CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17006|Reply: 138

[Jenayah] 3 Lembaga Berbulu Hitam Ketuk Pintu Rumah

[Copy link]
Post time 31-12-2020 03:40 PM | Show all posts |Read mode





Temerloh: "Saya nampak kelibat tiga lembaga berbulu hitam berdiri di atas beranda di tingkat atas rumah, sungguh menyeramkan dan menakutkan.


"Anak saya Haikal nampak kelibat tiga lembaga hitam di dalam rumah, tetapi tidak berani tengok lama kerana takut," kata wanita dikenali Sharifah Mazian Syed Mohd selepas rumah teres dua tingkat didiaminya di Taman Temerloh Jaya, di sini, menjadi mangsa ketukan misteri selama tiga hari berturut-turut sejak 27 Disember lalu.


Berikutan trauma dan takut, dia enggan ditemu bual lanjut, sebaliknya mahu jirannya yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya, Syaiful Afenddi Ismail, 44, menceritakan mengenai kejadian itu.


Syaiful Afenddi berkata, pada malam pertama, mangsa mendengar beberapa kali ketukan kuat pada pintu rumah, tetapi tidak membuka pintu kerana pernah mendengar cerita ketukan pintu misteri itu.


Menurutnya, keluarga itu ada memanggil seorang pengamal perubatan Islam dikenali Ustaz Azmi untuk memulihkan kawasan rumah dan pada malam itu, mereka mendengar lebih banyak ketukan misteri.


"Cabaran dihadapi ibu tunggal bersama dua anak lelaki berusia tiga dan 12 tahun serta seorang anak perempuan berusia 18 tahun adalah pada malam ketiga kerana gangguan semakin hebat dan menyeramkan.


"Pada 9 malam, saya menerima panggilan telefon daripada mangsa dan dalam keadaan terketar-ketar dia memberitahu ketukan pintu berlaku lagi dengan lebih kuat.


"Malah saya dapat mendengar bunyi ketukan itu menerusi telefon bimbit dan saya bergegas ke rumah itu sekali lagi bersama Ustaz Azmi bagi membantu keluarga itu," katanya.


Menurutnya, ketika dia dan beberapa jiran berada di dalam rumah itu sambil membaca ayat suci al-Quran, tiba-tiba botol mineral dibaling ke arahnya dan dia sempat mengelak, seolah-olah makhluk itu mengamuk.


Katanya, mereka turut terdengar bunyi kaki menaiki tangga dengan hentakan kuat ke tingkat atas.


"Pada 10 malam, kami meninggalkan keluarga itu empat beranak dengan memberi alasan ingin pulang ke rumah dan menyuruh tuan rumah mengunci pintu rumah dan pintu pagar, walaupun sebenarnya kami masih menunggu di luar tidak jauh dari rumah itu.


"Pada 12.30 tengah malam, kami mendengar jeritan dan tangisan dari dalam rumah itu dan sebaik kami sampai, bekalan elektrik terputus dan tangisan keluarga itu kedengaran.


"Ketika masuk ke rumah itu, seorang anak mangsa memberitahu mereka mendengar bunyi hentakan kaki dan bekalan elektrik terpadam sebelum kemudian mendapati barangan di tengah rumah diselerakkan," katanya.


Menurutnya, seorang anak tuan rumah memberitahu nampak tiga kelibat lembaga hitam di dalam rumah tetapi tidak berani tengok lama kerana takut sebelum api elektrik terpadam sendiri.


Katanya, walaupun selepas itu mereka tidak lagi mendengar ketukan misteri itu sehingga Subuh, keluarga berkenaan jelas trauma dengan kejadian itu.


"Walaupun keluarga terbabit tidak membuat laporan polis, beberapa orang anggota polis menemui mangsa semalam kerana kejadian itu tular di Temerloh.


"Sebelum ini, kejadian misteri ketukan pintu berlaku di beberapa rumah di daerah Jerantut dan terus menimbulkan tanda tanya," katanya.






