CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7841|Reply: 63

Lagi Seminggu Nak Nikah wanita ini baru tahu dirinya anak luar nikah, Rahsia Ibu

[Copy link]
Post time 11-3-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Menerusi akaun Facebook milik seorang aktivis terkenal, Syed Azmi ada berkongsi luahan sedih seorang wanita apabila mengetahui dirinya merupakan anak tidak sah taraf.

Apa yang membuatkannya terkilan adalah status kelahiran tersebut hanya terbongkar beberapa hari sebelum majlis pernikahannya berlangsung.

Rahsia puluhan tahun terbongkar akhirnya

Seorang wanita yang dikenali nama Bunga mengakui sangat terkejut selepas mengetahui bahawa dirinya berstatus anak tidak sah taraf.

Menurut wanita yang berusia 24 tahun ini, perkara tersebut akhirnya terbongkar selepas dia pergi ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk menguruskan hal pernikahannya memandangkan majlis akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 14 Mac 2021.

Dia pada awalnya menyangka, segala urusan dapat diselesaikan dalam masa terdekat tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia telah menerima berita mengejutkan.

“Assalamualaikum tuan Syed. Saya Bunga (bukan nama sebenar) dan berumur 24 tahun.  Saya perlukan sokongan, pandangan dan perkara apa yang perlu saya buat untuk terus kuat dalam meniti hari seterusnya.”

“Buat pengetahuan tuan, kelmarin adalah hari yang paling teruk untuk diri ini. Hari yang sepatutnya selesai urusan, rupanya tidak. Lagi 5 hari saya akan bernikah dengan pasangan pilihan hati. (Tarikh akad nikah 14 Mac, Ahad)“.

Kedua ibu bapa datang bersama untuk hantar borang nikah saya

Kelmarin, 8 Mac, Isnin, saya dan kedua ibu bapa datang bersama sama ke JHEAINS di daerah di mana kami tinggal, untuk menghantar borang permohonan nikah saya.

Pagi sebelum bertolak hati saya sangat senang dan bahagia, kerana sudah set di minda, lepas sahaja urusan borang permohonan nikah selesai, saya boleh meneruskan beberapa lagi urusan lain mengenai majlis akad nanti.

Kena guna wali hakim ni

“Balik kepada situasi menghantar borang di pej., nama saya pun telah dipanggil. Ibu bapa saya juga turut berada disamping saya.

Reaksi staff yg berada di kaunter agak resah dan rasa bersalah. Dia seolah tidak tahu mana nak mulakan dahulu. Saya turut bingung dan bertanya, “Kenapa kak, ada masalah?”.

“Staff itu menjawab, “Kena guna wali hakim ni”. Kemudian dia menunjukkan tarikh nikah kedua org tua saya yg tertera pada sijil nikah serta menunjukkan no. kad pengenalan saya.”

Nikah memang sudah ada isi ke

“Staff itu juga mengajukan soalan pelik kepada ibu saya, “Maaf puan. Tapi mahu tanya, masa puan nikah dulu, memang sudah ada isi ka atau macam mana?” dan ibu saya hanya mengangguk, mengiyakan soalan yang diaju.”

“Saya tidak percaya, sama sekali tidak. Kening saya terus berkerut dengan cepat otak saya mengira bulan nikah orang tua saya iaitu pada bulan November dan saya pula telah dilahirkan pada bulan Mei.”

Hati saya sakit dan hancur

“Hati saya tertusuk sakit tuan. Hati saya sakit, hati saya hancur. Saya baru tahu yang saya adalah anak luar nikah. Anak yang tak sah taraf.”

“Pada masa yang sama bapa saya masih bingung dan sempat bertanya, “Kenapa si Bulan (bns) okay saja urusan haritu?” dan saya menjawab dengan nada tidak puas hati, “Sebab dia bukan anak pertama!”

Bulan merupakan adik kedua saya & mendapat rezeki awal untuk berumahtangga pada tahun 2019 (Langkah bendul dengan saya kakaknya).”

“Kami diminta untuk menunggu di lagi bagi soal siasat dan sesi kaunseling. Dalam waktu menunggu saya duduk berjauhan daripada orang tua saya.”

Mereka tidak kisah akan perasaan saya

Kedua orang tua saya tidak memujuk saya, tidak berkata maaf, tidak berkata jujur apa berkaitan masa lalu mereka dengan saya.”

“Malah ibu saya sempat bergelak ketawa tak ambil serius dengan diri saya. Ayah saya pula terus sibuk dengan melayan telefon. Mereka tidak kisah akan perasaan saya.”

“Pada mulanya saya memang tahu tarikh nikah orang tua saya pada bulan November. Cuma saya langsung tak terlintas difikiran yang saya anak luar nikah.”

Saya terfikir mungkin saya dilahirkan tak cukup bulan

“Sebab saya terfikir mungkin juga saya dilahirkan tak cukup bulan. Dan saya hanya membiarkan perkara ini sehinggalah pada hari kelmarin baru terbongkar semuanya.”

Staff tersebut juga memberitahu bahawa perkara ini harus dibawa ke mahkamah rendah syariah untuk mendapatkan wali hakim.”

