CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6555|Reply: 56

Pelajar Saman Guru Lagi - 'Banyak Saman Ni, Kementerian Tak Buat Apa Ke?'

[Copy link]
Post time 25-12-2020 08:23 AM | Show all posts |Read mode






Tiga lagi bekas pelajar SMK Taun Gusi, Kudat Sabah memfailkan saman terhadap guru Bahasa Inggeris mereka kerana gagal menghadirkan diri ke sekolah menyebabkan pembelajaran mereka terjejas.


Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung yang kini berusia 19 tahun menyaman Mohd Jainal Jamran sebagai defendan pertama dan bekas pengetua, Haji Suid Haji Hanafi sebagai defendan kedua.

Mengikut laporan The Borneo Post, defendan pertama sering datang lambat dan pulang awal sejak Mac 2017, manakala bermula Julai tahun sama, defendan pertama langsung tidak mengajar hingga menjejaskan pembelajaran mereka.





Foto :The Borneo Post



"Kami hilang pembelajaran hampir setahun. Jika tidak mengadu, mungkin kami akan terus kehilangan arah."


Sementara itu, Nur Natasha menjelaskan yang pernah diminta untuk menarik balik saman tersebut dengan alasan ia akan membuatkan hidup mereka lebih sukar, namun dia dan rakan-rakannya tetap tegas dengan pendirian mereka.
"Saya takkan mengalah. Sebagai bekas pengawas, saya tahu banyak masalah pelajar berpunca daripada ketiadaan guru dalam kelas. Masalah pelajar melanggar peraturan sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan ponteng sekolah takkan meruncing jika guru tahu peranan mereka."


Tiga lagi defendan yang disebut ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.





Foto :imedia



Bagi ketiga-tiga pelajar terbabit, pihak kementerian terlalu berlembut dengan salah laku penjawat awam, sementelah lagi bagi guru yang memegang amanah besar.

"Terlalu banyak pembaziran masa berlaku. Bayangkan sebelum kami pun ada pelajar yang menyaman guru kerana masalah sama, tetapi dua tahun selepas itu iaitu kami (tingkatan empat) turut mengalami masalah sama. Kenapa begitu?"


Terdahulu, pada 2018, Siti Nafirah menyaman defendan pertama kerana masalah sama. Terkini, tiga pelajar sekolah yang sama turut mengambil tindakan.





Foto : Kini TV



Mengapa masalah seserius begini tidak diambil tindakan dua tahun lalu? Mengapa membiarkan masalah sama berulang lagi? Kementerian harus memandang serius isu sebegini. - CARI



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cikgu2 pun klu dah takdir dpt mengajar kaw pedalaman g je la kerja. tau la 'protes' x dpt tukar sekolah. padahal gaji bayar kot, ada elaun lg. so saman2 mcm ni ak sokong. tau la ajar english je, tp biar bukak mata kementerian anak buah x keje.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pendidikan mana ye?

Tiga lagi defendan yang disebut ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman je dik cikgu2 yg makan gaji buta ni. Rasanya ni bukan kes pertama kan. Iouls pon dah jumpa sorang cikgi pj yg kantoi tido dalam stor sukan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg. cikgu aku dulu asyik2 masuk kelas suruh buat aktiviti bebas. baik aku tidur kt rumah. pastu masuk private tusyen. seb baik la score jgk walaupon cikgu hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu masa form 4,cikgu fizik aku sethn tak masuk. Mcm2 alasan die kasik, tgh amek lesen motor la, mak sakit la. Cikgu ni cikgu pompuan. Kitorg dengar citer cikgu tu sentap sbb ada budak kelas aku komen die tak faham cikgu tu ajar. Seb baik la kitorg ni amek inisiatif sendiri amek kelas tambahan. Masuk form5 kitorg dpt cikgu baru. Mmg garu kepala la cikgu baru tu, mmg pecut hari2 kitorg sanggup stayback nk catch up sethn tak belajar tu. Seb baik la kelas kitorg je yg amek fizik. Plot twist, kitorg 1 kelas alhamdulillah 100% lulus kepujian ke atas ye. Cikgu baru tu naik pangkat terus jadi guru besar dah kene transfer plak.

Ni kejadian hampir 20thn yg lepas ni. Memang ade cikgu mcm ni dari dulu dah. Mentang2 la sekolah aku tu sekolah kampung kan sesuka ati je buat kitorg camtu. Mmg weols whoareyuskan sangat cikgu pompuan tu bkn tak nak kenang budi dah ko mmg tak berbudi pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu pendalaman gaji besar giler weh. Eaun dia mmg masyukkk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat gaji kerja tapi mia.kalau Tak mau kerja ,letak jawatan mungkin kerja lain lebih sesuai utk kamu.
Sila saman sekali cikgu yg mengajar ala kadar sampai budak kena masuk private tuisyen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 02:07 PM | Show all posts
masa aku tingkatan 4, (2008)  dapat cikgu Sejarah, cikgu lelaki.

setahun tu, dia masuk kelas beberapa kali je. selebihnya dia "sibuk", kami kena study sendiri.

dan bila dia masuk pun, dia membebel pasal politik Malaysia.
pasal BN, la, PAS la, DAP la.. dia mencarut dan memaki (seriously, kau cikgu kut, kenapa bahasa macam tu)

bila mood dia nak mengajar ada, dia buka rujukan kecik, yang kita beli kat kedai RM20 je tu.
tulis kat papan hitam, salin balik. tapi tak mengajar, tak cakap apa-apa,
salin balik. itu je. kawan kami beli buku tu sebijik, kalau kami tak sempat salin kat papan hitam, salin dari buku dia je.
bila exam, ramai fail. dia marah kami sebab lembab, bodoh.

