Seorang rakyat Indonesia yang berada di Gaza, Muhammad Husein memberitahu keadaan terkini di wilayah Palestin itu sangat sukar ekoran serangan Israel.
Husein menceritakan, serangan Israel pada hari minggu malam (16 Mei) merupakan yang paling dahsyat dalam tempoh seminggu terakhir ini.
Menurutnya, ratusan roket dari dua unit pesawat tempur Israel membedil wilayah di Gaza.
Kredit foto: Twitter Al Jazeera
“Tadi malam adalah malam paling dahsyat selama satu minggu terakhir.
“Ratusan roket dari pesawat tembur F-16 dan Su-35 dan kerta kebal yang ditempatkan di sempadan benar-benar membedil wilayah Gaza,” kata Husein berdasarkan video Youtube tvOne.
Menurut Husein, akibat serangan tersebut, sekitar tujuh rumah warga Palestin hancur bersama para penghuni yang berada di dalam rumah tersebut.
“Ada sekitar tujuh buah rumah rakyat Palestin yang tadi malam di hancurleburkan ketika penghuninya masih di dalam.
“Jadi sampai detik ini kita bicara, masih dilakukan proses pemindahan para korban yang masih terperangkap di dalam runtuhan,” katanya.
Beliau yang merupakan aktivis kemanusiaan di Palestin berkata, Israel juga mensasarkan serangan kepada jaringan infrastruktur di Semenanjung Gaza.
Menurutnya, s ituasaran itu sengaja dilakukan untuk mempersulitkan proses membantu mangsa termasuk untuk membawa mereka ke hospital.
Sumber: Utusan |