Adik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali memaklumkan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kes abangnya yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kredit foto: FB
Dalam hantarannya sebelum itu, Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin merentas daerah untuk berkumpul menyambut Aidilfitri.
Kredit foto: FB
Sementara itu, Azmin di Twitter memaklumkan bahawa dia memaafkan adiknya kerana membuat tuduhan berkenaan.
Kredit foto: Twitter
Ummi Hafilda bagaimanapun membuat beberapa hantaran di Facebook menyindir Azmin yang disifatkannya menipu rakyat.
"Apa perasaan anda sebagai rakyat bila SOP tak selari antara kayangan dan marhaen?" soalnya. - CARI |