View: 4652|Reply: 23
|
'Kami hanya nak kerja, bukan nak minta bantuan. Sampai bila nak duduk rumah?' -
[Copy link]
|
|
Hampir memasuki 2 bulan kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kes dilihat tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara dari segi penurunan kes harian. Ramai dah mula bersuara dan merasa perlu ada kajian semula mengenai SOP untuk memberi peluang kepada rakyat kembali bekerja dan sektor ekonomi dibuka semula.
Pelakon, penerbit dan pengarah, Jehan Miskin, 41, berharap agar kerajaan dapat membenarkan mereka bekerja dan bukan mengharapkan bantuan.
"Kami hanya nak kerja, bukan nak minta bantuan. Saya faham kes dan kematian akibat Covid-19 agak tinggi di negara kita. Tapi takkanlah kami nak duduk rumah menunggu sampai bila? Apa kesudahannya?" katanya.
Memetik Harian Metro, Jehan yang juga Setiausaha Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) meminta Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengkaji semula keputusan larangan industri filem iklan beroperasi dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sehingga sekarang, pelannya lebih kurang sama iaitu 'lockdown' dan duduk rumah.
"ertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun mengatakan itu bukan cara penyelesaian yang baik untuk jangka masa panjang kerana ia meningkatkan tahap kemiskinan negara.
"Sedangkan kami penerbit iklan sentiasa ada kerja untuk pelanggan yang berbeza. Syarikat saya sendiri mengalami kerugian apabila beberapa projek ditunda atau dibatalkan serta merta sejak PKP pertama," katanya.
Menurutnya, dilihat SOP sekarang seperti pilih kasih terhadap industri tertentu walaupun banyak kluster.
"Amat ketara ia berat sebelah serta pilih kasih kepada industri tertentu, walaupun industri itu banyak kluster. Ini membuatkan rakyat hilang semangat.
"Rakyat duduk rumah untuk apa? Dia berkorban untuk apa, bila kes makin meningkat naik oleh industri lain?" katanya.
Jehan turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula keadah dan pelan dalam menangani Covid-19.
Cuba kerajaan lihat keberkesanan negara jiran seperti Korea Selatan yang berjaya melandaikan pandemik Covid-19 menggunakan keadah Track and Trace dan juga Singapura yang sudah membentangkan pelan 'To Live with Covid-19'," katanya.
Terdahulu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Manjalara itu menimang cahaya mata sulung, Axel Nova Rhee pada Febuari lalu setelah penantian selama 7 tahun sejak mendirikan rumah tangga dengan Julie Camelia Rhee pada Mei 2013. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
lama menyepi rupanya dah jadi pengarah.patutla..ingat dah bersara dari dunia seni
wife dia korean kan..saing2 maryam la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu..org nk keje bukan nk harapkn bantuan..opss lagipun gomen hanya fokus bantuan utk b40...jdnya m40 n t20 yg terkesan kna duduk gigit jari ke haper...
#kosukakanmissbudupkpsetahunpun |
|
|
|
|
|
|
|
bezanya dia & wife dia tak lapar atau kemaruk perhatian nitizen...
oppssss....
|
|
|
|
|
|
|
|
sokong, ramai kena bersuara. apa guna jaga sop..ambil vaksin tapi kena berkurung juga. atleast bagi lah yang dah vaksin kerja walaupun tak dapat rentas negeri macam konon2 cakap dulu tu
nak tunggu sampai bila dah 2 bulan rupanya tapi kes tak turun2 |
|
|
|
|
|
|
|
betul sangat..
especially bab industri pilih kasih tu...
lemau pada yang patuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
betullah tu..ramai dah terkesan sangat..mental emosi pun merana sama |
|
|
|
|
|
|
|
memang pun..cam da si katek SSKJP sorang je penah berwifekan cikki korea..TOLONGGGLAHHH
|
|
|
|
|
|
|
|
sop laa kau sampai kiamat. benda tak turun2 jugak. at this point, bukak jela sektor, bagi orang keje. sape kiok, kita tanam jela. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sorang tu siap jadi Duta pun kannn...
lagi cool aja.... orang kelantan la jugak tp jauh bertiang la dari katek nih..
hahahahaha....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes yg tinggi sekarang kat ibu negara, harus la rasa terkesan. Bnyak aktiviti eknomi dalam pelbagai bidang kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya semua org pun nak keje jgk. Industri hotel, industri rumah urut, industri perjudian. Semua org mau cr makan ma.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minta bantuan, cuma nak kerja. Paham.
Kalau terjangkit, minta bantuan tak agak2??
Ker sedut oksigen dr pokok jer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan covid ni T20 boleh jadi M40 dan terus bertukar B40. Kisah benar ye.
Kerajaan yg selfish jaga periuk nasi owner2 kilang je. Sampaikan utk tutup 2 weeks pun tak boleh. Mco berpanjangan berbulan menyebabkan bisnes2 lain yg lingkup. |
|
|
|
|
|
|
|
negeri lain dh mula ke fasa ke 2.....Lembah Klang gak..'msh duk dlm gua'.... |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 9-7-2021 09:13 AM
bezanya dia & wife dia tak lapar atau kemaruk perhatian nitizen...
oppssss....
Dorang ni educated.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni laa yg kerajaan jd serba salah..
bile buat total lockdown..setengah org komplen...ckp sekat cari rezeki..
di bagi sector terpilih beroperasi..
di katenye PKP separuh masak..
nk senang kn hati 32 jutaa umat kt Malaysia ni..
bkn senang.. sokong je laa ape yg termampu usaha kerajaan ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerjaan Iblis untuk Iblis juaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka mamat ni iras jue aziz |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia 7 tahun tunggu.. Harap jadi inspirasi buat ibu2 yg belum ada rezeki.. Janji sabar dan usaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|