View: 4395|Reply: 42
|
Ibu tunggal menumpang surau demi besarkan enam anak
[Copy link]
|
|
Menumpang surau demi besarkan enam anak
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -besarkan-enam-anak
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 9:15 PM
Abnor Hamizam Abd Manap
[email protected]
Bakri Sawir menyampaikan sumbangan kepada penerima program kembali ke sekolah. FOTO ABNOR HAMIZAM
Jempol: "Pendapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM800. Sukar untuk saya menyediakan kelengkapan untuk tiga anak yang bersekolah," ujar ibu tunggal, Norlida Md Kussin, 37 dari FELDA Lui Selatan Satu dekat sini.
Menurutnya, dia berusaha sedaya upaya membelikan kelengkapan terbaik untuk tiga anaknya masing - masing belajar di tahap pra sekolah, tahun tiga dan lima di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lui Selatan di sini.
Katanya, pendapatan bulanan diterima sebagai tukang jahit di sebuah kilang menjahit pakaian hanya mencukupi bagi keperluan mereka empat beranak.
"Namun saya bersyukur ada pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas menerima bantuan kembali ke sekolah bernilai RM100 seorang menerusi sumbangan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir.
Seramai 119 golongan kurang berkemampuan menerima bantuan itu pada majlis penyerahan sumbangan di FELDA Lui Selatan di sini semalam.
Sementara itu, ibu tunggal enam anak, Norimah Rasid, 40, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan itu selain bantuan bulanan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.
"Jika tiada bantuan seperti ini, sukar untuk saya membesarkan enam anak yang masih bersekolah.
"Saya kini tinggal menumpang di sebuah surau dengan kebenaran pengurusan tanah rancangan FELDA selain dibantu adik beradik lain, " katanya.
Sementara itu Pegawai Khas kepada Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang Norazizi Abd Aziz berkata, sebanyak RM11,900 disumbangkan Bakri bagi melaksanakan program kembali ke sekolah berkenaan.
"Sumbangan membabit pakaian serta beg sekolah bagi murid sekolah. Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka belum diputuskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) kita tetap komited membantu mereka yang memerlukan, "katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laki mana
seblum ni dok mane |
|
|
|
|
|
|
|
Klau sohai ina byk ni, hrap terjun bangunan la. Malu woi ibu tunggal ank susun paku pon xputus ada bg ank2 pelajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan... kesian kena jaga 6 anak sorang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia lari la. nak suap 7 mulut kot.
tapi bagi i lagi baik dia gitu.
daripada laki ada sebelah.
tapi tahi dadah / tahi judi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap anak2 ni besar berjaya x lupa jasa ibu |
|
|
|
|
|
|
|
Penting utk pompuan pilih2 sikit bakal laki,tgk background family laki tu..klau laki tu buat hal,cerai,mati ke ape..make sure family laki tu esp atok/pakcik boleh sara ank buah..tp sbg pompuan kau jgn galak sgt beranak rmai..dan make sure family bKal laki kau org senang..jgn main sauk je...cth nd,kene cerai,ex fil kasi rumah sebijik nama cucu/nama nd xsure..kang kat situ dah trjamin..jd pompuan jgn bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... tapi sampai 6 anak biar betul...
why kurang awareness pasal anak2 ni yach...
orang kaya pun jarang2 ada 6 anak... koman2 tiga je atau dua...
tapi at the same time populasi amat penting nak2 di sabah dan sarawak...
itu lah yang mengembangkan ekonomi sampai korea pun sanggup belanja untuk rakyat dapatkan anak... jepun next... |
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudahkan urusan ibu ni... bukan senang nak besarkan anak2 dengan keadaan sekarang, tp percayalah... akan ada sinar kemudian hari... amin |
|
|
|
|
|
|
|
bantuan rm100 sorang pon kene buat majlis ade banner bagai?
|
|
|
|
|
|
|
|
keharusan, nnti org ramai tak tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah camni ajk surau dan masjid wajib bantu dulu segera.
then baitulmal atau zakat.
jangan sampai gereja bantu..
owh menteri dan yb dah boleh campak ke sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan ibu dan anak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal Di Surau Demi Besarkan Enam Anak
Jempol: "endapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM800. Sukar untuk saya menyediakan kelengkapan untuk tiga anak yang bersekolah," ujar ibu tunggal, Norlida Md Kussin, 37 dari FELDA Lui Selatan Satu dekat sini.
Menurutnya, dia berusaha sedaya upaya membelikan kelengkapan terbaik untuk tiga anaknya masing - masing belajar di tahap pra sekolah, tahun tiga dan lima di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lui Selatan di sini.
Katanya, pendapatan bulanan diterima sebagai tukang jahit di sebuah kilang menjahit pakaian hanya mencukupi bagi keperluan mereka empat beranak.
"Namun saya bersyukur ada pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas menerima bantuan kembali ke sekolah bernilai RM100 seorang menerusi sumbangan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir.
Foto: Harian Metro
Seramai 119 golongan kurang berkemampuan menerima bantuan itu pada majlis penyerahan sumbangan di FELDA Lui Selatan di sini semalam.
Sementara itu, ibu tunggal enam anak, Norimah Rasid, 40, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan itu selain bantuan bulanan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.
"Jika tiada bantuan seperti ini, sukar untuk saya membesarkan enam anak yang masih bersekolah.
"Saya kini tinggal menumpang di sebuah surau dengan kebenaran pengurusan tanah rancangan FELDA selain dibantu adik beradik lain, " katanya.
Sementara itu Pegawai Khas kepada Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang Norazizi Abd Aziz berkata, sebanyak RM11,900 disumbangkan Bakri bagi melaksanakan program kembali ke sekolah berkenaan.
"Sumbangan membabit pakaian serta beg sekolah bagi murid sekolah. Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka belum diputuskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) kita tetap komited membantu mereka yang memerlukan, "katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat kampung kan banyak umah tinggal.. umah makcik aku bagi org duduk free je.. asal tolong kemas semak samun.. air letrik bayor sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes: kat kampung kan banyak umah tinggal.. umah makcik aku bagi org duduk free je.. asal tolong kemas semak samun.. air letrik bayor sendiri
Ooo bagus tu. Mudah2an orang hargai dan jaga elok rumah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah xmampu, cegahlah dari hamil |
|
|
|
|
|
|
| |
|