak melalui teknologi reproduktif yang dibantu oleh makmal.
Antaranya, yang paling popular adalah persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) dengan menyuntik sperma tunggal secara langsung ke dalam telur.
Perubahan gaya hidup dan saranan umum
- Pakailah seluar dalam atau pita untuk mengikat stoking (suspender) yang longgar sahaja kerana penggunaannya yang amat ketat juga boleh menindas pembentukan benih-benih lelaki.
Seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.
- Selepas pulang dari bekerja, rendam buah zakar dalam air sejuk sekurang-kurangnya 10 minit. Amalan ini dipercayai boleh meningkatkan bilangan benih
- Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri tengah subur adalah penting umumnya pada hari ke-14 selepas hari pertama datang bulan
- Berhenti merokok. Merokok menyebabkan 23 peratus penurunan dalam pekatan sperma dan 13 peratus kemerosotan dari segi pergerakan sperma
- Elakkan penggunaan pelincir faraj kerana kebanyakannya boleh menyebabkan keracunan sperma, terutamanya pada waktu-waktu subur wanita
- Bersenam. Senaman seperti aerobik membantu meningkatkan tahap testosteron, seterusnya mendorong kepada penghasilan sperma yang meningkat
- Hindari suhu panas yang boleh menyumbang kepada pengeluaran sperma terjejas
- Makan makanan berzat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Sesetengah pakar berpendapat bahawa vitamin E boleh memperbaiki daya kesuburan seseorang lelaki walaupun belum terbukti kesahihannya.
P/S : info yang patut dibaca oleh kaum lelaki yang bakal jadik suami dan ayah |
|
|
|
|
|
|
| |
|