View: 6359|Reply: 28
|
KELEBIHAN beli rumah landed. Nak besarkan ruang pun OK, nak cucuk tanam pun OK
[Copy link]
|
|
Syed Azwan seronok berbudi pada tanah
Kamariah Khalidi -
13 September 2021
KUALA LUMPUR – Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Itu lah yang dilakukan Syed Azwan Syed Omar, 33, yang berjaya memanfaatkan ruangan tanah di tepi rumahnya di Ipoh, Perak dengan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran serta buah-buahan.
Menurut penolong juru ukur bahan itu, asalnya aktiviti bercucuk tanam itu hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang sebelum dia benar-benar serius untuk mengusahakan ‘edible garden’ itu pada tahun 2019.
Lebih menarik, Syed Azwan turut aktif berkongsi gambar serta video-video ringkas mengenai perkembangan kebunnya dan tips bercucuk tanam bersama pengikut di laman Instagram, kebone.wan.
“Saya mula menanam sekitar tahun 2018 bersama isteri apabila mula menyewa rumah yang kami duduki sekarang iaitu jenis teres dengan ‘corner lot‘ dan pada ketika itu, tanaman hanya secara ringkas.
“Asalnya saya bermula dengan sekadar hobi agar ruang tanah yang ada ini dimanfaatkan daripada terbiar dipenuhi dengan rumput dan lalang.
“Alhamdulillah, pada tahun 2019 selepas membeli rumah ini, saya mula mencorak langkah untuk memperkemaskan lagi ruang tanah di tepi rumah ini. Disebabkan sudah mula seronok bercucuk tanam dan pada masa sama suka pada landskap, saya terus memilih landskap berkonsepkan ‘edible garden’,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Bercerita lanjut, Syed Azwan berkata, antara tanaman yang konsisten di tanam olehnya di atas tanah berkeluasan kira-kira 140 meter persegi itu seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, terung, tomato, timun dan cili.
Katanya, terdapat juga tanaman lain seperti buah rockmelon, tembikai, pokok tin, jagung serta lain-lain tanaman yang dilakukan secara bergilir.
“Di kebun ini juga terdapat sistem aquaponik di mana saya menternak ikan talapia merah dalam tangki dengan jumlah ikan sekitar 120 ekor,” ujarnya.
Syed Azwan menunjukkan ikan tilapia merah yang diternak secara aquaponik di Ipoh, Perak. Kredit foto, Instagram kebone.wan
Dalam pada itu, Syed Azwan juga berkongsi bahawa dia bersama isteri sudah jarang membeli sayur-sayur di pasar berikutan tanamannya membuahkan hasil dengan begitu memberangsangkan.
Jelasnya lagi, walaupun bukan menuntut dalam bidang pertanian namun dia begitu tertarik untuk mempelajari ilmu tersebut.
“Bagi saya menanam ini senang dan semua orang boleh menanam, asalkan kita tahu sedikit ilmu dan teknik menanam.
“Saya sendiri bukan dari bidang pertanian tetapi disebabkan mula tertarik dengan pertanian ini saya mula belajar dan mengkaji dari buku, jurnal dan paling banyak membantu seperti kumpulan-kumpulan pertanian di Facebook dan video di Youtube.
“Asalnya saya sendiri hampir nak berhenti bercucuk tanam disebabkan sayur yang ditanam tak menjadi, bagi saya cuaca bukan satu masalah jika tidak, tiadalah kebun kebun sayur yang banyak di negara kita.
“Apa yang lebih menggembirakan apabila saya sendiri sudah jarang sekali membeli sayur di luar, hanya beli sayur tertentu yang saya sendiri tidak dapat tanam dikebun,” katanya.
Ketika ditanya sama ada ‘edible garden’ itu memerlukan kos yang tinggi untuk diusahakan, Syed Azwan berkata, kebanyakan bahan atau peralatan yang digunakan adalah berkonsep ‘do it yourself’ atau DIY.
Kongsi Syed Azwan lagi, sehingga kini dia sudah mengeluarkan belanja sekitar RM5,000 untuk mengusahakan kebunnya itu.
Antara tanaman yang diusahakan oleh Syed Azwan di ruangan tanah di tepi rumahnya di Ipoh, Perak. Kredit foto, Instagram kebone.wan
“Sebabkan segala di kebun ini saya buat secara DIY, anggaran secara runcit saya belanjakan sekitar RM5,000.
