View: 5213|Reply: 42
|
'Guna 10 Baldi Tadah Air Hujan Masuk Dalam Rumah'
[Copy link]
|
|
"Sebak rasanya setiap kali melihat anak dan cucu bersesak mencari tempat perlindungan apabila air hujan masuk ke dalam rumah menerusi atap bocor," kata Nita Matil.
Malah, Nita, 48, yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, dekat sini, bersama lima anak dan lapan cucu kerap tidur dalam keadaan basah.
Menurutnya, permohonan bantuan membaiki rumah uzur itu sudah diserahkan beberapa kali kepada pelbagai pihak termasuk pengurusan Kesedar.
Kredit foto: Harian Metro
Bagaimanapun, dakwanya, permohonan itu tidak dilayan, sebaliknya peneroka lain yang tinggal di RKT sama sentiasa mendapat bantuan membaiki rumah.
"Saya cukup sedih apabila gagal mendapat bantuan membaiki rumah itu hingga saya bersama anak dan cucu tinggal dalam keadaan terbiar.
"Suami saya, Yunus Mamat, 78, yang juga peneroka Kesedar tidak mampu lagi bekerja kerana menghidap penyakit asma," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Nita berkata, suaminya menjadi peneroka di RKT itu sejak dibuka lebih 40 tahun dulu, tetapi sejak akhir-akhir ini rumah kayu didiami semakin rosak.
Menurutnya, bukan sahaja atap bocor hingga terpaksa menadah air hujan dengan sekurang-kurangnya 10 baldi, lantai dan dinding kayu semakin reput.
"Suami sekarang bergantung kepada bantuan sara hidup tanam semula ladang sawit RM1,000 sebulan dan perbelanjaan makan pun tidak mencukupi.
"Saya ada kebolehan mengurut wanita selepas bersalin dan pendapatan tambahan sekitar RM200 sebulan bergantung kepada jemputan mengurut," katanya.
Sementara itu, Yunus berkata, kini dia terlantar di rumah kerana menghidap asma kronik dan kerap menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).
Katanya, dia pernah membaiki rumah itu 20 tahun lalu, tetapi tidak sempat disiapkan menyebabkan keadaan kediaman itu kini semakin uzur. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak cucu kurang upaya ke n dok buat apa kat rumah tu.. Tumpang teduh mengharap bantuan kerajaan sampai hujung nyawa? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 pun takdak kemahiran membaiki la tu. Smua nak harap org tua yg ada asma penat jgk la. Adoiii ngek tp membiak |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, dakwanya, permohonan itu tidak dilayan, sebaliknya peneroka lain yang tinggal di RKT sama sentiasa mendapat bantuan membaiki rumah.
Ke tak di layan sbb anak ada 5 tp semua malas2 belaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannye..ank keje ape? Bkn ke org ngurut masyuk zmn skrg ni..makcik aku sng2 je blh dlpt 100rm sehari..tu pon kdg2 dia x larat..duit pencen x terusik pon.semoga fmly ni dimurahkn rezeki..x semua org felda berduit..tp klu suami dh 78 tahum dh bercucu ank2 dh besar..knp la ank2 x membantu.!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jari10 at 11-12-2020 06:34 PM
"Suami sekarang bergantung kepada bantuan sara hidup tanam semula ladang sawit RM1,000 sebulan dan perbelanjaan makan pun tidak mencukupi."
Acik Nita & Pakcik Yunus = 2 orang
Anak = 5 orang (kurang upaya utk bekerjakah?)
Cucus = 8 orang (semua bawah umur?)
RM seribu setiap bulan KIR terpaksa guna utk suap 15 orang seisi rumah beserta rawatan?
|
|
|
|
|
|
|
|
I nak tahu, apasal 5 anak tu duk situ jugak? Rumah tu rumah mak bapak, kalau anak2 duduk situ jugak, sila bayar sewa supaya mak ayah boleh baiki rumah agar lebih selesa.
Kesian, umur dah 78 masih menanggung anak2 dan pertambahan cucu2 pulak. Lepas tu nak salahkan pihak lain pulak. Mesti pihak Kesedar ada peraturan sendiri dalam memberi bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak mintak rumah pprt pun kena ada "kabel fiber optik" |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 tak bantu ke mokcik ????? Bercucu bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 dia buat apa? Goyang kaki? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik lah.. peneroka lah plg senang buat rumah.. skrg ni payah nk junpa rumah peneroka yg rebek2.. plus anak2 pun dh besar. Patut boleh tong2 duit baiki rumah mak pak.. mcm iols adik beradik tong2 duit sorang sikit besarkan dapur rumah mak iols lapang sikit kalau ada kenduri.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 11-12-2020 07:14 PM
Anak2 dia buat apa? Goyang kaki?
Ni kes yg mcm ebit lew bantu kat kedah dulu tu, anak2 duk sekali ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa agaknya update family tu ye, lepas pakcik tu meninggal?
|
|
|
|
|
|
|
|
habis tu anak2 yg 5 org tu buat apa jer.tukang tgk ke sampai rumah mak bapa mereput..ddk ramai2 tak kan tak boleh bantu mak bapa tu ..cucu2 ramai pl tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lavendernovella at 11-12-2020 08:27 PM
Harus reporter interview sekali anak2nya.. pastu jiran2 sebelah menyebelah, last sekali ketua kg .. barulah story tu lagi power. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 bewak tu kalau tak membiak pon dah cukup rengsa aku baca. ni sumbangan kepada makpak adalah 8 ketul cucu untuk ditanggung skali?! padahal pendapatn laki bini tu cukup je utk berdua tapi kena share ngan 13 entiti lain pulok |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 11-12-2020 08:25 PM
Harus reporter interview sekali anak2nya.. pastu jiran2 sebelah menyebelah, last sekali ketua kg .. ...
Sepatutnya tnya jugak ketua blok n pegawai or pengurus felda sebab apa dia xdpt bantuan baiki umh, barulah jelas, xdngr sebelah pihak je.. Cmna pon moga urusan puan ni dipermudahkanNya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beza umur acik nita dgn pakcik yunus 30 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
kemiskinan membuatkan org lapar.. sentiasa lapar blh menyebabkan otak jadi kecik utk berfikir...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|