CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40377|Reply: 349

Lima hari berdiam diri... akhirnya Lan Solo, Syura minta nasihat peguam selesaik

 Close [Copy link]
Post time 26-7-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Lima hari berdiam diri... akhirnya Lan Solo, Syura minta nasihat peguam selesaikan isu dengan Siti Nordiana

Isnin, 26 Julai 2021 5:00 PM
Oleh:  NUR ASYIKIN MAYUDIN


Siti Nordiana menuntut Lan Solo dan Syura serta tiga individu lain tampil buat permohonan maaf terhadapnya.

SELEPAS lima hari kontroversi dakwaan memfitnah Siti Nordiana di Instagram live, akhirnya Lan Solo, Syura dan tiga lagi individu lain tampil memberi respons terhadap isu berkenaan.

Menerusi kenyataan bersama kepada mStar, Lan dan empat yang lain turut mendapatkan nasihat peguam selepas menerima notis tuntutan daripada Siti Nordiana pada Isnin.

"Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami. Kami juga menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat peguam," kata mereka kepada mStar.


Sesi Instagram live Lan Solo dan Syura.

Pada Jumaat lalu, penyanyi Siti Nordiana membuat laporan polis terhadap lima individu iaitu Lan Solo dan isteri Sheila Hashim; penyanyi, Syura Badron; jurusolek, Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin kerana didakwa memfitnahnya di media sosial.

Siti Nordiana turut menuntut mereka berlima tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam selepas menerima notis.

Kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala tggi ke pagar ust madi...kena kumpul kacangla
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta nasihat peguam, peguam tu akan suruh minta maaf je lah. Dah sape yang petik sape dulu?

Macam kes diva AA bakar perfume busuk tengit Vida tu yang bau macam puki kering. Last2 takde cara nak kawtim bagi menang, peguam suruh minta maaf je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mengata, mengata la dlm group wasap. Yang kau pergi buat live seantero dunia tahu buat pe?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cari pasal terima la.Ingt berani sngt.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Doakan mak jadi pengumpul kacang yg berjaya ea anak...
#awat tinggi nau pagar eh.. cian mak is nubis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku peguam yg korang lantik pun, lepas cakap dgn korang aku gelak dulu sendiri. gelakkan kebodohan mengumpat live
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dah lah retis sendu. job tak seberapa.. bisnes x seberapa.. berhabis duit kat lawyer.. kesiannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha...xde masalah cr masalah...cam siot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang nilai peraahabatan yg bertahun2 jd rosak camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ryumaira replied at 26-7-2021 05:43 PM
Ala tggi ke pagar ust madi...kena kumpul kacangla

Mcm mn nak kumpul kcg. Kita org bru. Kena rajin komen ke?. Sakit hati rs x blh nak tgok cite ustat Madi  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam dpt kaching sambil tidur..
Xpe la, duit banyak kan..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Deq1 replied at 26-7-2021 05:48 PM
Doakan mak jadi pengumpul kacang yg berjaya ea anak...
#awat tinggi nau pagar eh.. cian mak is nubi ...

Semoga kita berjaya sama2 kumpul kacang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:22 PM | Show all posts
ada la jugak duit utk bayar peguam2 korang .. ok la tu ..
dah Nana, lps ni tlg jauhkan daripada kawan2 yg mcm ni ..

toxic !
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ellZack at 26-7-2021 06:29 PM
dudaberhias replied at 26-7-2021 05:44 PM
Minta nasihat peguam, peguam tu akan suruh minta maaf je lah. Dah sape yang petik sape dulu?

Maca ...


Kak duda boleh bagi free khidmat nasihat yang sama. Hahaha

Tapi, memang tak boleh nak buat apa pun kan sebab memang salah diorang pergi sebut nama Nana clearly?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skng dahsyat ek si tua2 ni gaduh main lawyer2 je semua hahahhaha engkorg nk ngumpat
Buat la group wasep ke ape ni ngumpat kt live … mcm BBNU La gadh punn … bkn emgkorg je terasa skang ni ramai je terasa susah skang nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ramai minat thread ni ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf jelaa korang bukan ada duit sgt pun

Sapa suh g membawang secara live.
Sebolehnya juga nak suh netizen tahu masalah personal korang.
Kat situ je dah nampak kalian berniat jahat.
Dia salah ke tak tp cara korang tu dah salah.
Sbb konflik korang ni takde ngena mengena ngn kami semua pun.
Ini bukan isu yg menjejaskan masyarakat,setel sesama sendiri sudahla.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:29 PM | Show all posts

Serah Pada Peguam, Akhirnya Lan Solo & Syura Bagi Respons Lepas 5 Hari Zip M

Lima hari berdiam, akhirnya ini reaksi balas Lan Solo, Syura dan tiga lagi individu lain berhubung kontroversi dakwaan memfitnah Siti Nordiana atau Nana menerusi sesi Live di Instagram.


Selepas menerima notis daripada pihak Nana, difahamkan mereka juga mendapatkan nasihat peguam bagi tindakan lanjut.




Kredit foto: IG



"Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami. Kami juga menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat peguam," kata mereka kepada mStar.


Nana sebelum ini menuntut Lan Solo dan isteri Sheila Hashim; penyanyi, Syura Badron; jurusolek, Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam.




Kredit foto: IG




Mungkinkah ada adegan turun naik mahkamah, atau kes ini diselesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf daripada kelima-lima individu terbabit? - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk minta maaf pun susah ye 5 ekor ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.426796 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list