"Jangan normalisasikan dapat 7G. Kejayaan ni hanya berdasarkan wang ringgit sahaja ke?
Masih ingat dengan kembar yang mendapat keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu?
Ya, pasangan kembar tersebut mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri dan terbaharu sudah pun membeli kereta mewah jenis Mustang.
Namun, apa yang membuatkan cakap-cakap belakang adalah kapsyennya seolah-olah mendabik dada bahawa biarpun keputusan mereka 7G, mereka berjaya dan mampu membeli kereta mewah.
Foto G
Hal ini diperdebatkan netizen dan masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Bagi yang tidak bersetuju, mereka menganggap kenyataan Instafamous tersebut hanya akan menggalakkan remaja tidak mahu belajar.
Foto : IG
Foto : IG
Manakan tidak, jika kekayaan menjadi penanda aras kejayaan, maka semua pelajar tidak mahu lagi belajar serta mempunyai cita-cita kerana yang lebih penting adalah material.
Foto : Twitter
Foto : Ig
Bagaimanapun, ada pula yang menyatakan kapsyen tersebut sebenarnya hanyalah mahu membuktikan kegagalan yang dahulu bukan bererti gagal selama-lamanya.
Foto : Twitter
Jadi, apa pula pendapat anda dengan kapsyen kembar 7G ini? - CARI
|