View: 3637|Reply: 26
|
Polis akan buat rondaan pada Aidilfitri, akan 'singgah' rumah banyak kereta maca
[Copy link]
|
|
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.
Menurut beliau, tindakan itu juga sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik serta mengurangkan risiko jangkitan wabak pada musim perayaan.
Katanya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan.
“Kadang-kadang bukannya disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) oleh kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka, jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan).
“Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepas pemeriksaan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Abd Rahim sebelum itu melancarkan buku 69 Komando Lahad Datu Mac 2013 sempena lawatan kerja beliau di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, dekat sini.
Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.
Berikutan itu, Abd Rahim berkata, PDRM akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
“Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya,” jelas beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, Abd Rahim meminta agar rakyat tidak keliru dengan arahan berkenaan pergerakan rentas negeri yang dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, baru-baru ini.
Katanya, walaupun pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja,namun ia terkecuali sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun urusan kerja yang mendesak.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jemput pakcik pulis mkn rendang ketupat yoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm hv nothing better to do |
|
|
|
|
|
|
|
Kadar jenayah 0% dah kat Malaysia ni sebab tu pulis gigih cari kerja check jenayah covid di kalangan rakyat(marhaen)... |
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 22-4-2021 03:47 PM
Mcm hv nothing better to do
Seperti??? |
|
|
|
|
|
|
|
majlis buka puasa beramai ramai, pergi ke bazae ramadan ramai sesak sesak,
ramai2 di hari raya tidak boleh...
ini cuma untuk rakyat marhaen seperti adik2 semua ya |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup semua parking kat rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Si lopak kumpul beramai2 bontot bertemu bontot siap bukti merata2 tak nak pulak bagi denda?? |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran kena kepoci la....report kat polis kalau langgar SOP... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah marhaen je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
emera: Si lopak kumpul beramai2 bontot bertemu bontot siap bukti merata2 tak nak pulak bagi denda??
Tula yg terang lg bersuluh gigih la buka kertas siasatan bgai... lepas tu gigih pula kau nak ke hulu hilir. Tangkap peragut la oiiiii buang duit tul |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak pulis pun tongong dah tadak kerja sangat.. hang tak kesian kat budak2 bawah kaa ? nak kawal betoi2, haramkan semua mejlis social sampai kes 0 laa bodoh... tapi hangpa taknak haramkan sebab ada ummah VIP kaa VVIP kaa artis ka apa kaa nak buat kenduri kendara kawen...
Jangan ingat orang ramai ini bodoh macam hangpa... akai ada pakai laa, sampai bila nak hidop lagu ni jika punca utama tidak ditangani... |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik...jangan bagi sangat muka Kat diorg ni...tarik nikmat raya diorg...biar diorg nikmati Hudud mudud |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 22-4-2021 04:16 PM
Si lopak kumpul beramai2 bontot bertemu bontot siap bukti merata2 tak nak pulak bagi denda??
Lopak okay... kayangan gated komuniti |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dekat polis....macam dah X Ada kerja lain pulak nak dibuat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa singgah kat majlis bbuka pose
Dgr2 ramai vvip menteri yb buat majlis
Pegi jenguk2 bazar gak...soping mall...kilang2
Ni x, netizen jugak x abis2 digertak....
Xde keje carik keje |
|
|
|
|
|
|
|
alaa mesti buat rondaan kat taman marhaen kan?
ronda la kat taman kayangan tgk ada tulur ka tada tulur |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadang penguatkuasa ikut cara lhdn tu
wujudkan unit khas yg jaga selebriti /artis media sosial
kerja hadap media sosial jer korang
tgk org upload yg langgar sop, terus ambush
pasti dpt capai kpi
rakyat malaysia ni sabar lagi klu tak balik utk raya
ni dah tahun ke 2 tak balik tp kes tak turun2, pe cer???
penat dah weii penatttt |
|
|
|
|
|
|
| |
|