Juri tetap Gegar Vaganza 7 (GV7), Datuk Ramli MS menjelaskan kedudukan Noraniza Idris yang sering berada di tangga teratas konsert mingguan.
Kredit foto: IG TOk Ram/Kak Ani
Kata Ramli, Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani kurang melakukan kesilapan dan berjaya mengelakkan markahnya dipotong.
"Ani dia buat sangat minimal kesilapan. Korang kena faham.
"100 markah belum menyanyi dah bagi, kalau yang terkeluar dipotong markah sampai 70, tinggal 30 saja.
"Bila minimal kesilapan, secara automatik kedudukan dia akan di atas.
Kredit foto: IG Kak Ani
"Kalau ini pertandingan siapa suara sedap, minggu pertama dia dah keluar," jelasnya menjawab pertanyaan yang dilontarkan netizen di media sosial.
Meninjau ruangan komen di media sosial Instagram dan Twitter, ramai yang melontarkan pandangan tidak berpuas hati dengan pemarkahan juri membabitkan beberapa bintang GV kali ini.
Malah, ada yang menganggap penyingkiran artis kesayangan masing-masing tidak sepatutnya berlaku.
Sumber: Gempak
|