View: 262688|Reply: 458
|
KOLEKSI GAMBAR Jersi Bola Sepak
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 15-1-2012 10:20
Jersi World Cup 2006 ADIDAS, NIKE, PUMA, UMBRO, LOTTO, MARATHON
Ok kene Ubah Topik cerita pasal jersi lain pulak sebab musim piala dunia dah habis....!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 18-2-2006 02:21 PM
saper kat sini ader gambar pelancaran jersi tahun 2006 Brazil dan portugal...
kalo nak jersi TUMA, ADIBAS, MIKE...boleh dptkan la kat siam...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 15-1-2012 10:19
aku tengok jersi england baru kat harian metro simple jer konon nyer inspirasi 1966 lah...
Inspirasi 1966
LIVERPOOL: Jersi baru England yang bakal digunakan mendapat ilham daripada skuad yang menjulang Piala Dunia 1966.
Ia mungkin sedikit sentuhan pada bahagian jahitan tetapi kapten, David Beckham yakin ia akan menjadi penekanan yang akan membantu England pada kejuaraan di Jerman tahun ini.
Pertama sekali, England perlu berdepan dengan masalah kecederaan pemain dan Uruguay pada perlawanan persahabatan di gelanggang Liverpool di Stadium Anfield, esok.
Beckham berkata dia tetap akan beraksi walaupun terpaksa dikeluarkan berikutan kecederaan bahagian belakang dialaminya ketika Real Madrid menentang Mallorca, kelmarin.
Terdapat sedikit rasa sakit, kata Beckham. Saya berwaspada dan keluar padang tetapi ia akan menjadi OK.
Jersi merah baru England menampilkan tiga lencana singa di bahagian kiri dengan saiz yang sama seperti digunakan pada jersi 1966.
Pakaian baru ini hebat, 66 menjadi bahagian yang besar dalam sejarah negara kami dan jika mendapat sesuatu untuk dicontohi, ia begitu istimewa bagi kami, kata Beckham.
Ia satu perasaan yang hebat dan ia menjadi bahagian yang penting, ia kelihatan bagus dan kita akan lihat kemudian jika kami dapat mencapai tahap prestasi yang baik, .
Kami bekerja-keras untuk berada pada kedudukan kami sekarang, kami berada pada saingan final dan jika kami beraksi dengan baik serta mendapat sedikit peluang dan nasib baik, kami mempunyai bakat dalam pasukan ini untuk meneruskan kemaraan,
Beckham bukan seorang sahaja yang tidak cergas 100 peratus.
Kapten Liverpool, Steven Gerrard terhincut-hincut ketika kelabnya menang 1-0 mengatasi Manchester City, kelmarin.
Michael Owen, Ashley Cole, Sol Campbell, Kieron Dyer, Alan Smith, Chris Kirkland dan Owen Hargreaves juga berada dalam senarai kecederaan.
Owen menjadi model pakaian baru itu semalam tetapi dia tidak beraksi pada perlawanan esok kerana baru pulih daripada patah kaki. Dia cedera ketika pergelutan dengan penjaga gol Tottenham dan England, Paul Robinson.
Ia tidak tiba pada masa buruk dalam dunia, kata Owen. saya terlepas bermain banyak perlawanan kelab tetapi berharap dapat kembali dalam masa beberapa hari dan semua sistem akan berjalan.
Robinson lega Owen akan kembali cergas untuk ke Jerman.
Perlawanan menentang Uruguay ialah salah satu daripada tiga perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia England dan digunakan sebagai persiapan berdepan Paraguay pada peringkat kumpulan.
Uruguay, juara dunia dua kali terlepas beraksi di Jerman selepas tewas kepada Australia pada playoff.
Jurulatih England, Sven-Goran Eriksson akan mengendalikan skuad itu untuk pertama kali selepas mengumumkan untuk meninggalkan negara itu selepas pusingan akhir Piala Dunia.
Pemain tengah, Frank Lampard tidak mahu kerakyatan pengganti Sven menjadi isu.
Eriksson, jurulatih berbangsa Sweden pertama bagi England dan sebahagian ahli Persatuan Bola Sepak mahu rakyat British mengambil alih.
Pada pandangan saya, dia perlu orang terbaik untuk tugas itu. Ia semudah itu, kata Lampard.
Bagi saya, ia bukan perkara penting kita perlu ada pengurus Inggeris, apa yang kita perlu ialah memiliki orang terbaik bagi memikul tugas itu.
- Agensi -
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo.. red is so not the tenuks player punye kaler :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
huduh giler sepanyol punya sluar |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak beli nyer.. ada kolar soit , leh pakai kerje..:cak:.. terperasan mcm abg mat bangla jap.. |
|
|
|
|
|
|
|
belum start wc dah ada satu koleksion..yg ini aku baru dpt.. ada member aky balik kursus dari jepun tlg belikan.. saper2 nak order boleh contact j sky..dia kan kat jepun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dollah_bedwi at 28-3-2006 10:13 PM
belum start wc dah ada satu koleksion..yg ini aku baru dpt.. ada member aky balik kursus dari jepun tlg belikan.. saper2 nak ...
ooo Order dengan J_Sky mesti kualiti adidas jepun berbeza dengan adidas malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
team gergasi kembali ke design retro pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adbrutals at 20-2-2006 10:21 AM
kalo nak jersi TUMA, ADIBAS, MIKE...boleh dptkan la kat siam...:bgrin:
tapi kalau yg 1st gred imitation dri siam 100% sama dengan ori maa.. takde laa nama "Adibas" "tuma" tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 1-4-2006 12:57 PM
ini koleksi saya.. har.. har.. semua siam mari, 100% like ori..
[img]http://img100.imageshack.us/ ...
Cun memang Gred AA+ |
|
|
|
|
|
|
|
fuh..!! yg lotto tu semua body tight..! mcm jersey naik beskal pulak :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
| |
|