View: 3247|Reply: 24
|
Ayu Damit Sambung Belajar Di Aswara Sebab Tak Nak Dicop ‘Penyanyi Kosong’
[Copy link]
|
|
Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Berkongsi kepada Kosmo!, Ayu atau nama penuhnya Norayu Damit, 32, berkata dia berasa teruja apabila ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan kariernya sebagai penyanyi kerana tidak mahu bergelar ‘penyanyi kosong’.
Kredit: Kosmo
“Alhamdulillah. Kalau ikutkan saya sudah menerima surat tawaran untuk mengikuti pengajian di ASWARA beberapa minggu lalu, namun saya terlepas pandang surat yang dikirim menerusi emel.
“Saya pun sudah menghadiri sesi temu duga baru-baru ini dan akan menyambung pengajian dalam masa terdekat selama tiga semester (setahun). Insha-Allah,” katanya teruja.
Kata Ayu, dia terfikir untuk menyambung pengajian walaupun selepas sekian lama bergelar penyanyi kerana merasakan dia perlu mempunyai ilmu dalam bidang muzik dan dapat menggunakan ilmu tersebut untuk menjadi seorang penyanyi yang baik.
“Sejujurnya saya tidak mempunyai asas ilmu dalam bidang muzik. Mana tahu suatu hari nanti saya dapat menjadi seperti guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat?
“Saya merasakan ilmu itu sangat penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam karier yang diceburi mereka,” jelasnya kepada Kosmo!
Bertanya tentang pandangan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, Ayu berkata suaminya itu tidak mempunyai apa-apa halangan apabila dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya.
Kredit foto: IG Ayu
“Tapi suami ada ingatkan supaya pandai membahagikan masa. Sebab dia tahu saya banyak melakukan pelbagai pekerjaan. Mana nak uruskan perniagaan kek pisang, kuih bahulu dan ladang cili,” katanya.
Dalam pada itu, Ayu percaya usahanya itu mampu menjadi inspirasi kepada orang lain supaya tidak pernah sesekali jemu untuk menuntut ilmu dan berharap dapat menghabiskan pengajiannya.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pulak artikel tu tulis dia sambung ijazah sarjana muda. Kan terang terang dia tunjuk surat tawaran tu Asasi Seni Kreatif. Nanti kan esok esok orang cop dia menipu pulak. Even dia sebut lagi dlm interview 3 semester aje.
Good Ayu. Jangan stop belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
baguih ayu ni.. sentiasa positif dan berpandangan jauh.. iols kagum... macam ni baru lah boleh dijadikan ikutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Jap, ko penulis artikel pun, die baru amik ASASI setahun. Ijazah kalau die sambung lepas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko punyalah eksklusif ala2 restoran mahal. Orang pun segan nk walk in masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean replied at 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko pu ...
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde merempan pun,ni siap nak sambung belajar lagi.
Terus je jalan ke depan mcm tu la tau takleh nak buat show bagai haa ada masa terluang buat kek pisang bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
All the best ayu damit... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 17-8-2021 08:51 AM
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde mer ...
Kt bukit antarabangsa. Boleh tahan sedap kedai dia bg aku. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mojarean replied at 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko pu ...
Woww.. voley la jjcm bg sapot lepas pandemik..
Ada jual kat grabfood tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-8-2021 09:13 AM
Woww.. voley la jjcm bg sapot lepas pandemik..
Ada jual kat grabfood tak?
Aah dia available dlm grab food dan juga food panda. Ni gambar restoran sblm pandemic. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Tinot7 at 17-8-2021 09:36 AM
mojarean replied at 17-8-2021 09:25 AM
Aah dia available dlm grab food dan juga food panda. Ni gambar restoran sblm pandemic.
Tunggu lepas pandemik la.. tak voley hantaq kat tmpt iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak juga kedai nama tok mak ni yer... kat tempat iols kedai runcit yg jual barang2 masakan melayu nama sama macam ni juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rajin ayu ni. Jenis tak duk diam cari rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 17-8-2021 08:51 AM
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde mer ...
Kedai makan ada, ladang cili ada, lani kek pisang pula, nak sambung belajar lagi. Steady ayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ayu, mmg pandai bt bisnes, macam2 dia ceburi... skg sambung belajar lak, dpt jadi contoh untuk anak2 dia juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Artis lain yang kurang job bolehla ikut jejak langkah Ayu ni. Tak segan dia jadi farmer dulu. Dah berjaya dia expand buat bidang lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin nya ayu. Bagussss. Semoga maju jaya ya |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ni. selayaknya di sapot |
|
|
|
|
|
|
|
Suami dia syed tu dlu mmber sekelas aku.. mmg nakal la dlu… tp dia baik dan xlupa kawan2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|