CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408761|Reply: 2307

[MERGED] All about 'Anak angkat' (Procedure & Etc)

  [Copy link]
Post time 18-7-2005 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Si tertanya2lah.. bagi mengambil anak angkat.. apakah prosedur yang perlu dijalani.. dan apakah keperluan2 yang perlu diambil kira sebelum mengambil anak angkat.. amat berharap rakan2 yang berpengalaman dalam proses pengambilan anak angkat dan yang sudah mempunyai anak angkat dapat berkongsi perkara-perkara yang telah mereka lalui.  mungkin dapat membantu rakan2 yang bercita2 mempunyai zuriat walaupun sekadar anak angkat..

si juga mahu tahu legal prosiding utk mendaftarkan anak angkat itu sebagai anak sendiri.. agar tiada tuntutan dari pihak 'yang membuang/menyerah' anak tersebut apabila anak itu dewasa/besar kelak..dan juga utk memberi anak itu hak yg sepatutnya agar tidak teraniaya sekiranya 'penjaga'nya pula meninggal dunia..

terima kasih.

[ Last edited by  Sasha at 11-12-2007 10:38 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2005 04:15 PM | Show all posts
wow...: berat tul topic si.walaupun honey takde pengalaman,tp based on exp as a new mother tuh leh le dikongsikan skit.pd honey persediaan mental dan fizikal sgt penting.sb sekiranya si dah amik keputusan utk menerima anak angkat si kena bersedia menerima tanggungjawab itu sepenuhnye.ilmu gak penting,esp amik baby yg still lg kecik.kalo ckp persediaan insya Allah,semuanya berjln lancar.rsnya ada forummers yg amik anak angkat maybe u all leh share info kat sini kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by mrsaafifi at 18-7-2005 03:52 PM:
Si tertanya2lah.. bagi mengambil anak angkat.. apakah prosedur yang perlu dijalani.. dan apakah keperluan2 yang perlu diambil kira sebelum mengambil anak angkat.. amat berharap rakan2 yang berpenga ...



hm.ada jgk rakan2 forumers kita yg ada ambik ank angkat..nih..yg bella tahu. bambees...cuba si tanya bam camner..or mana tau kot ramai lg...kwn2 yg tahu procedures..tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 05:14 PM | Show all posts
si..nak amik anak angkat ka?...   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2005 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by kancilbiru at 18-7-2005 17:14:
si..nak amik anak angkat ka?...   


belum lagi... tgh pujuk hero kesayangan.. just in case.. dan utk sharing dgn rakan2 yg berhajat tapi x sampai ati nak tanya soalan yg si tanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 10:26 AM | Show all posts
marissa nak share pengalaman amik anak angkat ... procedurenya mcm ni:

1. register kelahiran baby tu ngan JPN mcm biasa (masih guna nama parent dia tapi nama baby tu kita sendirilah yg kasi. Birth certificate tu siap ari tu juga.

2. pastu, gi kat pejabat Residen/Daerah utk register anak angkat, kena bawak original parent + saksi, adopted parent + saksi, payslip, bil api/air/tepon, of course semua mesti bawak ic, marriage certificate both parents dan baby birth certificate. Sijil register anak angkat ni siap lebih kurang 2 minggu.

3. Bila sijil register anak angkat ni siap, gi kat JPN semula utk register anak angat tu kat situ pulak. Kenak bawak original birth certificate dan sijil register anak angkat tu. Bayar RM3.00 je. JPN akan buat satu lagi birth certificate utk baby under our name. Birth certificate yg baru ni akan siap dlm tempoh 2 bulan.

Utk rakan2 yg berkemampuan tu, boleh 'tie'kan baby tu ikut procedure ngan lawyer pulak. Of course, costnya lebih besar dr procedure yg marissa buat ni. Nak buat ikut lawyer pun kena lalui procedure mcm marissa jugaklah.