next year, tingkatan 5, nak SPM.
cikgu sejarah form 5 garu kepala nak mengajar kami.
at last, dia kata, takpe. fokus Sejarah tingkatan 5, yang tingkatan 4 tak belajar tu, kita catch up mana yang sempat.

hasilnya, SPM, majoriti kami dapat C & D je subjek Sejarah.
bayangkan, yang lain gred A & B, tiba2 Sejarah C.

mengadu kat pengetua waktu tu, tak jalan apa.
apa la nasib waktu tu..

yang menyedihkan, lepas kita dah habis sekolah,
adik pun dapat cikgu tu juga, still tak mengajar. sakit hati weh

sekarang dengar beliau dah pencen.
jenis cikgu yang marah sikit je, "Saya tak halalkan ilmu yang saya ajar kat awak semua."

itu 12 tahun lepas ye.
sedih bila ingat balik nasib pelajar2 macam kami,
rosak result SPM..
kita serius nak belajar, dapat pulak cikgu macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
di swasta kalau x mai kerja 2 ari tanpa alasan atomatik kena buang. kerajaan? x mai beratus ari pun x kena  buang. sebab tu kakitangan kerajaan x takot. gaji jalan. pencen ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku plak mmg malang betul la cikgu add math yg sama dr form 4 ke form 5. Masa tu duk asrama xde la tusyen. Klu duk dgn parent aku mesti pg tusyen. Cikgu tiap tahun mngandung. Dia tau bg latihan je pastu dia duk kt meja dia. Sape tak paham sila tanya dia di meja. Adoi mujur dulu asrama ada kawan boleh tanya kawan. Spm dpt la B3 sbb haku ni bijak sikit la matematik. Rugi betul la klu dpt cikgu rajin sikit comfirm dpt A1 haha.

Haiyohh cikgu mngandung ajar seni je la senang xpun ajar PJ.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 25-12-2020 05:56 PM

tersenyum sinis lagi @dua_chzy
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-12-2020 05:54 PM
tersenyum sinis lagi @dua_chzy

Akak senyum sawit2 diabetis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-12-2020 05:54 PM
tersenyum sinis lagi @dua_chzy

Sakit pipi akak senyum dah 2x kena senyum di tered dengan topik yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2020 05:58 PM
Sakit pipi akak senyum dah 2x kena senyum di tered dengan topik yang sama.

Uols dah tak sambut Krismas dah ke? Sudah bertaubat nasuha?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 07:04 PM | Show all posts
glump replied at 25-12-2020 01:57 PM
Dapat gaji kerja tapi mia.kalau Tak mau kerja ,letak jawatan mungkin kerja lain lebih sesuai utk kam ...
Sila saman sekali cikgu yg mengajar ala kadar sampai budak kena masuk private tuisyen.
Macam mana nak define mengajar ala kadar tu? Asal pelajar masuk tuisyen terus dicop mengajar ala kadar ka? ....Pelajar yg mahu pencapaian lebih pun masuk tuisyen. Ada pelajar yang ketinggalan kerana terlibat dengan perkara2 lain pun masuk tuisyen..


Lembabnya seseorang pelajar maka terpaksa masuk tuisyen, sedangkan ada pelajar yang pandai dikelas tersebut tentunya mengatakan guru mengajar ala kadar adalah sesuatu yang tak tepat.


Pembelajaran ni dua hala, kalau pelajar tak ada budaya pembelajaran yg betul memang tak akan pandai budak tu. Sepanjang pemerhatian aku semasa belajar disekolah sehinggalah peringkat yg lebih tinggi... orang2 pandai ini ada ciri-ciri yang sama iaitu usaha dia memang lebih berbanding pelajar yg tak pandai.


Jadi mcm mana nak proceed saman... kena define mengajar ala kadar tu pun perlu bertahun-tahun...sehingga takrifan yg adil diperolehi untuk dapat menyalahkan guru tersebut, sbb klu define mcm diatas tu memang tak boleh... dan kena siasat pulak kepandaian relatif otak pelaja, kena siasat juga bagaimana pembelajaran dirumah, apa ibubapa telah buat untuk bantu anak dia sendiri dan bantu guide pembelajaran yg betul atau tidak.. etc. Pada aku, kesimpulannya, pembelajaran budak dipengaruhi banyak faktor seperti didikan diruman, pengaruh kawan, pembahagian masa, strategi, perangai, faktor genetik... selain dari pendidikan disekolah itulah.


Berbeza dengan kes diatas, kes itu betul2 boleh buat kes mahkamah kerana kesalahan guru yang jelas, tidak masuk kelas, keadaan yang sangat berbeza dgn kes yg dikatakan guru mengajar ala kadar.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-12-2020 06:04 PM
Uols dah tak sambut Krismas dah ke? Sudah bertaubat nasuha?

Weol makan2 kuih kerismas ja kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2020 07:43 PM
Weol makan2 kuih kerismas ja kat rumah.

Tak sangka krismas ada kuih, ada duit raya tak? Iols jarang sambut Maulidur Rasul nim, bidaah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-12-2020 07:58 PM
Tak sangka krismas ada kuih, ada duit raya tak? Iols jarang sambut Maulidur Rasul nim, bidaah kata ...

Hado lah kerismas kukies. Kerismas kek segala. Tapi rumah aiol, kerismas kukies seropa biskut raya ja. Kat bandar urban boleh la berangan buat sugar kukies ka, gingerbread man ka house ka pehtu order turki panggang sekor.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Half of them going 2020, other half 1820

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.106962 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list