View: 5538|Reply: 20
|
Cuba Semua Sambal Malaysia, Tapi Sambal Makcik Tepi Jalan Juga Paling Sedap!
[Copy link]
|
|
YouTuber Chu Bro yang berasal dari Korea Selatan dan kini menetap di Malaysia pasti bukanlah satu nama asing bagi peminat mukbang.
"I am a Sambal man" - Terbaru, Chu berkongsi satu video khas mengenai sambal-sambal yang popular di Malaysia berdasarkan cadangan penonton untuk beliau cuba.
Kredit foto: Youtube Chu Bro
Chu menjelaskan bahawa sebelum ini beliau hanya tahu kewujudan sambal belacan dan sambal tumis sahaja.
Tetapi, untuk reviu kali ini, pelbagai jenis sambal dari pelbagai jenama Chu cuba termasuk sambal belacan, sambal hijau, sambal hitam Pahang, sambal kicap, sambal udang, sambal tumis ikan bilis, sambal tempoyak campur petai dan sambal penyet.
"Kacang ini ranggup dan sedap," antara ulasan Chu apabila mencuba petai yang dianggap kacang baginya.
Dalam pada itu, lucu pula apabila melihat Chu turut mencuba pes asam jawa Adabi dan pes sambal tumis Maggi yang mentah bersama nasi lemak. Rupa-rupanya, Chu menyangkakan bahan tersebut adalah sambal sedangkan ia merupakan bahan-bahan asas untuk menghasilkan sambal.
Sambal Nyet keluaran Khairulaming turut menjadi pilihan Chu. Dia mengulas bahawa Sambal Nyet merupakan sambal paling sedap antara semua sambal yang pernah dirasainya.
Walaupun kesemua sambal ini dikatakan sedap tetapi bagi Chu sambal hasil air tangan mak cik yang biasa berniaga nasi lemak di tepi jalan tetap dianggap sambal nombor satu paling sedap di hatinya.
"Sejujurnya, sambal paling sedap ialah sambal hasil air tangan mak cik yang berniaga nasi lemak di gerai di tepi jalan," kata-kata Chu sebelum mengakhiri videonya.
Terima kasih Chu kerana menghargai sambal-sambal di Malaysia. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya tgk dia mkn walopon iols tak mkn pedas |
|
|
|
|
|
|
|
haha win sambal makcik tepi jalan paling sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Sambal2 yang dah dibotolkan tu mana sedapnya berbanding sambal yang baru buat. Sebab tu sambal makcik tepi jalan dia kata sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
whoaaaa...lapar tengok dia makan sambal... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukti kalau org korea ka, org jepun ka...kalau duduk malaysia memang diet ranap n mmg boleh obes juga
Btw kelakar laa tgk dia pi makan pes asam jawa...ni mesti main beli je asal rupa mcm bekas sambal adabi ennnnn |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaha terkekeh2 iols tgk dia mkn asam jawa xtra tu hahha apa la.. sape la dajjeikan dia
kelakar gak mamat ni mkn2 gelak mkn2 gelak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul, sambal makcik tepi jalan paling sedap..
mungkin sebab dimasak fresh setiap hari... |
|
|
|
|
|
|
|
Asam jawa xtra pn samball.. adoii.. sapa la recomen kt dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sambal terasi uleg tu, yg dlm botol sedapp berbanding dlm peket.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia belum try sambal penyet & kedondong yg aku dok beli ni. Confirm tak cari lain dah.
Terangkat habis, dengan pedas soksek je hidung sambil makan. Sambal KA tu bawang & lada semata, lada pun asa pijar lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kot makcik tu guna cili boh pastu manis gula semata
xsedap gak bai |
|
|
|
|
|
|
|
habislahhhh musnah diet ko dok malaysia oppa oii |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai pulok korea jadi bideofemes kat malaysia ni siap menetap. orangputih pun sama, mujur rohinga tak join. |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 10-6-2021 11:23 AM
Dia belum try sambal penyet & kedondong yg aku dok beli ni. Confirm tak cari lain dah.
Terangkat h ...
Meh a share beli kat mana?
Khairul aming tu aku x rasa nak try sambal dia
Awal2 review ada yg kata manis
X tau la manis bawang atau manis gula
Sbb x pernah rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 10-6-2021 12:38 AM
Ni bukti kalau org korea ka, org jepun ka...kalau duduk malaysia memang diet ranap n mmg boleh obes ...
Ye betulll… kau tgk rhys tu. Mase mula dtg msia kemain halus. Skang dh semangat . Penggemar nasi lemak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 12-6-2021 09:44 AM
Ramai pulok korea jadi bideofemes kat malaysia ni siap menetap. orangputih pun sama, mujur rohinga t ...
Kalau rohingya takut tkde org nk tgk |
|
|
|
|
|
|
|
minahmanja replied at 15-6-2021 07:15 PM
Ye betulll… kau tgk rhys tu. Mase mula dtg msia kemain halus. Skang dh semangat . Penggemar nasi ...
Huhuhu terus SG google gambo nya ...mmg nampak gemsssss ya
Btw makanan malaysia ni mmg sedap n ada pelbagai rasa...sbb kita mixed mcm2 culture (based on sejarah lah)
My Japanese friend kalau dtg malaysia..dr epot terus cari roti canai kat kedai mamak putrajaya tepi tasik tu..,dah macam standed port dia pulak bila sampai malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
minahmanja replied at 15-6-2021 11:15 AM
Kalau rohingya takut tkde org nk tgk
Haha manatau ala2 arjun rampal punya tapak tangan ke, ramai pemenat nanti |
|
|
|
|
|
|
|
tinggi betul cita2 kau.. hahhaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|