CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16981|Reply: 73

Peniaga online ni kata 2 kali staff J&T curi barang customer,Tapi netizen me

[Copy link]
Post time 13-12-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang peniaga online terpaksa menanggung kerugian ratusan ringgit selepas barang yang dihantar kepada pelanggannya didapati telah dicuri.

Menurut pengadu, bungkusan barang yang dihantar kepada pelanggannya telah dikoyakkan sebelum ditampal semula dengan pita pelekat syarikat kurier tersebut. Isi kandungan kotak itu juga telah ditukar dan pengadu mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh kakitangan kurier yang tidak bertanggungjawab.
Pengadu hanya mengetahui kejadian iu selepas dimaklumkan oleh pelanggannya yang terkejut apabila mendapati barangan yang dipesan, telah ditukar dengan 'kasut terpakai'.

BARANG saya telah dicuri pihak J&T Express Puchong. Lain yang saya pos, lain yang customer dapat. Parcel telah dikoyakkan sebelum ditampal semula.

J&T yang curi, ada kesan selotep selepas parcel dikoyakkan. Dia (suspek) tampal balik koyakan itu menggunakan selotap J&T dan hanya staff J&T sahaja yang mempunyai selotap J&T.

Sudah dua kali barang dicuri dan tiada tindakan dari pihak J&T unutk menangkap pencuri. Untung kerja J&T curi barang customer dan tiada sesiapa yang tahu dan diambil tindakan.

Sudahlah susah nak claim, tak dapat duit. Barang berharga ratusan ringgit. Rugi seller. Sudahlah bayar duit pos mahal tetapi tak selamat. Aku takkan halalkan siapa yang curi barang aku.

Saya akan buat laporan polis jika pihak J&T tidak mengambil apa-apa tindakan. Saya kena pulangkan semula wang ratusan ringgit kepada customer. Sudah dua kali kejadian seperti ini berlaku. Sampai bila nak jadi begini?

Kalau tiada apa-apa tindakan, runner atau staff J&T ini akan curi dan curi sampai bila-bila. Banyak kes orang complaint parcel dikoyakkan dan kemudian ditampal semula. Barang mahal, dia akan ambil. Kalau barang murah, dia takkan ambil.

Sampai bila J&T nak simpan penyamun-penyamun ini? (Kalau tiada tindakan) nanti ramai customer yang lari, guna khidmat kurier lain sebab dah kerap berlaku kes kecurian seperti ini.

J&T perlu pertingkatkan lagi sistem penghantarannya seperti meminta nombor kad pengenalan dan nama seelum menyerahkan barang dan memastikan tuan empunya barang yang menerimanya, bukannya meletakkan barang-barang itu di mana-mana.

Kalau tiada orang yang terima, sila tinggalkan surat meminta penerima mengambil barangnya di kaunter J&T. Buat seperti Pos Laju. Sebelum hantar barang, pastikan barang tiada kesan koyakan. KAlau ada kesan koyakan, lapor pada bos dan seller. Tetapi kalau runner yang koyak, memang tiada rekod CCTV. Suspek boleh buat kerja dalam kereta dia je.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen mempersoalkan apakah dakwaan pengadu itu benar dan mempunyai bukti untuk menuduh kakitangan J&T berbuat demikian.

Sumber: Facebook Group Shopee Malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Report dulu pada shopee.
Nanti shopee akan siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 12:27 AM | Show all posts
akies replied at 13-12-2020 12:24 AM
Report dulu pada shopee.
Nanti shopee akan siasat.

Tak boleh harap
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah lagi kena..mmg biasa beli barang murah je pilih j&t.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dah 2kali kn. rugi ratusan rm. report polis jela. lamberttt lg la nk tunggu jnt btindak dulu. dah de report polis br ada akal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau parcel kena koyak dan selotep semula dgn tape j&t maksudnya staf kt ofis or warehouse la punya kerja kan..runner part time boleh access guna tape j&t tu ke

Seller shopee tu tunjuk la kt netizen bukti gmbr masa dia pack barang masuk dlm box or plastic..sbb seller wajib simpan bukti barang dlm keadaan elok masa hntr. Kalau ada dispute from buyer, seller kena submit gmbr tu ke shopee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 13-12-2020 12:24 AM
Report dulu pada shopee.
Nanti shopee akan siasat.

shopee mcm babi
useless dan x bleh diharap lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ada kemungkinan tak buyer tukar sendiri barang dalam packaging kemudian salahkan seller/kurier..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut macam pos laju? Tak payah, akak suka j&t laju dan cekap
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pos laju ai pernah kena,tgk2 lain y diorder,lain y dapat..pstu j&t brg xsampai2...dpt plak seller jenis tak membantu,kita plak y terpaksa tny j&t sendiri psl brg..smpai skrg benda y ai order xsampai..drpd seller y sama..mmg xde tindakan apa2..tulis kt shopee dah delivered,tp delivered celah mana ntah..mmg ai x halal ler duit ai,both lt seller n y curi brg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 13-12-2020 12:47 AM
ada kemungkinan tak buyer tukar sendiri barang dalam packaging kemudian salahkan seller/kurier..