“Saya sangat emosi. Saya menangis. Saya menangis tersedu dan tak kisah dilihat oleh orang lain yang berada di situ.”

Saya rasa tak layak hidup dan bergaul dengan orang sekeliling

“Saya malu tuan, naik turun pejabat agama. Malu untuk semua perkara. Kalau boleh masa dalam perjalanan ke makahmah syariah petang itu saya nak buka pintu kereta dan terjun di jalan raya dan biar digilis dengan kenderaan lain.”

“Saya rasa saya tak layak hidup dan bercampur gaul dengan orang sekeliling. Saya rasa hina. Saya rasa sedih teramat. Saya rela mati dalam janin ibu saya daripada dilahirkan di muka bumi ini. Sungguh besar ujian ini.”

Patutlah keluarga ibu dan ayah saya kurang baik

“Saya juga baru sedar, patutlah kedua pihak keluarga ibu ayah saya kurang baik. Layanan yang diberikan kepada saya semasa kecil amat berbeza dari sepupu lain, terutamanya atok nenek.”

“Hal ini belum diketahui oleh keluarga bakal mentua saya, bakal suami pula sudah tahu dan masih menerima diri ini, alhamdulillah. (Salah satu sebab saya mahu meneruskan hidup).”

“Lama kelamaan mereka akan tahu apa status saya. Hal ini akan menjadi bualan orang ramai apabila akad nikah nanti. Disebabkan saya perlu berwalikan hakim bukan wali (bapa kandung).”

Status anak luar nikah akan melekat hingga saya hembus nafas terakhir

“Dan saya akan dicop anak luar nikah. Status anak luar nikah inilah yang melekat terus sehingga saya menghembuskan nafas terakhir.”

“Hari Khamis ini, 11 Mac, merupakan tarikh perbicaraan saya mengenai kes ini. Doakan saya agar kuat untuk menghadapi semua perkara, doakan saya juga agar perbicaraan berjalanan lancar dan dapat menyempurnakan majlis akad nikah pada hari Ahad minggu ini.”

“Dalam hal ini, saya bukan mencemuh kedua orang tua saya. Saya sayang mereka. Syukur saya masih dapat berfikiran waras untuk tidak berbuat perkara yang tidak diingini daripada berlaku.”

Saya bersyukur mereka jaga saya baik hingga sekarang

“Saya bersyukur mereka menjaga saya dengan baik sehinggalah sekarang. Mereka juga yang menjadi tulang belakang saya dalam menjayakan majlis akad tidak lama lagi.”

“Tapi sehingga ke saat ini, mereka berkata apa kepada saya. Apa perlu saya buat tuan? Saya buntu tuan.”

Susah untuk saya terima status saya

“Mereka adalah orang tua kandung saya tuan. Cuma mereka tersalah langkah. Dalam pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka menahan malu disebabkan hal ini.”

“Bila terfikir semula, saya nangis tuan. Tapi saya masih tak boleh nak terima tuan. Susah untuk saya nak terima dengan status saya tuan

Jelasnya lagi, kes ini juga telah dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah untuk mendapatkan wali hakim selain dia berharap agar segala urusan pernikahannya dipermudahkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bnd da lps nak buat mcm mn.
Bkn salah anak luar nikah tu pun, tp salah mak paknya lah.

Yg pelik blh plk bapak banding anak 1st dgn anak no 2. Mesti stok2 uneducated people ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkan la xtaw.. mesti sedara da citer masa kecik..
Or masa register sekolah etc kan kena sijil nikah n surat beranak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang menyakitkan hati bila tahu saat akhir cerita sebenar. Tapi bersyukur jugak sebab mak ayah ni pilih untuk lahirkan dan jaga anak dengan baik. Dosa lepas mak ayah tu diorang dah tebus dengan besarkan kau dik. Mak tu memang rasa bersalah tapi dia tak tau macam mana nak explain dalam keadaan adik tengah emosi. Bukannya dia tak ambik kisah perasaan kau dik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sheol sbb mak pak buat mcm xde apa. Setan punya bapak. Tp bagusnya bapak tetap terima mak dia cuma benci jawapan bapak dia “kenapa adk dia aritu ok je???”

Dri situ dah tau ilmu agama taraf mana je bapak dia ni. Kesian sheol. Sbb tu kalau ank luar nikah yg kena buang n mati i lg setuju sbb i kesian dgn apa yg baby tu bakal hadap. Ni klau keluarga mertua xterima, mmg kesian sgt la. Dah la nasab keturunan ni pnting jgk kalau ikutkan. So mmg ada yg xboleh trima menantu ank luar nikah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 11-3-2021 08:52 AM
Kesian sheol sbb mak pak buat mcm xde apa. Setan punya bapak. Tp bagusnya bapak tetap terima mak dia ...

