Tentera Rejim Zionis menyatakan bahawa siren amaran kini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan penduduk beberapa kawasan di selatan Israel, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202105/19/065814fg113cp2hghvt1o4.png) Roket dilancarkan Hamas ke arah Israel
Kredit foto: AFP
Situasi tersebut jauh berbeza berbanding keadaan aman dan tenteram sebelum konflik tercetus.
Siren amaran dibunyikan di bandar-bandar utama termasuk Kfar Aza, Nahal Oz, dan Zimrat berhampiran utara Semenanjung Gaza utara.
Setiap kali siren amaran serangan berbunyi penduduk Yahudi di kawasan tersebut bertempiaran lari untuk pusat-pusat perlindungan bawah tanah.
Siren dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk mengenai serangan roket yang bakal dilancarkan ke arah Israel dari Gaza.
Sumber: Kosmo |