View: 4986|Reply: 38
|
[Sarawak]
Sambutan Hari Jadi Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak , Tun
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-10-2021 11:14 AM
KUCHING, 8 Oktober: Enam jalan ditutup dan dilencongkan di lokasi tembakan meriam di Tebingan Kuching berhampiran Square Tower sempena sambutan Hari Jadi Ke-85 Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bermula jam 8 pagi esok.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah dalam kenyataan hari ini berkata jalan berkenaan melibatkan Jalan Main Bazaar, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Barrack/ Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Market, Lebuh Java dan Jalan Gambier.
Katanya, penutupan dan lencongan jalan tersebut dijangka berakhir selepas selesai tembakan das meriam sekitar jam 10.30 pagi.
Bagaimanapun, katanya, keperluan penutup dan lencongan jalan itu bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan kepada aliran trafik oleh pegawai polis trafik yang bertugas agar tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
ACP Ahsmon dalam pada itu menasihati pengguna jalan raya agar tidak meletakkan kenderaan mereka di sekitar Jalan Main Bazaar, Jalan Old Court House, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Barrack dan juga sekitar lokasi tembakan meriam dalam jarak 100 meter bagi mengelakkan berlaku gegaran.
Ujarnya, pihak Polis akan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana individu yang mengingkari arahan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah dak helikopter gasak melintas d udara...ingat ada pemimpin besar nk datang. |
|
|
|
|
|
|
|
orang have2 nak sambut befday ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 8-10-2021 06:41 PM
orang have2 nak sambut befday ...
Kita tukang nanggar jak....nanggar helikopter jadilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurusnyaa wife dia.. lainnn sgt rupanya..
So isnin cuti ke kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 8-10-2021 07:21 PM
kamek urang d ulu tuk... kipas heli pun sik nampak
Amboi, tgh gik covid ada juak buat persembahan...mentang2 swak dah dpt tempat ke-2 negeri tertinggi covid. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya ...
sebab "tuk" la cepat dapat rentas daerah
tapi yalah tek...
pandei2 jaga dirik mpun jak kinek tuk...
oximeter jangan lupak meli deng ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siap meriam bagai wlpn covid2 ni... Bergegarla nanti kt situ... Tp seriousla ... Kurus giler wifenya. Terus berubah muka...
Kuching... Tempat aku ilang kasut Nike. Baru pakai pulak tu. Baru betul2 sampai kuching terus kena rembat kasut... Org kuching tlg tengok2kan nike hi cut aku tu ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Revolver replied at 8-10-2021 08:22 PM
Siap meriam bagai wlpn covid2 ni... Bergegarla nanti kt situ... Tp seriousla ... Kurus giler wifenya ...
Alamak..siannya...kimsalam jelah dgn kasut tu...hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
O tedah ...
mesti geram gegiler kan ... camne boleh hilang ...?
|
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib bersama-sama YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Lahir TYT Sarawak ke 85 bertempat di Masjid Jamek Petra Jaya malam ini tadi.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimami oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, dan diikuti dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai dan kemudiannya tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin. Majlis kemudiannya diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah dan doa kesyukuran.
Hadir sama di majlis kesyukuran berkenaan adalah Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pendidikan, Sains, dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, YB Dr. Annuar Rapa'ee dan beberapa kenamaan lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 9-10-2021 09:20 PM
O tedah ...
mesti geram gegiler kan ... camne boleh hilang ...?
Masa tu mmg baru betul2 sampai.Terus dari airport pergi rmh bos. Masuk dlm rmh dia x sampai 15 minit anak kecik dia umur 10thn ckp kasut nike dh hilang... Nk nangis rasanya... Baru beli kot...
Lps ni kalau pegi kuching mmg nk pakai selipar je lah. Opismate pun kalau ada yg pegi kuching mesti ada yg gigih tipon ckp dh jumpa dh kasut yg ilang tu... Sabor aje la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|