" erempuan tidak ada rule bagaimana boleh mengambil gambar. We are not responsible for their sins."
Hanya kerana aktres Izara Aishah menjelaskan muslimah yang telah pun mengikut perintah Allah tiada dosa jika ada juga lelaki yang tergoda, ciapannya disalah anggap oleh segelintir netizen lelaki.
Baginya, menutup aurat adalah sebahagian dari dakwah bukannya membuatkan lelaki terliur. Jika ada pandangan ajnabi, maka mengapa menyalahkan wanita?
 Foto : Twitter
 Foto : IG
Rentetan itu, rata-rata lelaki menegur Izara bahawa berpakaian sahaja tidak mencerminkan tingkah laku agama sebenar jika masih bertabaruj. Namun di balas Izara, adakah lelaki yang tidak mahu menunduk pandangan sebenarnya?
 Foto : IG
Bagaimanapun, Izara akhirnya menyatakan isu sebegini perlu diambil dari konteks yang betul dan berharap ianya tidak diperbesar-besarkan lagi.
"Tutup cerita ni di sini. People are suffering and dying. Please cover more important news out there. Ni I take selfie jadi news sampai bergaduh."
Penghijrahan memerlukan pengorbanan dan Izara baru sahaja memulakannya, netizen pun sabar ya. -CARI
|