View: 6996|Reply: 47
|
Wanita Dakwa Dua Pelajar Mati Akibat Vaksin Mungkin Berdepan Pertuduhan
[Copy link]
|
|
Polis merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa kematian dua pelajar di Perak disebabkan suntikan vaksin Covid-19.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 39 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam.
Menurutnya, semasa rakaman percakapan diambil, wanita terbabit mengaku membuat kenyataan seperti mana yang terkandung dalam video tersebut.
Gambar hiasan
Justeru, pihaknya mungkin akan mencadangkan untuk pertuduhan dijalankan ke atas wanita itu.
“Kenyataan yang diberikan suspek bukan sahaja tidak tepat, malah tidak benar sama sekali. Dua pelajar terbabit meninggal dunia bukan disebabkan vaksin kerana mereka sendiri belum menerima suntikan berkenaan.
“Kita akan cadangkan kepada peguam negara atau pengarah pendakwaan negeri untuk tuduh suspek terbabit,” katanya.
Selain wanita terbabit, polis uga telah merakam percakapan pegawai kesihatan Ulu Kinta, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai dan pegawai perubatan yang merawat dua pelajar terbabit.
Ibu bapa pelajar tersebut turut dipanggil untuk dirakam keterangan serta saksi lain yang berada bersama wanita itu ketika dia membuat kenyataan dalam video tular berkenaan.
Tambah Mior Faridalathrash, pihak polis sedang melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.
Pada 29 September lalu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan setelah menerima dua laporan daripada Pegawai Pendidikan (Kesihatan) Daerah Ipoh dan pengetua SMK Tasek Damai.
Laporan itu berkaitan ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar sekolah itu yang didakwa disebabkan suntikan vaksin.
Video berdurasi 1 minit 38 saat yang tular sejak Selasa lalu dipercayai dirakam dalam sebuah majlis yang diadakan di Putrajaya sebagai tanda solidariti menuntut hak supaya pelajar tidak diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Menerusi video tersebut, seorang wanita dalam ucapannya kepada sekumpulan individu mendakwa berlaku dua kes kematian pelajar SMK Tasek Damai disebabkan pengambilan suntikan vaksin.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali sblm ckp pape, better la sahkan dulu berita tu....now x psl2 dpt masalah |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut hati, mati. Kerana mulut badan binasa.. pepatah melayu ada benarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Penyemburit Bila Nak Tangkap?
Edited by tumpanglalu74 at 4-10-2021 02:15 PM
Nak tangkap orang baik2 yang concerned dengan keselamatan anak2 onglain. Dah mabok ke bang?
Pencolek, perogol, penyamun pon berlori2 ade bang.. Bila nak tangkap?
Tanye je. No hard feelings..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ambil tindakan kalau salah, pengajaran jgn suka suki buat fitnah |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah
kang ada pulak yg tanya apsal polis masih belum dpt tangkap jlow |
|
|
|
|
|
|
|
Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Berhati2 laa bilaa berckp ya |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada yang tanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Faridalathrash tu yang tak menahan tu |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh jodoh dan hodoh.. anda pilih mana yang tak ke mana.. ? |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 antivax menggelupoh dah tu. @Inadori di mana anda? |
|
|
|
|
|
|
|
farid ala thrash
farid =
Farid (Arabic: fariyd, farīd), also spelt Fareed or Ferid and accented Férid, is an Arabic and Persian masculine personal name or surname meaning "unique, singular ("the One"), incomparable".
ala =
Ala is French and is defined as prepared in a certain way or for a particular person.
thrash =
beat (a person or animal) repeatedly and violently with a stick or whip.
|
|
|
|
|
|
|
|
Friendlist aku pun ada antivac. Untung la takda sapa viral. Konon2 tanam keladi rapi seketul keladi pun aku tak nampak. Konspirator samaran tak |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok: Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu?
Parents dia dulu peminat thrash metal. |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 4-10-2021 03:31 PM
Puak2 antivax menggelupoh dah tu. @Inadori di mana anda?
Ada ni. Hahahaha.
SamdolGemok memang tak tenang berforum kalau tak ada Inadori.
Taknak sebut mengeteh di gazebo ke Dol? |
|
|
|
|
|
|
|
Farid Al Athrash
jurutaip surat beranak masa dia lahir, tersilap tulis gamaknya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamboiiii nama
Iol dah terbaca lain tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 4-10-2021 02:37 PM
Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu?
Dulu2 org tua kita bila g balai daftar nama anak just sebut je depan pegawai polis tu.
Pastu dia tulis la ikut apa yg dia dengar.
Kalau pegawai bukan melayu mmg selalu salah eja.
Tu pasal nama zulkefli antara yg banyak di eja dgn ejaan pelik
Affandi selalu jd Ampandi
Adik kawan iols Sabrina jadi Fabrina
Zubaidah jadi Zabedah
Makcik iols Mariam tp nama dia dieja Meriam.
|
|
|
|
|
|
|
|
unit betul nama pun
farid ala thrash
agaknya nak letak mior farid asyraf kot hihi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|