View: 4762|Reply: 26
|
'Peragut' Wan Maimunah Terharu Aksinya Diingati
[Copy link]
|
|
"Saya terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen," kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang pernah melakonkan watak peragut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.
Turut membintangi iklan khidmat masyarakat itu adalah pelakon veteran, Wan Maimunah.
Berkongsi pengalamannya, Mohd Uzreen, 39, yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.
Foto: Harian Metro
"Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejut kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.
"Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon)," katanya ketika ditemui Harian Metro di Taman Perindustian, di sini, hari ini.
Menurutnya, sebagai inidividu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.
"erasaan saya bercampur baur, teruja ada, takut pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.
"Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragut di set penggambaran.
"Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup," katanya.
Katanya, dia ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.
"Saya ada menerima panggilan daripada anak angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.
"Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masalah kesihatan.
"Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak," katanya.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.
"Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.
"Ini kerana ramai individu tidak dikenali menghantar permintaan untuk menjadi rakan di Facebook (FB) dan beratus mesej diterima. Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada," katanya.
Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka dekat laman sosial, Mohd Uzreen mengakui marah pada mulanya dengan tindakan individu yang melakukannya.
"Mulanya memang marah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rupa yang sesuai untuk job peragut |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan tak kayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Barder ni mmg ada package lengkap utk watak tersebut. Good job. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnyaaa setelah viral hahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lagend ni. Banyak jadi meme kat facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
tenang-tenang je bang takyah marah.
semoga ada rezeki berlakon lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka dia jadi kartun kt page cencorot..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Legend betui iklan tu smpai bertahun2 pn org ingat lg.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
HuoJingJue replied at 8-12-2020 02:51 PM
muka dia jadi kartun kt page cencorot..haha
oh.. bang syim tu sempena watak dia ni ke? hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
yes, abg hashim makrifat tinggi..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah tgk kartun tu la wei..ada eh.. aku tau kadang2 dlm komen netizen ada je mention pasal peragut wan maimunah..tu je yg aku rasa dia popular..rupanya ada kartun bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya muncul juga. Memberi impak iklan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuahaja hahaha
Apa pun semoga dia teruskan kerja halal, jangan sekali terpikir nak ragut walaupun sesak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iklan lejen. Wan maimunah berendeh pakai barang kemas jalan depan digital mall ss14 |
|
|
|
|
|
|
|
Satu2nya watak meme dari malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan dia la bijak cari talent watak peragut |
|
|
|
|
|
|
|
Glamer lah jap.. Tapi berapa dorg bayar? 100? 200? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu slot antara kul 8pm hingga 9pm, semua stesen tv dan radio mengenakan harga yg mahal utk iklan...ada sebab waktu ini menjadi popular dan dpt menarik perhatian ramai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|