Agak2 kalau korang tak faham ngan crita marissa, bolehlah tanya. Marissa akan jawab based ngan pengalaman marissa. Actually, marissa pun tgh tunggu birth certificate (under our name), bulan Sept baru siap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-7-2005 02:37 PM | Show all posts
tq marissa.. mmg gud information nih.. hehhehehe

ada tak legal procedure utk halang birth parent rampas baby ni after some time.. ye lah.. kdg2 berlaku gak kes tuntutan semula..  cara yg paling baik ker.. atau apa2lah.. any suggestion, experience..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 07:57 AM | Show all posts
utk legal procedure, si kenalah survey kat mana2 lawyer firm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 01:46 PM | Show all posts

prosidur mengambil anak angkat ..

sesapa kat sini yg tau atau ada pengalaman berkenaan pengambilan anak angkat...
apa prosidur yg sptuutnya ada ??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 01:57 PM | Show all posts
anak angkat?

ambik baby tu dari tangan terus or apply kat jabatan kebajikan?

tak salah ada perbezaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 02:10 PM | Show all posts
EVEN amik dari tangan orang pun kena registered ngan kebajikan juga.kena ada surat dari mak kandung yang menyatakan dia menyerahkan kepada mak angkat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 02:13 PM | Show all posts
lovewife,
nak amik anak angkat ker?kena registered tu penting, lagi satu coz nak buat surat beranak, nanti nak masuk sekolah sume tu kena ada.hhmm...kalo nak lebih detail contact jabatan kebajikan masyarakat yang terdekat. u dok area mana?kalo Jb i bole tolong kasi contact.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 02:29 PM | Show all posts
kalau amik direct dgn mak kandung die..surat penyerahan  mcam mana sbnrnya yg diperlukan ?? yg membuktikan kita sbg penjaga yg sah...means format die ..n surat tuh adakah perlu disokong oleh mana2 pihak?? kalau amik direct dgn ibu kandungnyaa perlukah melalui jabatan kebajikan??? rasanya tak perlu lgi kaaaaaaaaaaan??
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 02:36 PM | Show all posts
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) untuk Urusniaga Anak Angkat
       
               
1. Apakah erti pengangkatan "defacto"?

Ertinya 'defacto" mengikut Collins Pocket Dictionary ialah "existing in fact, whether legally recognized or not". Mengikut Seksyen 6(1) Akta 253 "defacto" ialah sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau oleh pasangan suami isteri bersama sebagai anaknya atau anak mereka sendiri di bawah sesuatu pengangkatan defacto".


2. Bolehkah kanak-kanak yang tiada surat beranak dianakangkatkan?
Salah satu keperluan utama untuk permohonan pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tiada sijil kelahiran, permohonan daftar lewat kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.

3. Apakah had umur untuk pengangkatan?
Had umur kanak-kanak yang boleh dianakangkatkan adalah 18 tahun.

4. Di manakah permohonan pengangkatan boleh dibuat?
Permohonan pengangkatan boleh dibuat di JPN berhampiran dengan kawasan kediaman bakal ibu bapa angkat.

5. Perlukah permohonan pengangkatan dibuat di tempat/negeri kelahiran kanak-kanak?
Tidak

6. Perlukah kanak-kanak hadir semasa perbicaraan dibuat untuk pengangkatan?
Kanak-kanak bersama ibu bapa angkat wajib hadir untuk perbicaraan.

7.Perlukah ibu bapa kandung hadir bersama semasa pengangkatan dibuat?
Kehadiran ibu bapa kandung tidak diwajibkan jika surat keizinan berkanun dikemukakan.

8. Bagaimanakah ibu bapa angkat membuktikan bahawa mereka telah menjaga seorang kanak-kanak selama 2 tahun seperti yang ditetapkan oleh Akta?
Ini adalah melalui surat keizinan ibu bapa kandung iaitu akuan berkanun yang dibuat oleh ibu bapa kandung semasa penyerahan kanak-kanak kepada ibu bapa angkat.
Tempoh 2 tahun dikira dari tarikh penyerahan dan bukan dari tarikh akuan berkanun dibuat.

9. Bolehkah tempoh penjagaan oleh ibu bapa angkat dikurangkan atas budi bicara Pendaftar Pengangkatan?
Tidak, kerana tempoh penjagaan 2 tahun itu ditetapkan oleh Akta 253.

10. Bolehkah perjanjian antara ibu bapa kandung dengan ibu bapa angkat memadai?
Tidak. Surat akuan berkanun adalah keperluan undang-undang.

