Datuk Ayu Puteh mempertahankan pandangan Ellie Suriati mengenai filem Mael Totey The Movie yang dikatakan tidak mencapai penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.
Memahami maksud yang cuba disampaikan pelakon kontroversi itu, pemilik produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini berkata, netizen tidak memahami konteks sebenar maksud yang cuba disampaikan oleh Ellie.
 Kredit foto: Malaysia Kini/IG Ayu
"Bagi saya apa yang dikatakan oleh Ellie itu ada betulnya terutamanya mengenai akta filem dan sebagai pengarah serta pelakon profesional itu adalah pandangan dia.
"Apa yang Ellie luahkan tak salah... asalkan kita faham maksud sebenar, kalau sebut tentang benchmark (penanda aras) filem memang lain la kualitinya.
"Tak perlulah nak kutuk-kutuk pengarah dan pelakon tu, apa dia cakap memang ada kebenarannya... netizen bukan semua tahu fasal filem, apa mereka tahu kelakar dan happy," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Ayu mendedahkan Ellie yang sedang menjalani penggambaran drama di bawah terbitan produksinya berjudul Baby Tak Gila turut memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie itu.
"Ellie pernah cakap dia bangga filem pertama Syahmi berjaya, katanya itu rezeki dia... bukan Ellie tu sombong atau hina filem itu.
"Netizen ni kadang-kadang sengaja nak besar-besarkan dan nak cari bahan untuk kutuk tak kena gaya, Ellie ucap tahniah pun salah juga atau mereka ini tak guna akal tu 100 peratus bila nak tinggal komen, ikut perasan bantai tanpa fikir baik buruk.
"Masing-masing ada pandangan sendiri, saya sebagai penerbit pun okay terima kritikan orang lain... macam kita tengok cerita Mr Bean, ada orang gelak kerana kelakar ada juga yang anggap itu macam lawak bodoh. Terpulang pada individu!
"Saya sendiri berpendapat filem Mael Totey memang memenuhi citarasa kebanyakan penonton di Malaysia... sekarang ni banyak orang stress dan sesuailah cerita itu untuk hiburan kita semua," ujarnya.
Sumber: mStar
|