Sumber : HarianMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Setan punya lembaga. Dah kenapa rumah janda yg dikacaunya. Dah x memasal laki2 org pulak kena jaga rumah janda. Balik kang silap2 gaya kena lempar dgn kuali
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..tahu dia xde orang laki dewasa dalam rumah tu dia kacau berkali2. Lembaga hitam berbulu ni pernah kacau aku tidur mcm kena tindih tp aku nampak bayangan berbulu hitam besar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
1st.. Cuma kemas rumah.. Mop dan wangikan rumah. Tong sampah tutup.. Sebelum azan saja.. Tutup pintu dan tingkap.

2nd.. Bilik tak guna boh garam kasar kat dlm bilik tu.

3rd.. Halau apa yg patut sebelum pagar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:26 PM | Show all posts
serammm.....

ni org menuntut ilmu sesat mati x sempat taubat ke apa...lalu mengusik manusia yang hidup...

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu.. Kalau aku.. Aku dok tengah rumah time tengah hari.. Sebab aku nak tau rumah tu laluan angin ka x?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ganti hantu purdah pula satu Malaysia dia round
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:32 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mlm tadi baru terbaca yg  kejadian ketuk2 ni kat Selangor, yg tu ada gambar pocong, seram kot...meremang terus tutup tingkap dgn selimut sebab langsir tingkap xpasang... Ni kata berbulu pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-12-2020 04:32 PM

Nmpk kat pintu tu ada mcm lmbaga hitam tinggi membongkok sikit. Ke meols salah nmpk byg2 org2 kat situ je kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-12-2020 04:28 PM
Lagi satu.. Kalau aku.. Aku dok tengah rumah time tengah hari.. Sebab aku nak tau rumah tu laluan an ...

Cam mana nak tau laluan angin kat tgh rumah tu sarah? Ingat nak try la, tp rumah iol ni rumah terea , boleh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 31-12-2020 04:55 PM
Cam mana nak tau laluan angin kat tgh rumah tu sarah? Ingat nak try la, tp rumah iol ni rumah tere ...

Tutup semua pintu dan tingkap.. Lepas tu chuols tgk.. Ada tak bunyi mcm diketuk2..angin sebenarnya tu.. Dan kadang2 burung silap masuk rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
crossline replied at 31-12-2020 04:51 PM
Nmpk kat pintu tu ada mcm lmbaga hitam tinggi membongkok sikit. Ke meols salah nmpk byg2 org2 kat  ...

Entah.. Iols x nampak.. Mlm ni iols skodeng.. Lps masuk bunker.. Hahahahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-12-2020 04:56 PM
Tutup semua pintu dan tingkap.. Lepas tu chuols tgk.. Ada tak bunyi mcm diketuk2..angin sebenarnya ...

Tengahari betul2 ek? Ok nanti akn dicuba.

Kalau laluan angin , ada apa jer uol...  rasa suspen pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 31-12-2020 04:59 PM
Tengahari betul2 ek? Ok nanti akn dicuba.

Kalau laluan angin , ada apa jer uol...  rasa suspen ...

Time waktu angin pun boleh.. Biasanya iols check time tengahari..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82: 1st.. Cuma kemas rumah.. Mop dan wangikan rumah. Tong sampah tutup.. Sebelum azan saja.. Tutup pintu dan tingkap. 2nd.. Bilik tak guna boh garam kasar ...

Garam kasar tu letak dalam mangkuk ke Sarah? Atau tabur merata? Rumah mak aku ada 3 bilik takde orang. Kalau mak stay rumah aku, rumah tu kosong.

Garam kasar ni macam mana? Ada jual kedai aceh tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 05:04 PM | Show all posts
hantu syaitan iblis semua kena covid ka yg ngamuk sakan sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 05:12 PM | Show all posts
harap2 bukan ada org saja2
hantar pd rumah ni lah

patut letak kat Bod Misteri ni
biar otai2 kat sana kupas lebih lanjut
baru puas baca tred ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-12-2020 04:57 PM
Entah.. Iols x nampak.. Mlm ni iols skodeng.. Lps masuk bunker.. Hahahahahahaha.

Kalau "diahantu" tu sampai area Sarah mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
crossline replied at 31-12-2020 05:28 PM
Kalau "diahantu" tu sampai area Sarah mcm mana?

Hahahaaha.. Lantakkan sajork..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085185 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list