11. Bolehkah saudara (relative) kanak-kanak memohon untuk pengangkatan kanak-kanak tersebut?
Boleh. Mengikut Seksyen 10(2)(b) salah seorang pasangan suami isteri hendaklah mencapai umur 21 tahun dan adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, samada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, anak itu atau sekiranya anak itu tidak sah taraf, mana-mana orang yang mempunyai hubungan sedemikian sekiranya anak itu sah taraf boleh memohon untuk pengangkatan kanak-kanak tersebut.

12. Bolehkah ibu bapa kandung mohon pengangkatan anak kandung mereka?
Tiada halangan dari segi Akta.

13. Bolehkah ibu tunggal mohon untuk pengangkatan?
Tiada sekatan dalam Akta 253 mengenai perkara ini.

14. Bolehkah bapa tunggal memohon untuk pangangkatan?
Walaupun Akta 253 tidak sekatkan siapa yang boleh memohon pengangkatan, permohonan tidak digalakkan dari bapa tunggal jika kanak-kanak adalah perempuan. Untuk kes-kes seperti ini, rujukan akan dibuat kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

15. Bolehkah kanak-kanak Islam dianakangkatkan oleh ibu bapa bukan Islam?
Walaupun Akta 253 tidak menyebut tentang perkara ini Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952 menyatakan kanak-kanak beragama Islam tidak boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang bukan Islam.

16. Bolehkah kanak-kanak bukan beragama Islam dianakangkatkan oleh bapa angkat yang beragama Islam?
Kanak-kanak yang bukan beragama Islam boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang beragama Islam.

17. Bolehkah pemohon beragama Islam memohon pengangkatan melalui Perintah Mahkamah
(Akta 257)?
Pengangkatan melalui Perintah Mahkamah (Akta 257) hanya untuk pemohon-pemohon yang bukan beragama Islam. Manakala pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) adalah terbuka kepada semua yang layak.

18. Bilakah permohonan pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Permohonan pengangkatan hanya dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika tiada keizinan dari ibu bapa / ibu / bapa kandung kanak-kanak untuk pengangkatan tersebut. Walau bagaimanapun tiada halangan untuk Pendaftar merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

19. Adakah kes di mana selepas permohonan pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kanak-kanak ditarik dan diletakkan di bawah jagaan JKM?
Tiada.

20. Bolehkah kanak-kanak yang lahir di luar negeri dianakangkatkan oleh pasangan suami isteri di Malaysia?
Boleh, dengan syarat kanak-kanak menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk permohonan pengangkatan.

21. Bolehkah pasangan suami isteri yang tinggal di luar negeri mohon pengangkatan untuk kanak-kanak tempatan?
Di bawah Akta 253, kedua-dua ibu bapa angkat dan kanak-kanak hendaklah tinggal bersama di negara ini selama 2 tahun berterusan sebelum layak untuk permohonan pengangkatan.

22. Bolehkah dengan proses pengangkatan, warganegara kanak-kanak ditentukan?
Tidak

23. Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dikeluarkan dengan sijil kelahiran dan bukan sijil anak angkat?
Pengangkatan yang dibuat di bawah Aka 253 hanya boleh dikeluarkan dengan sijil pengangkatan dan bukan sijil kelahiran.

24. Bolehkah sijil pengangkatan digunakan untuk urusan rasmi?
Sijil pengangkatan mempunyai sama taraf kesahihannya seperti sijil kelahiran dan boleh digunakan untuk kemasukan sekolah, permohonan kad pengenalan, permohonan pasport dan lain-lain urusan rasmi.

25. Berapa bayaran dikenakan?
RM 30.00 dikutip sebagai bayaran pendaftaran setelah permohonan diluluskan.

26. Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dipulang kepada ibu bapa kandung atau diberi kepada pasangan suami isteri lain?
Pemulangan dan pengangkatan semula defacto tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Sek. 13(2) Akta 253.

27. Bolehkah ibu bapa kandung ambil balik kanak-kanak selepas pengangkatan defacto diluluskan?
Tidak. Dari segi undang-undang sivil, pengangkatan tersebut adalah muktamad.

28. Bolehkah seorang kanak-kanak yang telah dianakangkatkan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) iaitu secara defacto dianakangkatkan semula di bawah Akta Pengangkatan (Akta 257) melalui Perintah Mahkamah?
Boleh.

Perhatian : Seorang kanak-kanak yang dianakangkatkan melalui Perintah Mahkamah TIDAK boleh dianakangkatkan semula melalui proses defacto.

