CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22772|Reply: 330

Pelajar Dihalang Ambil Peperiksaan Sebab Belum Vaksin

[Copy link]
Post time 14-6-2021 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana beliau belum menerima suntikan vaksin Covid-19.


Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 tahun berkata, beliau terlebih dahulu telah memaklumkan pihak universiti berkenaan mengenai pendiriannya yang tidak mahu mendapatkan vaksin.


Namun, pelajar itu berkata, pihak universiti tetap mendesaknya untuk mendapatkan vaksin.




Pelajar sebuah IPTA Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 tahun buat laporan polis, dakwa dihalang duduki peperiksaan kerana belum menerima vaksin Covid-19.





“Namun akibat didesak pihak universiti, akhirnya saya setuju mendapatkan vaksin jenama pilihan saya dan memaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu,” katanya.


Namun Nik Farah mendakwa dia tidak menerima tarikh temu janji untuk menerima vaksin sehingga tarikh peperiksaan iaitu pada 8 Jun yang lalu.


“Sehingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lepas, saya tidak mendapat tarikh temujanji untuk vaksinasi dan ketika saya hadir untuk menduduki peperiksaan penting tersebut, pihak universiti telah melarang dan meminta saya meninggalkan dewan,” tambahnya.


Walaupun telah memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut secara berasingan namun kata Farah, permohonanya ditolak.


Sehubungan itu beliau hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.


Turut bersama dengannya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.


Mengulas lanjut, Nadzim menggesa supaya polis menyiasat insiden ini secara menyeluruh dengan segera.


“Pelajar ini merupakan pelajar perubatan, dia faham kepentingan serta kebaikan dan keburukan vaksin, jadi ketika beliau menolak pengambilan vaksin, beliau faham risikonya,” menurutnya.


Nadzim berkata, pihak universiti tidak sepatutnya memaksa pelajar, sebaliknya mendidik mereka dan menjelaskan dengan baik.


“Mengapa sehingga menyusahkan pelajar, mereka ini masa depan negara, beliau boleh menyumbang kepada negara di masa depan,” katanya.




Sumber: MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 02:25 PM | Show all posts
saman la....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Uni mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 14-6-2021 03:22 PM

Bunyi macam UM je?

Anyway, selain daripada hak asasi diri untuk nak terima suntikan vaksinasi ke tak, kalau ye pun dia dari awal lagi rela terima suntikan vaksin, kan ke itu still bergantung kepada giliran? Kalau dah memang belum dipanggil macam mana nak buat?

Ke, universiti ni nak paksa ambil AZ? Tu pun bukan semia berjaya dapar spot kan? Saman je lah .. suka2 pulak paksa orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 14-6-2021 03:21 PM

Anyway nak dengar penjelasan pihak universiti pula. Baru one side je ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:59 PM | Show all posts
dia sorg je ke yg x vaksin n x dpt amek exam ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka terloncat-loncat kegirangan macam keralah antuvax dengan berita ini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:15 PM | Show all posts
Kes kat UM katanya ramai ngo dah tampil untuk bantu dan buat laporan polis kabarnya.  Tak hairan kalau U lain pun ada kes yang lebih kurang macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 14-6-2021 02:56 PM
Bunyi macam UM je?

Anyway, selain daripada hak asasi diri untuk nak terima suntikan vaksinasi ke ...

kan...dah daftar...tp nunggu giliran 'tak kunjung tiba'....canna la pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren:    Edited by mclaren at 14-6-2021 03:22 PM  Bunyi macam UM je? Anyway, selain daripada hak asasi diri untuk nak terima suntikan vaksinasi ke tak, kalau ...

Pelajar perubatan UM (Tahun 3 45) semua dpt temujanji Vaccine Pfizer dari bulan 4. Sepertimana seorang rakyat ada hak utk tolak vaksin pihak hospital ada hak utk tolak pelajar masuk wad yg penuh dgn pesakit yg kemungkinan imunisasi mereka x seoptimum org lain tertutama kanak2 dan syarat utk masuki peperiksaan bertulis ialah cukup kehadiran clinical posting dan boleh go through peperiksaan clinical.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
18Damon replied at 14-6-2021 06:53 PM
Pelajar perubatan UM (Tahun 3 45) semua dpt temujanji Vaccine Pfizer dari bulan 4. Sepertimana seo ...

jadi dia yg reject utk terima melainkan dia ada sbb munasabah dari faktor kesihatan utk x dpt terima vaksin yg plg kirg risiko and plg selamat, saya x faham kenapa buat demikian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
18Damon replied at 14-6-2021 06:53 PM
Pelajar perubatan UM (Tahun 3 45) semua dpt temujanji Vaccine Pfizer dari bulan 4. Sepertimana seo ...

Oh ada penjelasan.. thanks. Perkara ni umum tak tahu kalau tak ada yang kongsi macam ni.

Hmm payah jugak ye. Macam terjerat pun ye. Sama macam yang nak holiday overseas tapi antivax dan nak masuk certain countries pulak ada yang letak syarat kena dah vaccinated.

Entahlah tunggu berita seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 14-6-2021 07:13 PM


https://fb.watch/66ELVkgsc4/
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom ramai ramai kita cari blastofff...kita keroyok dia ramai ramai....

Kahkahkahkahkahkahkahkahkhakahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
18Damon: Pelajar perubatan UM (Tahun 3 45) semua dpt temujanji Vaccine Pfizer dari bulan 4. Sepertimana seorang rakyat ada hak utk tolak vaksin pihak hospital  ...


Saya sokong. Saya memang suka kalau yg tak bervaksin xkiralah vaksin apa yg lazim rakyat msia ambil, dan jenis togok jus merepek ditattoo kat dahi dan semua kemudahan kerajaan jangan bagi mereka. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 14-6-2021 06:00 PM
Oh ada penjelasan.. thanks. Perkara ni umum tak tahu kalau tak ada yang kongsi macam ni.

Hmm pa ...

Nak pi haji umrah pun kena vaksin memacam bukan beksin kobid je. Dahtu kena jenama tertentu je. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 14-6-2021 07:31 PM
Saya sokong. Saya memang suka kalau yg tak bervaksin xkiralah vaksin apa yg lazim rakyat msia am ...


Sebab ko dah nak mampos ko nak orang mampos macam ko?  CU in 2 years..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 14-6-2021 06:34 PM
Sebab ko dah nak mampos ko nak orang mampos macam ko?  CU in 2 years..

Hehe whateverrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 14-6-2021 07:33 PM
Nak pi haji umrah pun kena vaksin memacam bukan beksin kobid je. Dahtu kena jenama tertentu je. He ...

Some of those yang bising taknak covid vaccine ni ada yang open to all other known vaccines before covid.
Some are just antivax so yang ni kena duduk diam2 tak pergi buat ibadah umrah dan haji ke (honest question, tak pernah terfikir until now)?

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 14-6-2021 03:02 PM
Maka terloncat-loncat kegirangan macam keralah antuvax dengan berita ini...

Aku rasa ko yg over. Hak masing2 nk vaksin ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077267 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list