CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5459|Reply: 42

Parents kritik cikgu pakai t-shirt ketika PdPR sedangkan pelajar suka cara santa

[Copy link]
Post time 20-2-2021 04:10 PM | Show all posts |Read mode
sinarharian.com.my
Guru dikritik pakai t-shirt ketika mengajar PdPR
NORAFIZA JAAFAR
3-4 minutes

KUALA LUMPUR - Seorang guru berkongsi luahan perasaan susulan menerima kritikan pihak luar yang mempertikaikan kaedah pembelajaran yang dilakukan secara dalam talian.

Menurut hantaran dikongsikan di Facebook Mohd Fadli Salleh, beliau berkongsi beberapa teguran diterimanya yang mempersoalkan mengenai konsep dan imejnya memakai t-shirt yang sepatutnya perlu lebih formal dengan memakai kemeja serta tali leher.

Menjelaskan berhubung perkara itu, guru berkenaan berkata, teguran tersebut seolah-olah memandang rendah kelayakan beliau yang memiliki diploma berbanding pengkritik yang memiliki sijil universiti luar negara.

"Ada dah pendapat-pendapat agung kata cara itu salah, cara ini salah. Yang betulnya begitu begini.

"Aku senyum saja baca kondeman-kondeman (komen) daripada bijak pandai ini. Malas nak berhujah, malas nak kata apa.

"Down? Tidak sesekali. Aku mangli (biasa) dah dengan golongan serba tak kena ini. Aku kalis dah dengan sindiran dan kecaman daripada golongan pendapat mereka sahaja yang betul," menurut perkongsian di Facebooknya pada Jumaat.

Dalam perkongsian sama, beliau mengajak kelompok pengkritik itu turut serta mengadakan kelas dalam talian untuk berkongsi kepakaran mereka.

"Cuma aku hairan yang kuat kritik dan kata itu salah, ini salah, mereka satu usaha pun tak ada nak mengajar dengan cara yang paling betul seperti yang dikata.

"Dah hebat sangat, dah lulusan tinggi melangit sangat, buat lah kelas Live dan ajar cara yang paling betul atas dunia dengan imej paling terampil dan kemas.

"Buatlah. Aku nak ikut juga kelas itu ambil ilmu. Buatlah. Pasti ramai murid-murid suka," sindirnya.

Katanya lagi, walaupun kaedahnya dipertikai namun pihaknya menerima reaksi positif dalam kalangan pelajar yang seronok mengikuti kelasnya.

"Aku macam ini saja. Cikgu sekolah rendah lulusan diploma saja pun. Untuk kelas Live aku pakai santai sahaja. Pakai kemas masa mengajar di sekolah, ini kelas sampingan sahaja.

"Tapi walau hanya guna pen dakwat (marker) dan papan putih (whiteboard), walau hanya lulusan rendah, murid-murid suka dan seronok. Sambutan Masya-ALLAH di luar jangkaan.

"Anak-anak sampai sanggup keluar rumah mencari capaian internet untuk belajar dalam kelas Cikgu Fadli yang lulusan rendah ni. Budak-budak usia tiga hingga enam tahun pun turut serta ikut kelas aku dan bergembira.

"Yang lulusan luar negara dengan sijil tinggi itu buatlah juga kelas macam ni. Jangan pandai komen dan kritik saja," katanya.

Mengakhiri perkongsian tersebut beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan teguran namun biarlah nasihat tersebut bersifat membina dan bukannya menghina.

"Ada teguran secara baik tentang kesilapan aku daripada seorang rakan guru. Sangat aku hargai teguran itu dan terus perbetulkan dalam kelas terbaru. Aku yang silap masa itu. Aku memang alu-alukan teguran.

"Teruskan menegur kawan-kawan tentang kesilapan sebegitu. Status ini bukan ditujukan kepada kalian yang ikhlas menegur tetapi buat mereka yang rasa serba tak kena dengan apa yang orang lain buat," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mn gambo nye wei
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah mak bapak jenis ni, biadap je lebey. Tu yang rezeki tak berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents nak semua perfect dari sekolah untuk anak mereka... Kira bagus juga lah ada kesedaran.

Tapi kawan aku (seorang guru) cerita...masa bagi duit RM100 hari tu, dia tanya parents perkembangan anak ikut online classes. Ada parent yang yakin sangat anak tak tuang kelas. Tapi bila kawan aku cakap anak tulis nama kehadiran saja lepas tu kerja tak buat tak hantar, parent tu terus jadi kerang busuk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pakai tshirt berkolar n tampil kemas,tak rasa boleh jd satu isu kot.. parents dah start rasa entitled,cikgu2 pn sama..komplen kt socmed..skrg semua benda nak kena luah kt socmed kan..halaaaaa halaaaaaa~
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu sk mmg smart
Cikgu sjkc mmg pakai tshirt je..
Hahahah

Tang semangat..dua dua sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2021 05:54 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkolar...okla tu.....mak pak bgtau la kat ank2 ...bg pemahaman kat ank2..napa masa ni cikgu x pakai formal cam kat bilik darjah/kelas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 06:26 PM | Show all posts
pakai t shirt pon boleh smart ... dan boleh mengajar dgn baik ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je pakaian cikgu tu.
Serba tak kena cikgu skrg
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Parent bodoh skng melahirkan anak2 yg bodo jgk akhirnya.

Soal baju cikgu ko nak persoalkan knp? Kalo cikgu tu x pki baju atau pakai baju yg ada motif unsur2 negatif blh la ko nak bengkeng.

Aku menyampah btl org yg complicated mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je, selagi tak pakai singlet nmpk bulu ketiak ke, tak pakai bra saja ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar mati cepat aje parents yang tak habis2 komplen pasal cikgu ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:08 PM | Show all posts
ntahnye. cikgu patut cmni! baru pak sedara pun sanggup attend sama assist anak buah.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu mana pakai tali leher dah oiii....tu tahun berapa...nih kalo parents nih tgk waktu sekolah biasa...cikgu pj releks je pakai seluar joging baju t-shirt kebangsaan mau terbuntang mata...tu belum lagi pakai baju bola mai keja
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bermula dari viral kak dib mocking rinamon, akan ade la siri2 penghinaan kpd cikgu, menteri,acik kantin, acik driver especially tang pronunciation ittew..dah jadi satu budaya org melayu plak menghina org di khalayak ramai...akak sinyun sinis jah dek!!  Backup la lagi si retis terpaling terer english tu,makin mengepak la dorg nnti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 20-2-2021 05:54 PM

Adik kecik pun ikut sama blaja.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 20-2-2021 07:08 PM
ntahnye. cikgu patut cmni! baru pak sedara pun sanggup attend sama assist anak buah.

Pakai cengginilaa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:48 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 20-2-2021 08:53 PM

org nak attend kelas bukan sugarbook. Attire kelas biar kena la dengan environment dia. Tu bukan sempoi tapi low class, uncultured.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk bunyik betul mak bapak nihhh..semua x kena

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.080902 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list