[ Last edited by Syd at 2-3-2006 02:52 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 02:46 PM | Show all posts
love.....persoalan u insyallah bole terjawab bila baca posting syd tu..
cuma kalu nak ringkasan, ok ain tulis serba sedikit ye.

1. Surat pengakatan tu suruh ibubapa kandung anak tu sign terlebih dahulu dan simpan copy ic depa, alamat, phone no. Genap umur anak 2 tahun bole difailkan di jabatan kebajikan utk hak penjagaan mutlak.

2. Maknanya dlm 2 tahun tu, tempoh 50-50 sebab ibu bapa kandung tu kalu nak ambik balik anak tu, depa ada hak. Kecuali kalu u buat perjanjian bertulis menggunakan undang2, yup...baru selamat.

Ini yg serba sedikit, nak tahu lebih PM jelah ain sebab ain tak reti nak explain kat sini.  Cheerup babeh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by lovewife at 2-3-2006 01:46 PM
sesapa kat sini yg tau atau ada pengalaman berkenaan pengambilan anak angkat...
apa prosidur yg sptuutnya ada ??


love wife.. I ade kawan.. dapat anak free.. (anak luar nikah) and buat official registration lah.. spy tak susah kemudian hari.. die ade crite panjang lebar on the procedure but.. dah ilang pulak email tu terdelete..

nnt cari balik... yg tau.. mmg renyah.. unless u know some one dekat dlm Jabatan pendaftaran tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by WeAiNe at 2-3-2006 02:46 PM
love.....persoalan u insyallah bole terjawab bila baca posting syd tu..
cuma kalu nak ringkasan, ok ain tulis serba sedikit ye.

1. Surat pengakatan tu suruh ibubapa kandung anak tu sign terlebi ...

WeAinie

kalo senang nanti share la info tuh kat sini utk dikongsi bersama rakan2 yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 04:26 PM | Show all posts
banyak jugak procedure ek
tapi ye la.. bila dah daftar, ada surat pengesahan ect senang la skit kan
utk elak masalah2 yg mungkin timbul kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 04:28 PM | Show all posts
Sasha...tq

Insyallah nanti Ain tuliskan serba sedikit pengalaman Ain, tapi ini bukan pengalaman Ain sendiri cuma Ain banyak membantu somebody dari awal sampailah akhir.

Untuk LOVEWIFE....Ain tulis sinilah ye, mana tak paham tanyalah, sebab mungkin explanation Ain tak lengkap. Ini tentang anak yang di ambil terus dari tangan ibu dan bapa dia.

1. Pastikan keadaan fizikal dan mental dalam keadaan bersedia terlebih dahulu sebelum mengambil anak angkat terutamanya anak tiada bapa ni.

2. Ibubapa angkat ni seeloknya berada bersama-sama dgn ibubapa asal anak tadi ketika waktu bersalin. Pastikan yang dokumen * Surat keizinan pengangkatan (akuan berkanun) oleh ibu bapa kandung (atau ibu kandung, jika kanak-kanak adalah anak luar nikah);  tadi ada dibawa bersama serta 2 org saksi.  http://www.jpn.gov.my/

3. Sebaik sahaja anak tadi tu selamat dilahirkan, dan segala urusan hospital dijelaskan. Dan keadaan ibu tadi beransur pulih. Waktu tu kalu keadaan mengizikan dapatkan terus tandatangan ibubapa asal tadi berserta salinan kad pengenalan memasing. Jika tidak, tetapkan waktu lain tapi pastikan tidak lebih 3-7  hari kerana takut ibu tadi tu akan berubah hati.

4. Dapatkan surat dari doktor tu dan daftarkan anak di Jabatan Pendaftaran utk surat beranak dia.

4. Simpan surat pengangkatan tu tadi elok2 sebab cukup umur anak 2 tahun boleh didaftarkan di JPN utk hak mutlak dan kalu nak tukar bin/binti pun boleh dah. JIka rujuk pada http://www.jpn.gov.my/ soalan no. 10, ternyata keadaan tu tak selamat. Sebab ibubapa asal boleh mengambil balik anak tersebut kerana nama ibu/bapa di surat beranak tersebut adalah nama asal mereka. (Ini yg diberitahu oleh pegawai JPN sendiri-benar atau tidak, tak dapat dipastikan).

