View: 5438|Reply: 33
|
[Tempatan]
Edisi babi susu... tuan lari, babi kebulur depan rumah
[Copy link]
|
|
Tuan lari, babi kebulur depan rumah
SEBERANG PERAI – Penduduk sebuah kawasan perumahan di Tasek Mutiara, Nibong Tebal di sini gusar selepas bekas penyewa sebuah rumah teres dua tingkat didakwa meninggalkan dua ekor babi peliharaan di dalam pagar rumah sejak Jun lalu.
Perkara itu bagaimanapun dikatakan hanya disedari penduduk sejak bulan lalu selepas ternampak haiwan berbulu hitam dan putih berkenaan.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ima berkata, mereka berasa kurang senang dengan situasi itu kerana mengotorkan persekitaran, apatah lagi haiwan berkenaan dibiarkan kelaparan sejak penyewanya berpindah keluar.
“Walaupun tidak setuju dengan tindakan membela babi di kediaman, tapi jiran terpaksa beri mereka makan kerana kasihan.
“Aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan, tetapi haiwan itu masih berada di kawasan rumah itu sehingga kini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Ima yang dua tahun tinggal di kejiranan itu berkata, dia difahamkan wakil Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah tampil ke rumah tidak berpenghuni itu semalam selepas menerima aduan.
“Saya difahamkan, notis saman dikeluarkan kepada pemilik rumah dan diberi tempoh tiga hari untuk pindahkan babi itu.
“Saya harap MBSP memindahkan haiwan itu sekiranya pemilik enggan berbuat demikian keranan ia menjejaskan kawasan kejiranan ini yang masyarakatnya majmuk,” katanya lagi. – K! ONLINE
Babi yang ditinggalkan selepas penyewa keluar dari sebuah rumah teres sejak Jun lalu di Tasek Mutiara, Nibong Tebal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sehirkedi at 6-10-2021 03:45 PM
Kesiannya. Babi pun haiwan ada perasaan juga. Apsalnya tuan dia tinggalkan macamtu. Dulu memula gedik nak pelihara apa fikir? Haiwan peliharaan yg dah biasa ada tuan mesti kemurungan apabila ditinggalkan. Harap ada tuan baru yg bela dorang
*apa pun terima kasih pada jiran yg prihatin bagi makan, |
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Ingat babi takde perasaan ke? Mesti beliau rindukan tuan beliau.
Kalau takde yang sudi adopt beliau, sudi-sudikanlah dihantar ke pusat ternakan yang sedia ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni species teacup pig ke guane |
|
|
|
|
|
|
|
babi ni mmg sejenis yg dibuat pet ke?ada rambut itam plak tu. ke sama je mcm babi pink yg gemok2 dibuat makan tu.
apa punya owner la...tgl pet gitu je. sian babi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan babi kena covid ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sian baby tu, nasib baik jiran concerned bagi makan minum sementara ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam ph lari ke mana pulakkkk...tinggal pet gitu jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
babi punya ex owner. sian piggy baby |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... yang babi tu tuan dia la...... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, jahat sungguh tuan dia.... dah tak suka tinggal. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 6-10-2021 04:05 PM
babi ni mmg sejenis yg dibuat pet ke?ada rambut itam plak tu. ke sama je mcm babi pink yg gemok2 dib ...
Ada jumpa ig babi makan tido kat rumah. Owner dia tak silap Chinese kt Bangsar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini baby babi ke? Kecik aje . |
|
|
|
|
|
|
|
Babi sungguh owner dia. 1st time dengar orang Malaysia bela babi di kawasan perumahan. Slalu kat overseas je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bela, boleh tak pikir long term terus?
Apa jadik kalau pape jadik kat kome
Ughhhhh common sense tarakkk
Memang biar situ sampai bangkai dibau orang |
|
|
|
|
|
|
|
siannya..hanatnya tuan pig itew..biasa yg bela pet ni syg kot pet dorg..ke tuan sbnr dh mati..partner dia pindah terus pig itew ditinggalin..ni pig yg mix tu kan..bukan yg dlm kandang tu..yg tu di ternak..takde bulu..i first time tau pig blh jd pet masa milley cruz tnjk pig sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
Apek2 area situ x curi plk buat babi golek.atau daging babi belaan x sdp sbb beliau mkn friskies jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|