View: 24869|Reply: 71
|
TOKOH - TOKOH PAHANG YANG DILUPAI
[Copy link]
|
nal This user has been deleted
|
Kalo dema-dema tahu tokoh dok kirela bidang ape ke pun, bole la berceriter kat sini. Kalo bole tu bagi la background die sikit. Sebab kawan tengok kat Pahang ni ramei tokoh & pejuang tapi sayang dok dikenali sangat. Maklumlah oghang - oghang Pahang ni low-profile. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
S ROOMAI NOR
Seorang pelakon yang kite kenai, tapi ade cerite disebaliknya.
Nama sebenar Mohd Taib Salleh. Terlibat di peringkat awal di dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan kemerdekaan. Bergiat aktif dengan Persatuan Melayu Pahang Cawangan Temerloh. Banyak menganjurkan sandiwara/ bangsawan dan penerangan politik di Temerloh semasa aktif. |
|
|
|
|
|
|
|
bior keh update sket pasal s.roomai nor nih.
![](http://www.geocities.com/malayfilms/pengarah/s_roomai_noor1s.jpg)
sepanjang kerjaya beliau dalam arena perfileman ni, beliau telah mengarahkan sebuah filem iaitu badang (1962)
manakala telah berlakun dalam beberapa buah filem iaitu:
Sepi Itu Indah (19??)
Matinya Seorang Patriot (1984)
Nilam (1949)
Cinta (1948)
beliau pernah menerima anugerah pelakon pembantu terbaik melalui filem matinya seorang patriot di festival filem malaysia ke-5
Umi Kalsum adalah isterinya yg pertama dan mendapat anak- Noorkumalasari )
Siput Sarawak adalah isterinya yg kedua dan mandapat anak-Anita Sarawak
beliau meninggal dunia pada 1996 |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Kawan rasa ramei lagi oghang Pahang yang cam S Roomai Nor ni. Kite ingatkan die ni sorang pelakon je. Rupenye sumbangan die dalam zaman kemerdekaan juge banyak.
Citer la mungkin tokoh yang tak dikenali ni tok ke, nenek ke, aboh, mok, deme oghang. Moga sejarah mencatatkannye. |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah..byk lagi tokoh2 negeri kita ni yg kita tak sedar yg mungkin juga adalah tok nenek kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by figo at 22-4-2006 11:43 AM
a'ah..byk lagi tokoh2 negeri kita ni yg kita tak sedar yg mungkin juga adalah tok nenek kita...
deme tak cari glemer..cukup le berbakti pada tanah air...cam aki koi bunuh ramai komunis & jepun dgn gulai keladi puyuh tapi takde nok gembur2 kan...kat sg semantan ... |
|
|
|
|
|
|
|
pembuka kampung keh (tok linggi) tahun koi dah tak igt..1785 or somthing..adalah tokoh yg berjasa kepada negeri pahang..keh adalah keturunan dia yg ke-8.salah satu waris keturunan dia skang ialah sultan pahang sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by figo at 21-4-2006 09:36 PM
bior keh update sket pasal s.roomai nor nih.
![](http://www.geocities.com/malayfilms/pengarah/s_roomai_noor1s.jpg)
sepanjang kerjaya beliau dalam arena perfileman ni, beliau telah mengarahkan sebuah ...
ooo org pahang juga ruponya |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
pembuka kampung keh (tok linggi) tahun koi dah tak igt..1785 or somthing..adalah tokoh yg berjasa kepada negeri pahang..keh adalah keturunan dia yg ke-8.salah satu waris keturunan dia skang ialah sultan pahang sekarang...
Figo, deme citer la sikit pasei Tok Linggi ni, koi pun nak dengor juge.
Betui la deme tu dok cari glamer. Tapi kome rase kite ni kene la menghargai agar dok ilang dek zaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 nal's post
Ni betul asal kampong kome, sekarang duduk kat Mela, sekarang hampir sembuh selepas kena stroke.
![](http://img404.imageshack.us/img404/3280/ibrahimomar4wk.jpg)
Ibrahim Omar atau Ibrahim bin Imam Omar, atau Haji dilahirkan pada 17 Jun 1936 di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Ibrahim Omar menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Mela, Kuala Lipis, hingga lulus darjah V pada tahun 1946. Beliau kemudian belajar di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis, dan selepas itu meneruskan pelajarannya di Sekolah Arab hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, Ibrahim Omar menyambung semula pelajaran Inggerisnya di Bentong dan lulus Tingkatan IV pada tahun tersebut.
Selepas tamat persekolahan, Ibrahim Omar pernah bekerja sebagai kerani, berniaga dan bekerja kampung. Mulai tahun 1960, beliau ditawarkan menjadi guru sementara di Mela dan kemudian diterima pula menjadi guru bahasa dan sastera di Al-Ehya Assyarif, dan kemudiannya menjadi guru besar di sekolah tersebut.
Dalam lapangan penerbitan, Ibrahim pernah menjadi pengarang majalah Obor dan Berita UMNO, dan sebagai anggota sidang pengarang Utusan Melayu dari tahun 1975 hingga bersara.
