Rozita Che Wan menjadi bahan kecaman netizen apabila apabila akaun Instagram anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana memuat naik video promosi produk membesarkan aset wanita.
Kredit foto: IG
Dalam video yang berdurasi lebih kurang seminit itu, kelihatan seorang wanita yang memakai baju tidur, menampakkan sebahagian payudaranya sambil memegang produk.
Disebabkan itu ia telah menimbulkan rasa kurang sendang di kalangan pengikutnya kerana mendakwa intipati video tersebut adalah lucah dan tak sesuai dengan usia anaknya yang masih kecil.
Kredit foto: via beautifulnara
Di ruangan komen penuh dengan kata-kata kecaman, tarbiah dan tidak kurang juga nasihat daripada netizen.
Ada juga yang bertindak berhenti mengikutinya kerana menyampah dan ada juga yang meluahkan mereka sudah kurang hormat dengan Che Ta dan keluarga.
Setakat ini Che Ta masih belum memberi komen atau mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kesian pula dengan Aaisyah, tak pasal jadi mangsa pula. -CARI
|