Pernah dengar tak mak yg lahir anak luar nikah. Kemungkinan anak2 dia nnt pun lahirkan anak luar nikah jugak. Kat kg i, i dah saksikan 3 family rapat i jdi kes gitu..memula emaknya. Pastu berjangkit kat anak. Maknya pun tak leh nak tegur or bising2 sangat sebab semua org tahu sejarah dia dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 11-3-2021 09:20 AM
Pernah dengar tak mak yg lahir anak luar nikah. Kemungkinan anak2 dia nnt pun lahirkan anak luar n ...

iya.....

klu tak jd kat ank, akn jd kat cucu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 11:22 AM | Show all posts
tak habis2 lobai syed dog ni nk up citer2 yg mengaibkn

ko up2 citer camni apa manfaat yg pihak terbabit dpt?

bkn drama2 tv pun da bnyk up isu ni utk memupuk kesedaran

ke ni skrip drama ko up kt fb ko?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 12:00 PM | Show all posts
Benda dah berpuluh tahun jadi nak mengamuk pun tak ada faedahnya bukan boleh ubah apa2 pun lagi.  Syukurlah mak pak asal masih nak jaga sampai kini.  Ramai je yang nikah guna wali hakim nak2 yang duduk jauh dari family tak ada masaalah pun.  Elok dia jangan kecoh2kan hal ni nak2 dah nak menikah tak lama lagi.  Lagi kurang yang tahu mengenai hal tu lagi bagus untuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 11-3-2021 09:20 AM
Pernah dengar tak mak yg lahir anak luar nikah. Kemungkinan anak2 dia nnt pun lahirkan anak luar n ...

Pernah. Sbb tu kalau mertua dia xnk terima, i xberani nk ckp lebih2. Sbb kalau jd dkt i, i pon belum tentu nk terima. I know bkn slh sheol tp tu la, genetik, nasab ni kan penting. Mcm uols ckp. Tp dlm kes ni, ank dia elok je menikah dlu sblm preggy
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah sebegini pernah terjadi di kampung ayah saya. Lagi seminggu nak nikah, masa kemas rumah, pengantin perempuan terjumpa sijil nikah parents dia..

Tapi dari sudut positif - Allah nak selamatkan pernikahan pasangan sebab taknak ayah dia jadi wali. Alhamdulillah kakak tu dah selamat nikah wali hakim. Dah berderet pun anak....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pandang belakang,pandang la kedepan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 11-3-2021 09:20 AM
Pernah dengar tak mak yg lahir anak luar nikah. Kemungkinan anak2 dia nnt pun lahirkan anak luar n ...

Sebab biasa yang beranak luar nikah ni, institusi kekeluargaan mereka pun cacamerba. Anak-anak tak terjaga, maka anak pun akan buat yang bukan-bukan la
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on la dik, jangan fikir malu. Mulakan hidup sendiri  dengan aman. Jangan diulang benda lepas yang orang  tua buat. Nikah wali hakim tak kisah la, ramai pun nikah wali hakim. Jangan duk buka cerita, simpan je sendiri. Sekarang bakal suami dah tahu, share je dengan dia. Yang lain simpan sendiri kemas-kemas. No point  beritahu orang, benda dah lepas.

Aku cuma geram mak bapak dia buat tak tahu, pujuk la anak tu sikit, explain sikit jadi takdelah budak tu sedih sangat. Biarlah dik, kau pun dah dewasa nak kawin, live your own life.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 11-3-2021 09:20 AM
Pernah dengar tak mak yg lahir anak luar nikah. Kemungkinan anak2 dia nnt pun lahirkan anak luar n ...

Biasa kes bapak kawin 2, 3 pun .. anak akan ulang benda sama. Kes kawin lari dekat siam pun selalu kita dengar anak akan ikut buat. Semuanya sebab upbringing. Makbapak tak mainkan peranan, hidup kucar kacir. Gitulah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba kalo lepas tahu dia anak tak sah taraf adik ni terus jerit, '' tak guna punya mak bapak, kaki zina rupanya...!!"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 11-3-2021 09:53 PM

Mak bapak tak guna. Sampai anak besar pun menyusahkan anak. Tak reti minta maaf kat anak. Anak pulak yg tanggung malu sebab dosa mak bapak. Baca cite tu mak bapak tu macam tak kisah pun dosa zaman silam.

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu iolss ada ckp kat thread yg bunuh isteri tu.. Sbb dlm thread tu cerita pasal suami isteri curang sampai dpt anak bukan dari pasangan sebenar. Ini lah jd nya. Yg kesian anak perempuan lah.. Anak lelaki no hal sbb kawin tak perlu pakai wali. Eii geram nya dgn mak ayah budak ni.. Siap boleh gelak2 lg. Ingat benda ni lawak ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 11-3-2021 12:00 PM
Benda dah berpuluh tahun jadi nak mengamuk pun tak ada faedahnya bukan boleh ubah apa2 pun lagi.  Sy ...

Dia bukan mengamuk. Dia sedeh tgk parents dia mcm acuh tak acuh . Tak ada  penyesalan
Anggap mende tu biasa je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
besi_kelabu replied at 11-3-2021 05:53 PM
cuba kalo lepas tahu dia anak tak sah taraf adik ni terus jerit, '' tak guna punya mak bapak, kaki z ...

Lps tu terus keluat "ko anak derhaka, kecik2 aku tikam je"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.105433 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list