Setakat ini, Ibrahim Omar telah menghasilkan tidak kurang daripada sembilan buah novel dan sebuah kumpulan cerpen yang kebanyakannya diterbitkan sekitar tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an. Pada awal tahun 1985, novel remajanya Rembang Merah dipilih sebagai salah sebuah novel bacaan penting bagi peringkat sekolah menengah rendah; manakala novel Desa Pingitan telah memenangi hadiah Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1962, dan dipilih menjadi buku teks wajib di sekolah-sekolah menengah bagi Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1966 hingga 1968. Pada tahun 1979, Ibrahim Omar sekali lagi membuktikan kemampuannya apabila memenagi hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Novel Hari Guru dengan novelnya berjudul Cucu, manakala dalam tahun 1981, beliau memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Islam anjuran Yayasan Islam Terengganu dengan novelnya bertajuk Tok Bilal.
Antara novel karya beliau: Desa Pingitan (1964), Embun dan Tanah (1965), Hilang (1966), Hujan Panas (1966), Patah Galah Haluan Perahu (1973), Tiba Masanya (1977) dan lain-lain lagi.
[ Last edited by pepalih2 at 1-5-2006 11:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by pepalih2 at 1-5-2006 11:32 PM
Ni betul asal kampong kome, sekarang duduk kat Mela, sekarang hampir sembuh selepas kena stroke.
Didoakan dia cepat sembuh dan dapat berbakti kepada masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
PANGLIMA MUDA JEMPOL
Panglima Muda jempol telah menyerang daerah Pekan di negeri Pahang2. Peristiwa ini adalah merupakan salah satu episod dalam pemberontakan Pahang yang bermula dalam tahun 1891 yang dipimpin oleh salah seorang pembesar Pahang iaitu Pahlawan Semantan atau Dato' Bahaman.
Dalam kekacauan yang berlaku ketika Panglima jempol menyerang Pekan, dua orang pekerja Eropah dari Syarikat Pahang Exploration yang sedang menguruskan pengeluaran kayu balak dari hutan Sungai Duri dekat Kuala Chini telah terbunuh.
Berita berkenaan serangan itu telah sampai ke pengetahuan Residen Pahang, J.P. Rodgers yang ketika itu berada di Pulau Tawar. Beliau dengan pengikutnya telah pergi ke Pekan dan menahan seorang daripada mereka yang disyaki terlibat dalam serangan tersebut. Seterusnya pihak Inggeris juga telah menangkap seramai 21 orang yang juga disyaki terlibat dalam kejadian tersebut, kecuali Panglima Muda jempol telah dapat melepaskan diri. Akibat dari serangan itu pihak Inggeris telah berusaha memperkuatkan pertahanan mereka dengan mendirikan satu pusat kawalan di Kuala jempol.
Pada bulan Julai 1892 pihak Inggeris telah menghantar sepasukan polis Sikh ke jempol untuk mengekori Panglima Muda jempol tetapi gagal sehinggalah pada bulan Oktober 1892 apabila Panglima Muda jempol akhirnya terbunuh dalam satu pertempuran dengan pihak Inggeris.
Pihak Inggeris telah menangkap seramai 32 orang pengikut Panglima Muda jempol iaitu mereka yang disyaki oleh Inggeris terlibat dalam kekacauan di Sungai Duri. Mereka telah dibicarakan. Dalam perbicaraan itu 17 orang telah dibebaskan, 5 orang dihukum gantung dan 10 orang dihantar ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 22-4-2006 08:00 AM
Kawan rasa ramei lagi oghang Pahang yang cam S Roomai Nor ni. Kite ingatkan die ni sorang pelakon je. Rupenye sumbangan die dalam zaman kemerdekaan juge banyak.
Citer la mungkin tokoh yang tak d ...
semlm aku baru baca cerita dia ni kat majalah |
|
|
|
|
|
|
nenes This user has been deleted
|
datok bahaman? mat kilau? tok janggut? adnan yaakob?nk masuk gek? |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
PAWANG NONG
Lahir kat Ulu Cheka tahun 1874,terlibat dalam Perang Lawan British. Jadi Pawang Diraja. Banyak kisah waktu zaman penentangan Jepun dan Komunis. Buat oghang Jepun tak jumpa Ulu Ceka, sampei berenang kat darat di Kg. Koi.
Peranan penting waktu Sultan Abu Bakar kene culik oleh Bintang Tiga.
Meninggal dunia tahun 77, pada usia 103 tahun. |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Penulis di Pahang Zaman Sebelum Merdeka (30 - 50an)
Ahmad Kotot
Ibrahim Hj. Yaakob
Ishak Hj Muhamad
Kamaluddin Muhammad
Jaafar Hussin |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 18-5-2006 04:38 PM
PAWANG NONG
Lahir kat Ulu Cheka tahun 1874,terlibat dalam Perang Lawan British. Jadi Pawang Diraja. Banyak kisah waktu zaman penentangan Jepun dan Komunis. Buat oghang Jepun tak jumpa Ulu Ceka, ...
nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu. |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Originally posted by YoGurt at 23-5-2006 04:53 PM
nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu.
Mungkin YoGurt bole sambung lagi. Sebab ramei oghang da lupakan sumbangan moyang deme ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by YoGurt at 23-5-2006 04:53 PM
nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu.
amboi....ada pasei moyang dia baru dia kuor dari pertapaan ye YoG...
p/s : lupa la nak wish tu hari...hepi anniversary... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EtchedGlass at 25-5-2006 09:16 AM
amboi....ada pasei moyang dia baru dia kuor dari pertapaan ye YoG...
p/s : lupa la nak wish tu hari...hepi anniversary...
hehehe...biase ler inteprem jap..tapi sori lah nal..bab2 cite nie sy tak reti nak bercerita..
etched..ko tak nak wish hari ibu ker kat aku...
:love: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|