CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2007|Reply: 1

Meskipun Pahit, 4 Manfaat Peria Jangan Dilepaskan

[Copy link]
Post time 25-3-2021 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun Pahit, 4 Manfaat Peria Jangan Dilepaskan

Peria merupakan salah satu tumbuhan yang mudah ditemukan di negara kita. Umumnya ramai menganggap peria sebagai sayur, sebenarnya peria termasuk ke dalam golongan buah-buahan kerana memiliki biji di dalamnya. Kebiasaannya buah peria ini sering ditumis untuk dijadikan sayuran atau digoreng sebagai lauk.

Peria juga memiliki reputasi agak negatif bagi sebahagian orang kerana rasanya yang pahit. Sebaliknya peria telah digunakan dalam pengubatan tradisional sejak sekian lama kerana ia banyak manfaatnya.


Buah peria mengandungi berbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh, kaya dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, dan vitamin K. Selain itu, di dalamnya juga terkandung mineral penting seperti magnesium, kalsium, potassium, dan zink.



Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi membantu merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk membantu mengubati malaria serta demam.



Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai membantu merawat diabetes.



Berikut ini 4 Khasiat buah peria disalin dari berbagai sumber.


1. Menjaga Pencernaan

Peria dapat membantu menjaga kesihatan pencernaan anda. Walaupun rendah kalori, peria kaya dengan kandungan serat, vitamin, dan mineral.



Serat makanan membantu pencernaan yang baik dengan gerakan peristaltik yang mendorong makanan sepanjang saluran pencernaan. Peria juga bermanfaat untuk menghilangkan gangguan pencernaan dan mencegah sembelit.




2. Meningkatkan Imuniti

Peria kaya akan kandungan vitamin C yang mampu membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Peria juga dapat mengaktifkan sel pembunuh alami dalam tubuh yang dapat melawan berbagai penyakit.

Kandungan vitamin C dalam peria juga mampu melawan radikal bebas untuk mengurangi risiko kanser kulit dan kerosakan sel.


3. Mencegah Gangguan Penglihatan

Ramai orang yang terkena gangguan penglihatan termasuk degenerasi makula atas faktor usia dan katarak. Peria mengandungi zat beta-karoten dan vitamin A yang sihat untuk mata dan dapat memperkuat penglihatan. Selain itu, vitamin A juga diperlukan untuk menjaga selaput lendir dan jaringan lembut lainnya agar tetap sihat.




4. Membantu Kulit Tetap Sihat dan Cantik

Vitamin yang terkandung di dalam buah peria membantu pemulihan kulit daripada berbagai penyakit seperti eksim dan psoriasis. Selain itu, ia juga mampu memurnikan darah dan menjadikan kulit bebas toksin. Inilah yang membantu agar kulit anda tetap sihat dan licin.


[rujukan dari berbagai sumber/ liputan6.com]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 06:32 PM | Show all posts
Dah blender peria & epal hijau...SIL ajo ni...kerepek peria pun staple diet...kat kafe kale ada peria goreng...borong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052199 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list