“Alhamdulillah kelengkapan dan perabot yang ada di kebun ini juga saya dapat hasil dari memenangi pertandingan kebun yang dianjurkan pihak kerajaan dan swasta yang mana saya laburkan semula kepada kebun ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
iols teringin nak tanam pokok buah-buahan |
|
|
|
|
|
|
|
menariknya utk di contohi |
|
|
|
|
|
|
|
rumah lot tepi boleh la. cer kalau yg duduk landed tp rumah teres tu. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah lot tengah ni
byk yg ubahsuai sikit lagi nak cecah pagar
last-last
kereta parking luar
penyidai kain pun taruh luar
so bila laluan kawasan2 mcm ni
mencabar betul pemandu
silap2 cermin kereta mau patah selisih dgn kereta tuan rumah |
|
|
|
|
|
|
|
kdg geram betul dgn org mcm ni... porch beso boleh muat 2 keta, but still nk park keta kat luar.. menyusah kan org...
|
|
|
|
|
|
|
|
jiran aku renovate rumah, siap buat pondok, konon2 nak buat style rumah mesra alam gitu.
amek kawasan rumah aku, air hujan masuk kawasan rumah aku.
bila tegur, katanya berkira,
eh vavi laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Baik tulis kelebihan beli Rumah banglo jah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kawasan rumah teres dua tingkat pun sama kes
kalau ada 2 bijik kereta
semua parking di luar
sebab tak nak jiran park kawasan depan rumah
so bayangkan kiri kanan mcm tu
tak kira mana2 bangsa
sama kes2 mcm ni
yg ada sebijik kereta
perangai lain pulak
tanam mcm2 pokok depan rumah
so kiranyakalau jiran ada 2 biji kereta
memang parking menghala rumah masing2 la jawapnya
yg jiran sebelah pulak sebahagian dh tanam mcm2 pokok
sebab tu kalau nk cari rumah
cuba yg tidak hadap rumah org
sebolehnya hadap parit atau kawasan lapang
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah i xde sapa nak tlg i bercuciuk tanam ni...huhu..kaw tanah besar cuma ada rumput je....i pulak mmg tgn x menjadi bila tanam..nanas tanam hidup segan mati x mahu..pokok limau and mangga mati...dedaunan seme x hidup..nak upah tkg kebun x sure ada ke yg nak jd klu bg rm500 je sebln ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanam rumput pun ok. Kalau panjang, potong pakai mesin elektrik bateri. Kalau tanam pokok2 besar, jenuh pula nak sapu daun kering yang gugur tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
5k boleh beli sayur berapa tahun? LOLLLL |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 13-9-2021 06:13 PM
kalau kawasan rumah teres dua tingkat pun sama kes
kalau ada 2 bijik kereta
semua parking di luar
...
Betul tu. Kalau boleh jgn cari landed house yg dok tgh2, serabut betul, serba x kena. Kalau mengadap jiran pun amik rumah yg hujung2 xde lah nak mengadap byk rumah sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rumah kita tu jalan mati bagi lorong tu
pun tak kena jugak
jiran2 masing2 berebut nak park hujung jalan mati tu
perangai isu parking ni bukan masalah kawasan rumah kos rendah shj
rumah kawasan double storey pun masalah sama
masing2 tak akan biarkan jiran sebelah parking kawasan depan rumah dia
bila aku melawat kekawan yg duduk di pelbagai kawasan
nampak la masalah2 mcm ni
kekadang pusing2, jalan2 pelbagai kawasan
nampak la isu2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah semi-D, banglo sekarang pun cekudut je tanahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi best jiran iol dok biar je tanah kat laman corner lot deyol,
kete2 buruk deyol, pergi sadaiiiiii kat luar tu ha. dengar kata jiran, bangla kawen malaya.
MENYUSAHKAN ORANG. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 13-9-2021 09:17 PM
Tanam rumput pun ok. Kalau panjang, potong pakai mesin elektrik bateri. Kalau tanam pokok2 besar, ...
Sebln sekali mmg upah org mesin rumput..nak mesin sendiri x larat...tapi mmg teringin nak tanam pokok..apakan daya..takde kudrat |
|
|
|
|
|
|
|
corner lot/semi d boleh lah bercucuk tanam..
kalu tgh2, tanam dlm pasu boleh lah...
tu pun tak leh byk2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|