CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1775|Reply: 13

Kayuh BMX Lebih 30KM Sehari, ‘Panda Walker’ Di KK Ini Tular Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 18-2-2021 04:25 AM | Show all posts |Read mode







KOTA KINABALU: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Peribahasa itu menjadi pendorong kepada seorang pekerja penghantar makanan Foodpanda, Mohd Aidil Pulian, 34, yang sanggup mengabaikan penat lelah demi kelangsungan hidup menyara isteri dan dua anaknya.


Aidil yang mesra dipanggil Ben, mengerah kudrat dengan mengayuh basikal jenis BMX miliknya sejauh lebih 30km setiap hari demi melaksanakan tanggungjawab sebagai penghantar makanan.


“Saya tinggal di Bambangan, Inanam (kira-kira 10km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu) dan perlu mengayuh basikal ke Kota Kinabalu untuk memulakan tugas setiap hari kerana di situlah ‘check point’ sebelum memulakan tugas penghantaran.


“Selepas pendapatan terjejas berikutan penularan Covid-19, saya terpaksa melakukan kerja ini kerana mempunyai keluarga untuk disara,” katanya.


Ben berkata, dia sebelum ini bertugas di sebuah pusat pelancongan sebagai pemandu pelancong, namun gaji bulanannnya terpaksa dikurangkan kerana pusat itu masih belum boleh beroperasi.


Katanya, gaji yang masih diterima daripada tempat kerja sekarang ini hanya RM600 sebulan dan ia tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya yang sudah berkeluarga.


“Pada mulanya, saya bergiat dalam kerja menghantar makanan ini tanpa sebarang kenderaan yang mana dipanggil ‘panda walker’.







“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, saya mengeluarkan sedikit modal untuk membeli basikal kerana ketika PKP (perintah kawalan pergerakan) ini, bas tidak banyak yang berjalan ke pusat bandar raya dan sebab itu saya membeli basikal untuk menyenangkan sedikit pergerakan walaupun ia agak memenatkan,” katanya.


Ben berkata, antara cabarannya menjadi penghantar makanan dengan hanya berbasikal sudah pasti kepenatan mengayuh dengan jarak yang jauh.


“Selain itu, ada lagi cabaran lain termasuk kena kejar anjing dan ada juga segelintir penghantar makanan bermotosikal yang dipanggil ‘panda rider’ tidak senang dengan kehadiran kami sebagai ‘panda walker’, mereka mendakwa kami kacau bisnes mereka terutama tempahan makanan yang jaraknya dekat.


“Tapi semua itu saya anggap cabaran biasa sebagai penghantar makanan, berkenaan segelintir ‘panda rider’ yang tidak senang dengan kehadiran kami, saya hanya memberitahu mereka yang kita semua mencari rezeki dan bukan berniat pun mengganggu bisnes mereka.


“Pendapatan sebulan saya sebagai ‘panda walker’ ini pun bukanlah besar sangat hanya sekitar RM800 hingga RM1,000, bolehlah tambah sikit-sikit untuk menampung diri sendiri dan keluarga,” katanya.


Terdahulu, gambar Ben mengayuh basikal di jalan raya yang dimuat naik seorang pengguna Facebook menjadi tular di media sosial hari ini.


Gambar dimuat naik warganet yang menggunakan nama “Fareed Aydrus” itu turut dikongsi lebih 200 pengguna dan mendapat hampir 50 komen.


“Bercerita mengenai Foodpanda, aku masih lagi ‘respect’ sebenarnya pada seorang ‘brother’ ini. (Ben Kerasti Pangazou) Dia kayuh basikal BMX saja dari ‘area’ Kionsom, Inanam ke KK untuk foodpanda. Jauh ehh…


“Bukan sekali, balik-balik sudah…macam mana aku tau, sebab aku ada 1-2 kali masuk Kionsom pagi-pagi hantar bantuan nampak dia kayuh keluar.. dan dalam petang dia balik ‘limpas’ sini Masjid Bandaraya. MashaAllah, hebat usaha abang ni untuk kelangsungan hidup…Kagum dengan brother sister Foodpanda, Grabfood dan ‘runner’ semua…Jiwa memang kental,” katanya dalam hantaran itu.


Kebanyakan komen yang diberikan memberi pujian selain kagum terhadap kesungguhan Ben.


“Terbaik abang…rajin betul abang ini…tapi itu lah..sebab-sebab dia naik basikal…sebab dia ‘walker panda’…dan tidak dibenarkan naik motosikal…’panda’ yang bawa motosikal tu ‘rider’…naik basikal ‘walker’…kasihan abang ini…demi mencari rezeki…terbaik abang…semoga dimurahkan rezeki abang…amin,” kata seorang pengguna yang menggunakan nama “Pipi Casanova”.


Selain itu, seorang pengguna, Sharifah Rodhiah Iwak turut memberi komen dengan mendoakan Ben mendapat rezeki berganda dan diberi kesihatan baik.


“Nduk bah..kuat semangatnya bah..mudah-mudahan dia dapat rezeki berganda…diberikan kesihatan yg baik…Amin,” katanya.






Sumber – FMT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Salute bro. Berusaha tak meminta-minta. Semoga makin luas rezeki boleh beli moto
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kat area kaka pon hantar food pki beskal.. Kesian gk tgk cycled masa tengah2 panas terik.. Ketibasssss
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:50 AM | Show all posts
Selagi ada daya untuk berusaha, semoga dipermudahkan segala urusan saudara
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 Sabah yg kaya2..sponsor laa motor sebijik kt dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat cari rezeki


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pun anda, semoga dipermudahkan. Lebih2 lg dlm mncari rezeki utk anak isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
thread dah ada.....

rider ni pun dah beli motor rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 08:48 AM | Show all posts
Sabah ni hati hati sikit...kadang kadang yg baru dapat IC....tengok nama kalau ganjil sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:39 AM | Show all posts
segelintir ‘panda rider’ yang tidak senang dengan kehadiran kami, saya hanya memberitahu mereka yang kita semua mencari rezeki dan bukan berniat pun mengganggu bisnes mereka.



seriously?
i tot dorg ni mcm brotherhood
tp selalu nmpk dorg klu selisih msg2 buat derk je
nk plk msg2 di traffic light
sblh2 lg plk tu


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan utk bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:23 AM | Show all posts
sekurang-kurangya dorg bersenam, gerakan satu bdn tu
moga dimurahkan lagi rezeki rakan2 runner food berbasikal dan juga motor..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:26 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki buat abang ni. Dan buat kita semua. Haaaa gitu iols berdoa di porem
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-2-2021 08:03 AM
thread dah ada.....

rider ni pun dah beli motor rasanya

Ada motor sudah?
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.439643 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list