Mgkin tak sbb kesan koyak ditampal smula guna saletip jnt. Pihak jnt jer ada seletip khas tu.
Prnah guna kurier jnt msa pkp dulu. Sebulan lbih brg trapung xtau jnt mana. Xde nama tmpat. Just tulis hub store. Puas call seller n jnt yg mgkin ada smpan brg iol tu. Dah la brg fragile. Syukur la lps srbulan lbih tu smpai gak akhirnya.

Lps tu lsma gak iol ban jnt smpai satu hari tu, xde pilihan lain kurier hnya jnt je satu2 nya. iol pun kawtim ngn seller nk tukar kurier sbb jnt xefficiend. Seller kata only jnt. Nti dia bgtau jnt suh hntar brg iol dulu. Shari lps order dah smpai dah brg dr jnt. Dorng dah improve la agknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Report polis senang.  Seller pun kdg tak betul act victim.
Kalau report Shopee bagus sikit dr lazada. Tapi kene mengamuk over2 bru nk refund la. Shopee ni byk menangkan seller.
Pkp hritu byk prob. Tk cukup brg tkpe lg malas nk gaduh. Ada dua tiga kes jgk bgaduh pkp hritu. Tp yg satu tu brg expired dh tukar warna btompok2 siap digilap abis2 expired date konon xde trace.
Kusuluhkan jua kt bwh lampu cari angle nak bg nampak tulisan yg cuma tggl bekas ink sikit2 tu. Nampk je tahun 2018 expired tu. Dimenangkan jugak seller. Nak bukti gambar jelas. Dah ckp seller gilap dia nak jugak gamabr jelas, tang mana nak nampaknye. Seller tu pulak dm ckp klo comment review elok buleh refund half. Helok perangai berniaga. Bnde murah je tp perasaan kene tipu tu. Mmg meletop la. Barula shopee tu nk refund fully. Percaya sgt kt seller tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah byk kali baca j&t suka koyakkan parcel. I mmg xbuat option j&t ni sbb xpercaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
J&T mmg spesis suka check brg apa kt dlm. Mmg ramai dah terkena. Husband iols pun penah kena, tapi nasib brg dlm tu tak kena curi, toreh2 pastu tampal blk. Iols lebih prefer poslaju je, walau lembab tapi pekerjanya atleast tak menyibuk tgk brg ape kt beli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau barang mahal sampai, masa bukak package tu buat unboxing, rakam video.
so kalau barang dlm tu sampah sarap, ada la buktinye.

Tu yg akak tak kuasa nak jual barang postage ni. Baikla COD.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpernah lg kena mcm tu..
Kat tmpt i ni j&t ok..
Brg smpai pun cepat..
Psl customer servis shopee tu..i pnya pglmn ok je..
Sbb ada mslh line kot aritu..topup duit tp xmasuk wallet..
Duit dh tolak dr akaun bank..report guna email..
Ok je staf bls cepat jgk..dlm 2hari dh settle..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2020 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha seller bau ikan masin. Aku lg percaya dkt coureer dr seller.

Pnh kena beli hp dr china sekali dia bg hp rosak. Suwey punya seller china.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 08:09 AM | Show all posts
kawan meols ada kedai emas. time heshe buat live fb, berbondong-bondong la order masuk. iols pernah tanya, macam mana heshe deliver barang. katanya pakai J&T. pernah dapat order sampai RM18k. courier dari JB ke Kelantan. Tapi kat consignment notes, heshe tak tulis alamat kedai emas, tapi guna alamat rumah heshe & declare barang tu pasu. balut dengan banyak lapis buble wrap katanya.  alhamdulillah, barang-barang selamat sampai kat customer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-12-2020 12:35 AM
shopee mcm babi
useless dan x bleh diharap lgsg

Sabar.. hhahaha.. Tapi betul.. Mcm hamjad
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah kena lagi.. semoga aku takkan kena untuk kemudian hari...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049568 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list