CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 2

Pupuk Kesedaran Dengan Laman Web MyBuahPinggang - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 05:52 PM | Show all posts |Read mode


Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Kajian mendapati 15 peratus rakyat di negara ini menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata apa yang lebih membimbangkan kebanyakan mereka yang menghidapi penyakit berkenaan tidak sedar mengenai penyakitnya itu.

Katanya, ini disebabkan penyakit buah pinggang tidak menunjukkan sebarang gejala di peringkat awal dan apabila pesakit menyedari mengenai perkara itu seringkali ia sudah berada di tahap yang serius.

"Jadi saya harapkan dengan adanya laman web rasmi MyBuahPinggang ini ia akan memberi kesedaran kepada orang ramai serta mengurangkan kejadian berlakunya kegagalan buah pinggang kronik.

"Laman web ini adalah pusat sehenti kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit buah pinggang dan ia akan diperluaskan kepada aspek lain untuk mereka yang sedang menerima rawatan atau pra dialisis.

"Pembangunan laman web khas ini adalah salah satu cara aktiviti pendidikan kesihatan yang diberikan secara berterusan bagi memperkasakan sektor kesihatan negara. Tahniah kepada semua pakar perubatan yang menjayakan usaha murni ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan laman web www.MyBuahPinggang.com secara maya di laman sesawang Facebook, di sini hari ini.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, walaupun petugas kesihatan kini sibuk mengekang penularan pandemik Covid-19 namun mereka tetap memberikan keutamaan rawatan lain kepada pesakit.

"Kementerian Kesihatan akan pastikan rakyat Malaysia sentiasa terhindar dengan penyakit dan sedaya upaya memberikan rawatan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Mengenai laman web berkenaan, ia dibangunkan oleh Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Orang ramai yang melayari laman web berkenaan juga boleh bertanyakan perlbagai persoalan mengenai punca dan cara menghindari penyakit buah pinggang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
good info. Tq TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Thx for the link. Nak tau juga what cause it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157861 Replies : 3865
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187945 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4232 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19095 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 3434 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 3535 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3838 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.280316 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list