Kredit foto: Sausage Roll
Pelakon popular Hollywood, Amber Heard didakwa digugurkan dari penggambaran sekuel filem DC, Aquaman 2 kerana gagal melepasi ujian kecergasan ditetapkan pihak produksi.
Justeru, Amber, 34, yang membawa watak Puteri Mera dalam Aquaman pada 2018 dikatakan bakal diganti pelakon Games Of Throne, Emilia Clarke.
Kredit foto: Sausage Roll
Sumber memberitahu portal hiburan Australia, Sausage Roll bahawa keadaan fizikal Amber yang berada di tahap kurang memuaskan dan berat badan bertambah menjadi punca utama dia disingkirkan.
“Dia telah melanggar satu klausa kontrak bagi watak Mera yang menuntut pelakon berada dalam keadaan cergas dan berstamina kerana perlu melakukan banyak aksi lagak ngeri,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, CBR melaporkan penulis bagi The Hollywood Reporter, Ryan Parker memaklumkan pengikutnya di Twitter bahawa khabar itu tidak benar.
Kredit foto: Twitter
Pada November tahun lalu, peminat bekas suami Amber iaitu Johny Depp membuat petisyen agar aktres ini digugurkan daripada karakternya dalam Aquaman 2, namun menurut akters berkenaan pada ketika itu, ia tidak mengubah apa-apa dan dia teruja untuk memulakan penggambaran yang sepatutnya bermula pertengahan tahun ini.
Petisyen menyingkirkan Amber daripada Aquaman 2 dilaporkan sudah berjaya mengumpul tandatangan sebanyak 2 juta orang.
Sumber: Kosmo! |