CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10109|Reply: 75

[Jenayah] Misteri Ketuk Pintu Kini Di Pahang, Bau Busuk Umpama Bangkai

[Copy link]
Post time 14-12-2020 04:06 AM | Show all posts |Read mode
PINTU rumah penduduk yang diketuk selain berbau busuk di Kampung Perias, Jerantut, Pahang.



JERANTUT: Bukan sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat oleh ‘pengetuk misteri’, malah terdapat bau busuk seperti bangkai.

Itu situasi dihadapi sebuah keluarga di Kampung Perias, di sini sekali gus menyaksikan kejadian ketukan misteri di beberapa negeri kini memasuki Pahang.

Mangsa, Habibah Sulong, 57, mendakwa, kejadian ketukan selama lima minit kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia dan suami serta tiga anaknya berada di dalam rumah.

“Selepas mendengar ketukan, mula-mula suami ingat ada budak-budak kampung yang main ketuk-ketuk di rumah.

“Tetapi selepas mengintai dan tiada orang serta berbau yang amat busuk seperti bangkai kami menjadi terkejut dan berasa takut,” katanya di sini hari ini.

Habibah memberitahu, selepas ketukan misteri itu berakhir, suami dan anak-anaknya membuka pintu dan tidak melihat apa-apa kelibat serta kesan kehadiran orang.

Bagaimanapun, katanya, bau yang amat busuk masih ada menyebabkan mereka berasa takut.

Seorang lagi penduduk, Siti Fatimah Ghazali, 37, berkata, dia mengalami demam akibat kejadian ketukan misteri yang menakutkan itu.

Katanya, ketukan kira-kira tiga minit itu berlaku pada pukul 9 malam ketika dia sedang tidur di dalam bilik.

“Selama ini saya hanya mendengar tentang kejadian melalui laman sosial Facebook dan media. Tidak sangka saya sendiri mengalaminya.

“Semasa kejadian saya memang takut dan terus berselimut. Ia menyebabkan saya berasa takut setiap kali malam apatah lagi tinggal seorang diri,” katanya.




Sumber – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts




Dahulu ada hantu ribut taufu ketuk-ketuk pintu nak masuk rumah, tapi tak bawak ole-ole, jadi mama shin chan tak bagi masuk


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Scaryyyyyyy
If ada bau2 busuk sekali ni mmg kaum jinkan? I pernah dengar seorang pengamal perubatan like shaman ni but dia guna ayat2 suci for person yang kena rasuk, he told me if ada bau2 busuk ni memang dari jin. They are bad omen coming with bad spirit
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 04:20 AM | Show all posts
takde ke cara nak cegah?
tabur garam ke ala2 acik johor haritu?
entah2 acik johor yang kena bahan kat forum ni dulu dah selamat jadi founder kosmetik hall of fame 50 juta setahun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 14-12-2020 04:20 AM
takde ke cara nak cegah?
tabur garam ke ala2 acik johor haritu?
entah2 acik johor yang kena bahan  ...

Ada.. Jangan layan.. Buat mcm x jadi apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia betul22 memang nak masuk.. dia akan masuk saja.. dan dia ber kebolehan masuk pon ke dlm rumah org tanpa ketuk22.. (nak masuk dlm badan org pon dia tahu), bila dia ketuk.. itu tanda nya nak mengusik saja.. jangan dilayan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Awalnya...

Katanya, ketukan kira-kira tiga minit itu berlaku pada pukul 9 malam ketika dia sedang tidur di dalam bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 07:28 AM | Show all posts
Aku tak de le orang ketuk walaupun dekat2 kawasan tu dua tiga kes di lapurkan.. cuma nya bau busuk tu memang ada tapi bau taik kucing.. hampeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
smp bl ketukan ni nk berenti... takut btl rasanya mlm2 bl bgn dok pk bkn2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:07 AM | Show all posts
rumah pangsa ,kondo dan apartment dia tak ketuk plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:09 AM | Show all posts
doh kat jantet weh

sket lg turun kontan pulok

alaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak jangan ketuk pintu hotel. Cuak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe syarat ilmu hitam ni kne ketuk rumah satu msia kot..tu yg gigih rentas negeri kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:45 AM | Show all posts
Abaikan sahaja..lagi kita takut lagi menjadi2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Malam tadi pukul 2.55am takde ketukan pintu tapi tingkap rumah cam gegor2 dah lah duduk flat jahhh... terus I kunci pintu bilik, kucing2 kat ruang tamu plak diam sajork tak dengar ngiaw langsung selalu dengar I nak buka pintu bilik dorang menggelupo nak masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 09:31 AM | Show all posts
pekan pun dah ada yg kena. katanya dah 4 ekor kena tangkap dgn ustaz.


bila kerajaan umum blh rentas negeri mmg merata benda ni ada. sbb tu ada teori yg kata makhluk ni belaan manusia mcm toyol tu. selama ni tuannya tak blh rentas neger,i tuyg  duk diam satu negeri je. katanya jugak, bila dengar bunyi ketukan tu, jgn gatal2 nak tengok, bukak pintu/tingkap, nanti makhluk tu pukau & masuk rumah. katanya jugak lg, makhluk ni mungkin bertujuan utk cari rezeki utk tuan dia, musim2 covid ni kan ramai yg kurang duit.


sekian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 09:41 AM | Show all posts
iols tertengok yg kat johor tu. ya ampun, meremang bulu roma wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:15 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 14-12-2020 09:41 AM
iols tertengok yg kat johor tu. ya ampun, meremang bulu roma wehhh

ade ke?share link vid please..

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:24 AM | Show all posts
mamajawie replied at 14-12-2020 02:15 AM
ade ke?share link vid please..

chuols taip ketukan pintu kat YT. nnti keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:26 AM | Show all posts
Sejak dah boleh rentas daerah/negeri ni dah merata cerita gangguan ketukan pintu ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.324852 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list