|
|
Pengacara popular Neelofa mengesahkan dia tidak akan menjalankan perniagaan niqab menerusi jenama tudungnya, Naelofar.
Neelofa, 31, berkata, niqab dipakainya adalah untuk koleksi peribadi dan dia mahu mengelakkan salah faham dalam kalangan orang ramai.
 Kredit foto: IG Neelofa
“Niqab yang saya pakai, hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab,” katanya.
Dia berkongsi isu berniqab apabila ditanya pengacara, Sara Rancak menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli belah, Shopee semalam.
Neelofa yang berniqab sejak 15 Oktober lalu turut menafikan pengeluaran perisa mangga menggunakan tanda palang #semaniscintapertama itu mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama bekas Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 25, yang dikatakan merisiknya pada 1 November lalu.
“Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Tetapi, fakta menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|