CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1220|Reply: 6

Gagal Kekang Covid-19, Pegawai Di China Dihukum! Malaysia Patut Buat Tak?

[Copy link]
Post time 10-8-2021 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Sebilangan pegawai pentadbiran di China dihukum kerana gagal mengekang penularan wabak Covid-19 yang mengakibatkan hampir 900 jangkitan simptomatik di seluruh negara dalam tempoh kurang sebulan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.


Bandar Yangzhou di timur China mengeluarkan amaran kepada lima  pegawainya  kerana gagal mengendalikan ujian saringan besar-besaran dengan betul sehingga dikatakan menyebabkan virus itu berterusan menular.


Selain itu, lebih  30 pegawai di seluruh China terdiri daripada datuk bandar, pengarah kesihatan tempatan, ketua hospital dan lapangan terbang turut dihukum kerana cuai  serta gagal menangani  wabak itu dengan baik.




Kredit foto: AFP




China kini berdepan penularan Covid-19 terburuk sejak wabak itu mula tercetus di Wuhan pada Disember 2019. Wabak terbaharu ini telah menular di lebih separuh daripada 31 wilayahnya.


Meskipun sebahagian besar penduduk China telah divaksinasi, pihak berkuasa tetap melakukan ujian saringan besar-besaran dan melaksanakan perintah berkurung secara bersasar bagi mengekang virus tersebut.


Di Wuhan, angka jangkitan meningkat sehingga memaksa pihak berkuasa melakukan ujian saringan ke atas 11.3 juta penduduk pada hujung minggu lepas.


Sementara itu, wilayah Henan yang baru pulih daripada bencana banjir besar yang membunuh lebih  300 penduduk pada Julai lepas turut merekodkan kenaikan kes dengan satu kluster berpunca dari sebuah hospital di bandar Zhengzhou kini menular ke lokasi-lokasi lain.


Setiausaha Parti Komunis Wilayah Henan, Lou Yangsheng sebelum ini berikrar untuk menghentikan wabak itu di wilayah tersebut menjelang akhir bulan ini.


Susulan itu, beliau menggesa para pegawai untuk melaksanakan langkah-langkah sekatan untuk mengawal dan mencegah Covid-19 di kawasan pedalaman.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
itu kalo law ini macan....sini Malaysia..mesti sumer cakap.."wa kasi lu olang puat".
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada gagal? Lobai berjaya kurangkan kes dgn buat darurat jerr
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 03:57 PM | Show all posts
Kalau kat tanahair jangan harap ler mula2 je bising lepas tu krik krik krik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat China ni kalau pegawai buat rasuah pun dihukum bunuh aje. Kat Msia masih aman2 dengan muka tembok masing2
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sgt patuttttt esp kt barisan menteri xguna sesen tu.. Helok sgttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2021 09:34 AM | Show all posts
Kat sana pun kalau kau komen lebih2 pasal langkah2 gomen melawan Covid, esok lusa tau2 dah hilang, tak dapat dikesan. Kalau tak follow SOP, takde denda, tangkap terus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072609 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list