View: 3349|Reply: 34
|
'Walau Atas Faktor Keselamatan, Ibu Bapa Tak Patut Berpisah Dengan Anak' - TPM
[Copy link]
|
|
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terkesan dengan rintihan keluarga yang tidak dapat berjumpa pasangan, ibu bapa dan anak masing-masing berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Komen-komen tersebut diluahkan di media sosial rasmi Ismail Sabri yang dibaca sendiri oleh beliau.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau sedar ahli keluarga terutama ibu bapa dan anak-anak tidak sepatutnya terpisah dalam tempoh yang lama walaupun atas faktor keselamatan.
Kredit foto: IG Ismail
“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin,” kata beliau.
Justeru, Ismail Sabri berkata, dia sentiasa membawa isu berkenaan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang berlangsung setiap hari.
Beliau dalam kenyataan ringkas di media sosial memberi gambaran bahawa sekatan perjalananakibat Perintah Kawalan Pergerakan yang menjadi penghalang ahli keluarga berjumpa akan dlonggarkan tidak lama lagi.
“Oleh sebab itu saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
“InsyaAllah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Aku just nak tny ape beza pasangan yg PJJ dgn anak bujang?
Bukan kah pasangan PJJ pun akan melawat ibubapa dikampong jugak ke?
Dan mane korg tahu diorg xmelawat famili yg lain?
Padahal yg bujang pun kalo blik kampong kebanyakkan nya terperuk dlm rumah. Xpun gi dusun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak: Aku just nak tny ape beza pasangan yg PJJ dgn anak bujang?Bukan kah pasangan PJJ pun akan melawat ibubapa dikampong jugak ke? Dan mane korg tahu diorg ...
Pjj tu mcm online learning jarak jauh
|
|
|
|
|
|
|
|
Buka saja kebenaran rentas negrti kepadasemua orang. Jangan menidakkan hak hak orang lain juga |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm kita tengok jela apa keputusannya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-7-2021 05:29 PM
Pjj tu mcm online learning jarak jauh
Kira boleh settle.online tak? |
|
|
|
|
|
|
|
bergantung pada situasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni hanya untuk org kawen je. Org bujang sila berambus. Anda tidak penting. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko lift up jer wehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-7-2021 06:20 PM
bergantung pada situasi
Kira lebih baik dari orang lain tolong settlekan kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka kalau bab double meaning ni mmg perit nak fahamkan sebab dulu sekolah kaka kbat dapat jusa c minus
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak play angel kewww pak mail kita ni...nak score political mileage?
Hark ptuiiiiii....rakyat dah nak mampos baru nak better late than never?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dkt DIY makin byk barang skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Konon… padahal kau lah punca covid mencanak ! Lupa ke ms kes Sabah kau kata tak perlu kuarantin sbb Sabah bukan oversea, sekali ………. Puihh |
|
|
|
|
|
|
|
Honestly Aku lebih kasihan pd ibubapa yg masuk pusat kuarantin, hospital dimana anak2 kecil mereka pulak menjalani kuarantin kendiri di rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 22-7-2021 06:21 PM
Malaysia ni hanya untuk org kawen je. Org bujang sila berambus. Anda tidak penting.
Ya itulah hakikatnya. Bantuan utk org bujang bulan lepas dpt rm100. Padahal org single ni pun byk risiko kewangan. Klu syarikat kecilkan saiz operasi zaman covid ni, diorg kena dulu berasakan prinsip LIFO ( last in first out). Dahlia sekarang bukan senang nak dpt kerja sbb hampir semua sektor terjejas. Biasanya diorg diexpected tolong family sbb blum ada tanggungan. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-7-2021 06:57 PM
kaka kalau bab double meaning ni mmg perit nak fahamkan sebab dulu sekolah kaka kbat dapat jusa c ...
Alahai
Lebih baik dari gagal kaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat rentas daerah, pjj kerja gomen tak ada masalah pun. Ubah aja alasan pjj tu ke balik brtugas dari urusan rasmi |
|
|
|
|
|
|
|
Abis orang bujang dgn ibu bapa tu bukan berpisah dengan anak jugak ke?
Selalu orang bujang di anak tirikan.
Dah la x abis2 pasal yang dah dua dos, mcm yang x dpt lagi ni mmg berniat dapat suntkan lambat |
|
|
|
|
|
|
| |
|