5. Oleh sebab itu, dinasihatkan ibubapa angkat tadi tu membuat perjanjian bertulis berasingan yang menggunakan khidmat peguam yang mana dokumen itu tadi mengandungi perjanjian:- salah satu iaitu, ibubapa asal anak tersebut tidak boleh mengambil kembali anak tadi, tidak boleh menuntut kembali..blablabla....selalunya pihak peguam ada standard closure takpong nak tambah boleh juga. Dokumen itu tadi akan ditandatangani didepan peguam sendiri oleh kedua-dua ibubapa asal dan angkat tadi.

6. Dokumen itu tadi akan dibawa ke mahkamah untuk filing. Jika tak silap. Sebab benda ni dah 2-3 tahun  lepas. Tapi apa yg Ain diberitahu oleh pegawai JPN dan peguam tu bahawa dgn dokumen ini anak tadi selamat dalam jagaan ibubapa angkat tadi tanpa risau dituntut kembali.

7. Memang betui urusan pengambilan anak angkat ni renyah. Perlukan kekuatan emosi yg kuat dan juga kewangan yg kukuh sebab bayaran guaman tadi tu bole cicah ribu riban. Tgok pada lawyer firm mana. Buat survey dulu.

8. Ain nasihatkan pada ibu angkat tadi agar pergi dapatkan rawatan untuk suntikan hormon bagi susuan badan. Paling senang dapatkan di PUSRAWI. Kuar duit sikit, tapi jaminan sebab anak tu akan jadi anak susuan. Tak risau pasai pergaulan, bahkan menambahkan lagi perasaan ibu dan anak.

9. Kesan sampingan dia, ibu tadi akan rasa sakit dan demam. Tak lama sekejap je, sebab hormon badan mungkin jadi gila sikit sebab tak preggy tapi nak proses air susu kuar. Jgn risau sebab kat PUSRAWI ni akan diajar cara-caranya. Ada cara dia. Walaupun nipple kecik ke apa ke, jgn bimbang .

10. Tapi Ain tgok anak ni, alhamdulillah langsung tak ikut ibubapa asal dia. Sejibik cam ibubapa angkat dia. Ngan muka, kulit, ketinggian semua copyright. Bahkan sapa tak tahu akan cakap memang anak kandung sendiri. Kuasa Allah.

11. Jgn lupa umur anak 2 tahun, filekan balik di JPN dan beritahu anak duduk perkara yg sebenar bila anak dah cukup memahami keadaan.

Rasanya itu jelah kot. Ada tertinggal nanti Ain touch-up kan. Benda ni dah lama kan, so ingat2 lupa.

boleh masuk kat sini http://www.jpn.gov.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 05:21 PM | Show all posts
dari pengalaman I..jika belum ade surat beranak..(cth:anak luar nikar yg tak berbapa)

1**ambik document bersalin si ibu dr hospital)..buatkan surat beranak tapi masih lagi tertera nama ibubapa kandung dan terus dapat resit untuk pi collect mykid yg bertarikh sekian2..( lebih kurang sebulan dari tarikh memohon).

2** si ibu kandung dan ibubapa angkat perlu ke mana2 pesuruhjaya sumpah yang berhampiran untuk mengisi surat keizinan pangangkatan
(dimana surat tu mengatakan bhw si ibu kandung bersetuju dan rela serta tidak akan membuat sebarang tuntutan setelah menyerahkan anaknye kpd keluarga angkat) perlu disign kedua2 pihak didepan peguam dgn dikenakan sedikit shj bayaran..

3**kemudian sudah lengkap sumenya boleh didaftarkan ke jabatan kebajikan masyarakat.

4**apabila sianak berumur 2 tahun barulah kena pegi ke JPN untuk membuat surat beranak baru yang mana tertulis di document itu nama ibubapa angkat di ruangan maklumat ibu dan bapa.. tiada lagi maklumat ibubapa kandung..mungkin sebagai kemudahan untuk persekolahan dan sebagainya kot..


***I dah melalui proses hingga ke no3 cuma step yg ke 4 aje I belum buat lagi..sbb baby belum cukup umur..baru 1thn 5bln..

tak serumit dan sesusah mana..yg susah tu mungkin kalau takde surat beranak kot..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.330141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list